Kalau dah namanya Datuk Seri Siti Nurhaliza apa saja tentang dirinya akan jadi perhatian. Dari penampilan, kehidupan peribadi, rakan dan segalanya tentang penyanyi nombor satu ini.
Terbaru yang menjadi perhatian netizen bila isteri Datuk K ini memuat naik gambar kakinya yang bengkak.
Situasi normal bagi wanita hamil Datuk Siti yang kini sudah memasuki trimester ketiga kehamilan, entri itu bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi dari peminatnya.
Ramai yang bersimpati tapi pada masa yang sama mereka turut merasakan kaki Datuk Siti yang membengkak itu nampak cute! Ha ha ha, lucu kan. Kaki bengkak pun comel.
Selain itu tak kurang juga yang berkongsi petua mengurangkan bengkak di samping membuat telahan bahawa itu merupakan tanda-tanda Datuk Siti dah hampir sangat untuk melahirkan.
Tidak ketinggalan memberi komen, pengurus Datuk Siti sendiri yang geram nak mencucuk tengok kaki comel ini.
Ads
Geram macam belon, rasa nak cucuk
Pengurus pun geram
Tanda dah dekat nak bersalin katanya…
Ads
Ada jugak yang nak ‘geget-geget’
Masalah bengkak kaki macam ni memang biasa dihadapi ibu hamil, tapi kita doakan ia tak memberi masalah besar pada penyanyi kesayangan ramai ini. Semoga kehamilannya dipermudahkan dan selamat bersalin bulan depan.
Pendaki wanita yang mencuri perhatian seluruh negara selepas dilaporkan hilang selama 14 hari di kawasan Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, Jaslinda Slaudin dijangka dibenarkan keluar dari Hospital Tapah petang ini selepas menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor dan pakar.
Perkembangan positif itu disahkan suaminya, Haszman Othman, 61, yang memaklumkan keadaan fizikal isterinya kini semakin baik selepas menerima rawatan sejak ditemui oleh pasukan penyelamat.
Bagaimanapun, beliau mengakui proses pemulihan mental Jaslinda masih memerlukan masa selepas melalui pengalaman yang amat mencabar bersendirian di dalam hutan selama dua minggu.
Menurut Haszman, perubahan emosi yang ditunjukkan isterinya membuktikan pengalaman tersebut masih memberi kesan kepada keadaan mentalnya.
“Segi fizikal dia, kita nampak dia okey namun bagi saya mental dia belum cukup kuat. Umpamanya semalam dia mengatakan dia sudah serik dan mahu berhenti dari aktiviti mendaki gunung, namun hari ini dia mengatakan sebaliknya iaitu hendak teruskan lagi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Wad Perempuan Hospital Tapah.
Kenyataan itu menggambarkan bagaimana seseorang yang berdepan situasi trauma boleh mengalami perubahan emosi dan pemikiran dalam tempoh pemulihan.
Jaslinda sebelum ini dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan Gunung Batu Putih sebelum berjaya ditemui dalam keadaan selamat selepas operasi mencari dan menyelamat yang berlangsung selama 14 hari.
Kes tersebut mendapat perhatian meluas masyarakat kerana tempoh kehilangan yang panjang serta keadaan hutan yang mencabar.
Dalam pada itu, Haszman percaya kekuatan mental dan semangat juang yang dimiliki isterinya sepanjang tempoh kehilangan banyak dipengaruhi oleh pegangan agama yang sentiasa dijaga.
Menurut beliau, Jaslinda merupakan individu yang sangat menjaga hubungan dengan Allah SWT dan tidak pernah meninggalkan solat lima waktu.
“Memang dia tak tinggal (solat)… saya tahu dia orang macam mana. Bayangkan apabila sudah berseorangan dalam hutan, tiada orang lain jadi pada masa itu antara dia dengan Allah SWT sahaja,” katanya.
Kisah ketabahan Jaslinda sepanjang berada di dalam hutan turut menyentuh hati ramai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan operasi menyelamat tersebut sejak hari pertama.
Ramai yang menyifatkan pengalaman itu sebagai ujian besar yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa untuk terus bertahan.
Di sebalik kegembiraan selepas Jaslinda ditemui selamat, keluarga turut berdepan satu lagi cabaran apabila pelbagai spekulasi dan dakwaan tidak berasas mula tersebar di media sosial.
Haszman mendedahkan bahawa keluarganya sedang mempertimbangkan tindakan perundangan terhadap beberapa pengguna media sosial yang didakwa menyebarkan fitnah dan membuat kandungan bersifat menghina berkaitan insiden kehilangan isterinya.
Menurut beliau, terdapat pihak yang sengaja menghasilkan pelbagai teori dan dakwaan semata-mata untuk meraih tontonan di media sosial tanpa memikirkan kesan terhadap keluarga.
