Dah berjaya tanam pokok terung di rumah. PokokĀ memang subur, daun pun lebat tapi masalahnya buah tak banyak. Siram dan baja cukup, namun hasil terung kurang sangat.
Kalau pokok ada masalah sebegini, cara yang disarankan oleh Azuan Abdullah ini boleh dilakukan.
Menurut beliau pokok terung yang lebat dan tapi buah kurang perlu dibuang daunnya. Kenapa? Ini penjelasan beliau.
Kenapa perlu buang daun pokok terung
Biasa dengar tak orang cakap pokok terung kalau daunnya banyak sangat, buah memang kurang. Kenapa ya?
Ini sebabnya. Daun adalah kilang kepada pokok. Maksudnya, daun lah yang akan proses makanan kepada pokok. Istilah pertaniannya kita panggil fotosintesis.
Namun, tak semua daun bertindak sebagai kilang. Contohnya;
Ads
1. Daun kering 2. Daun kuning (faktor usia) 3. Daun yang tak terdedah pada cahaya.
Ketiga-tiga jenis daun di atas adalah daun yang tidak berfungsi. Dengan kata mudah ia tidak berfungsi sebagai kilang kepada pokok.
Daun subur tapi tak buat ‘makanan’
Dalam kes pokok terung, daun yang tidak berfungsi paling banyak adalah daun yang tidak terdedah kepada cahaya (jika tidak pruning).
Ads
Daun ini subur dan hijau molek, tapi tak buat makanan. Namun ia masih ambil makanan. Rugi saja bela daun ni. Makan saja, kerja tak buat.
Sebab tu, dalam pengurusan ladang terung yang baik, semua daun yang tidak berfungsi akan “diprunning” (dipotong). Lepas ia dibawa keluar daripada kawasan tanaman untuk dikambus atau dibakar.
Proses ini amat penting pagi memastikan pokok kita,
1. Kurang risiko serangan perosak dan penyakit.
2. Sistem pengudaraan yang baik kepada pokok.
3. Menjimatkan pengambilan nutrien.
4. Agihan nutrien dalam pokok lebih seragam.
5. Meningkatkan pengeluaran buah.
Ads
Banyak daun tak berfungsi punca buah kurang
Jika pokok terung yang kita tanam subur sangat dan buahnya kurang. Ia biasa disebabkan oleh banyaknya daun yang tidak berfungsi di pokok.
Prunning daun usah sayang. Masa prunning berpada-pada juga, jangan sampai botak pula pokok.
Bila dah botak, tumbesaran pokok akan terganggu. Jadi kes tak cukup makanan pula sebab kilang dah kurang. Nak pulih balik, kena ambil masa.
Kalau duduk rumah teres selalunya akan ada sedikit ruang sama ada di depan atau belakang rumah. Ada pemilik yang sambung rumah atau jadikan tempat bercucuk tanam.
Tapi ramai juga yang biarkan saja ruang ini tumbuh lalang dan rumput.Ā Nak upah orang simen, sikit sangat tak berbaloi. Nak bancuh dan simen sendiri tak pandai pula.
Kalau dah begitu, mungkin kita boleh ikut idea dari Ady ZM. Tak perlu simen bagai, cuma beli bata dan susun. Siap! Kalau luas boleh buat tempat rehat petang hari. Cantik pun cantik.
Modal bata 1 pallet, kos RM150
Katanya modal cuma beli bata 1 pallet, bersamaan 600 biji bata. Kos dalam RM150 saja. Tambahan modal kena ada sikit kerajinan.
1. Bersihkan dulu rumput dan lalang, kawasan belakang rumah Ady ZM ini luasnya lebih kurang 10×22.
2. Boleh juga jika nak ratakan atau tambak dengan pasir dulu.
3. Kemudian boleh terus susun bata yang dibeli ikut kreativiti. Tak perlu guna simen, susun saja.
4. Untuk bata bahagian tepi, boleh ketuk dengan tukul kalau terlebih besar. Susun bata ini cuma ambil masa setengah hari saja.
5. Kalau ada bajet boleh beli payung dan kerusi, boleh jadi tempat rehat atau barbeku.
6. Lebihan bata boleh susun untuk jadi tempat letak pasu bunga. Siap!
Bawa kereta pandai tapi bab penjagaan kereta failed. Selalu dikaitkan dengan wanita tapi rasa golongan lelaki ada juga yang begini.
Dah beli mahal-mahal, kereta kenalah jaga, kena hantar servis. Dan dalam rutin servis kereta ini ada beberapa perkara asas yang kita perlu tahu supaya tak tertipu dengan bengkel yang mungkin akan ambil kesempatan bila kita tak tahu apa-apa.
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. Filter
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. Spark Plug
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, āelectrodeā akan menipis, maka perlu ditukarkannya.
4. Bateri kereta
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh ākongā.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu ātop upā air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5. Timing belt
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. Clutch plate
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom ācluth slippingā semasa sedang memandu.
7. Fuel filter
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. Air filter (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. Gear oil
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. Brake fluid dan Power steering fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator coolant
Harga sebotol adalah RM8 ā RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-cond belt/ Alternator belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian āribsānya dah adaācrack-crackā yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Minyak hitam
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak ātidak berkualitiā yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah āmade in chinaā. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
15. Ikut jadual maintenance
Perlu diingatkan maintenance schedule yang mengikut ākmā atau masa ā3 bulanā, ā6 bulanā dan seterusnya hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar itu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ini mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
Ada banyak lagi sebenarnya yang kena tahu, boleh belajar sedikit demi sedikit.
Pokok besar yang ada berdekatan dengan kediaman memang agak berisiko. Selalunya ia akan ditebang. Tapi masalah yang sering terjadi selepas ditebang ada anak pokok akan tumbuh kembali pada bahagian pangkal. Malah tak mustahil akan terus membesar jika tak dicantas selalu.
Bagi mengelakkan masalah ini, Uzayr Ezra berkongsi satu kaedah untuk ‘mematikan’ terus pokok besar ini. Beliau berkongsi cara tersebut dalam satu hantaran yang dibuat di Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Katanya kaedah tersebut dikongsi oleh kontraktror Majlis Bandaraya Shah Alam yang membuat kerja penebangan pokok besar sekitar kawasan perumahannya.
“Caranya dengan menggunakan chainsaw buat alur petak seperti di dalam gambar selepas menebang pokok. Sampai sekarang memang tidak ada anak pokok yang tumbuh,”terang beliau yang mendapat info tersebut selepas bertanya kepada kontraktor terbabit.
Kaedah ini menurutnya tak perlu mengggunakan racun dan lebih selamat.
Foto Nordin Anie
Dalam pada itu di bahagian komen terdapat juga yang berkongsi cara lain untuk mematikan pokok yang sudah ditebang. Antaranya dengan menyapu diesel dan menuang minyak tanah pada pangkal pokok untuk mempercepatkan pereputan. Selain boleh juga menggunakan kaedah bakar tunggul.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...