“Ada yang mengaitkan dengan ahlong… ada juga yang bergurau melampau hingga memfitnah kononnya Tok Batin, Orang Asli simpan isteri saya selama seminggu.
“Ia gurauan melampau yang tak jaga perasaan saya selaku suami, maka saya kena bagi pengajaran agar perkataan macam itu memakan diri walaupun dia macam gelak-gelak bergurau hendak tarik ‘view’ (tontonan).
“Umpama maruah saya dia dipermainkan sebab kononnya (Jaslinda) disorok selama seminggu. Saya difahamkan komuniti Orang Asli pun sudah membuat laporan terhadap akaun media sosial itu sebab secara tidak langsung sudah memperkecilkan masyarakat itu,” katanya.
Kes kehilangan Jaslinda bukan sahaja membuka perbincangan mengenai aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti pendakian, malah turut mengingatkan masyarakat tentang bahaya penyebaran maklumat tidak sahih di media sosial.
Dalam situasi yang melibatkan kehilangan individu, keluarga mangsa sudah tentu berdepan tekanan emosi yang besar.
Penyebaran dakwaan tidak berasas, teori konspirasi atau kandungan berbentuk jenaka yang melampau bukan sahaja boleh mengganggu siasatan, malah berpotensi menjejaskan maruah dan emosi pihak yang terlibat.
Kini, selepas melalui detik mencemaskan selama dua minggu, fokus utama keluarga adalah memastikan Jaslinda dapat menjalani proses pemulihan dengan baik sebelum kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.
Walaupun pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam, ramai yang berharap beliau terus diberikan kekuatan untuk pulih sepenuhnya, sama ada memilih untuk kembali mendaki suatu hari nanti atau sebaliknya.
Hasrat penganjur untuk mencipta rekod dunia menerusi Festival Kuih Talam di Pekanbaru, Indonesia bertukar menjadi insiden yang tidak dijangka apabila sebahagian kuih yang disediakan didakwa habis diambil orang ramai sebelum sempat disusun sepenuhnya untuk tujuan pameran dan penilaian rekod.
Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas beberapa video memaparkan suasana kecoh apabila ratusan pengunjung mula mengerumuni kawasan acara yang berlangsung di Car Free Day (CFD) Jalan Jendral Sudirman, Pekanbaru.
Festival berkenaan dianjurkan dengan matlamat untuk menghasilkan sajian kuih talam durian terpanjang di dunia, sekali gus melakar nama dalam Muzium Rekor Indonesia (MURI).
Menurut laporan media tempatan, kuih talam durian yang sepatutnya disusun sepanjang satu kilometer bagi tujuan pemecahan rekod mula menjadi rebutan orang ramai sebelum proses penyusunan selesai dilakukan.
Rakaman yang tersebar menunjukkan pengunjung mula mengambil kuih yang tersedia di atas meja panjang, menyebabkan petugas berdepan kesukaran mengawal keadaan.
Apa yang sepatutnya menjadi acara meraikan warisan makanan tradisional tempatan bertukar menjadi suasana kelam-kabut apabila orang ramai dilihat berpusu-pusu mendapatkan kuih tersebut.
Situasi itu menjadi semakin sukar dikawal apabila jumlah pengunjung yang hadir jauh lebih ramai daripada jangkaan penganjur.
Difahamkan, petugas yang ditempatkan di lokasi tidak mampu menghalang tindakan orang ramai yang terus mengambil kuih walaupun acara rasmi masih belum selesai.
Malah, bukan sahaja kuih yang telah diletakkan di kawasan pameran menjadi sasaran, malah stok kuih yang masih berada di dalam trak pikap milik penaja turut diserbu.
Menurut laporan tempatan, ada individu yang mengambil lebih daripada satu kotak kuih.
Malah terdapat dakwaan sesetengah pengunjung membawa pulang sehingga tiga kotak kuih talam dalam satu masa.
Keadaan tersebut menyebabkan sebahagian bekalan kuih yang sepatutnya digunakan untuk melengkapkan rekod berkenaan berkurangan sebelum sempat dipamerkan sepenuhnya.
Walaupun berdepan insiden tidak diingini itu, acara pemecahan rekod tetap diteruskan seperti yang dirancang.
Penganjur berjaya melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan sebelum menerima pengiktirafan rasmi daripada Muzium Rekor Indonesia (MURI).
Sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh wakil MURI, Lutfi, kepada Datuk Bandar Pekanbaru, Agung Nugroho, yang turut hadir bersama beberapa pegawai kerajaan tempatan.
Pengiktirafan itu mengesahkan bahawa sajian kuih talam tradisional yang dihasilkan sempena festival berkenaan merupakan antara hidangan kuih talam terpanjang pernah direkodkan.
Kuih talam durian merupakan antara makanan tradisional yang cukup popular di wilayah Riau, khususnya di Pekanbaru.
Gabungan rasa lemak santan, tekstur lembut dan aroma durian menjadikannya antara sajian yang sering menjadi pilihan masyarakat setempat serta pelancong yang berkunjung ke kawasan tersebut.
Festival ini dianjurkan bukan sahaja untuk mencipta rekod baharu, tetapi juga sebagai usaha mempromosikan warisan kulinari tempatan kepada khalayak lebih luas.
Namun insiden yang berlaku turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada yang menganggap situasi tersebut sebagai bukti betapa popularnya kuih talam durian dalam kalangan masyarakat, manakala ada juga yang berpendapat aspek kawalan dan pengurusan orang ramai perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.
Video kejadian tersebut kini terus mendapat perhatian pengguna media sosial di Indonesia dan negara jiran.
Ramai yang terhibur melihat situasi luar biasa itu, namun tidak kurang juga yang menyifatkan insiden berkenaan sebagai satu pengajaran penting kepada penganjur acara berskala besar.
Apa yang pasti, Festival Kuih Talam di Pekanbaru berjaya mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana rekod yang berjaya dipecahkan, tetapi juga kerana insiden unik yang berlaku sebelum acara tersebut selesai.
Daripada festival makanan tradisional, ia akhirnya menjadi antara topik hangat yang diperkatakan di media sosial, membuktikan bahawa kadangkala perkara yang tidak dirancang mampu menjadi tumpuan lebih besar daripada acara itu sendiri.
Siapa sangka rupa-rupanya pelakon cantik, Tasha Shilla rupa-rupanya dua tahun berdepan dengan masalah kemurungan. Dalam instagram, Tasha menceritakan kisah bagaimana dia menderita akibat kemurungan dan kemudian mendapatkan rawatan daripada pakar yang berkaitan dengan soal kemurungan tersebut.
Bermula dengan tidak boleh tidur malam dan mulai keliru dengan perasaan sendiri, tasha tidak mampu lagi berdepan apabila dia mula buntu dengan emosinya sendiri. Kasihan sungguh dengan Tasha. Alhamdulillah kini Tasha dah bebas daripada masalah itu.
Tasha bersama Coach Muhammad Fahmi yang merawatnya.
I wanted to share this post with all my fans and to the people that are going through a tough time. For two years I had to deal with depression due to many circumstances, my life was painful and very stressful. People might see me smiling and laughing but to be honest it’s the pain and the emotion inside that controlled my life. I cannot explain to you all how it felt, but at that time I felt tired, lost and confused. There were many times at night I wouldn’t be able to sleep, times when I wouldn’t leave the house and times where my anxiety would control me.
Saya ingin berkongsi dengan semua peminat dan kepada mereka yang sedang melalui masa yang sukar.
Selama dua tahun saya berada dalam kemurungan kerana berdepan situasi sukar, hidup saya sangat menyakitkan dan sangat tertekan. Orang mungkin melihat saya tersenyum dan ketawa tetapi sejujurnya ada rasa sakit dan emosi yang mengawal hidup saya. Susah nak jelaskan macam mana rasa sakit tu, Tapi kadang saya rasa penat, buntu dan keliru. Saya kerap susah nak tidur malam kerana perasaan bimbang yang mengawal diri.
Alhamdulillah now all that has change! With the love and support from my family and friends I am now able to share this with you all. I am brave enough to talk about my past and make people aware that they are not alone. I took a great step into wanting to change my life and the experience of Coach Fahmi has helped me along my journey to recover. His positive words and encouragement has helped me to move on from the past and to look forward to the future. So I just want to remind you all that you are not alone and we can all share our stories to heal from the past and move forward to the future. Thank you as always for your love and support❤️ @coachmuhammadfahmi
Alhamdulillah sekarang semua yang telah berubah! Dengan kasih sayang dan sokongan daripada keluarga serta rakan-rakan saya sekarang dapat kongsi kisah ini dengan anda semua. Saya dah cukup kuat nak cerita mengenai kisah ini supaya orang yang ada masalah sama dengan saya rasa bahawa mereka tidak bersendirian. Saya mengambil langkah besar untuk mengubah hidup saya dan pengalaman Coach Fahmi telah membantu saya sepanjang perjalanan saya untuk pulih. Kata-kata dan galakan positifnya telah membantu saya untuk meneruskan hidup dan mula fikir soal masa depan.
Ingatlah. Anda semua tidak bersendirian dan kita semua boleh berkongsi kisah kita untuk sembuh dari masa lalu dan bergerak ke hadapan untuk masa depan. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Since ramai yang DM & bertanyakan pada Tasha mengenai Depression( Kemurungan) macam mana kita nak tahu kita mengalaminya.Ini tasha share info…nasihat Tasha kita perlu jumpa orang yang betul untuk kita keluar dari masalah kemurungan ini.Inshallah,semuanya akan baik2.Sebarang pertanyaan anda Semua boleh contact @coachmuhammadfahmi . Siapa nak ubah hidup kita kalau bukan diri kita sendiri ❤️
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.