Roti banyak lagi, esok dah nak expired, nak buat roti bakar semua dah tak lalu. Daripada terbiar berkulat kita gunakan roti ini buat puding roti karamel.
Kalau dah jadi puding memang sekejap saja licin silap hari bulan tak cukup.
Lagi best nak buat pun senang, kisar je semua bahan dan kukus. Boleh ikut resipi perkongsian Hazlinaa Ghani ini ya.
Puding roti karamel, sedap dan senang nak buat
Bahan-bahan
3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti
3 biji telur A -pukul dan tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat:
Ads
Untuk buat karamel/gula hangus masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang . Masak dengan api kecil.
2. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
3. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti atau potong kecil kemudian kisar bersama air suam, susu cair dan susu pekat.
Ads
4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.
Ads
5. Tuang adunan dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak lebih kurang 40 minit-1 jam). Boleh cucuk dengan lidi sate, kalau tak melekat tanda dah masak.
6. Sejukkan dahulu dalam peti ais, kemudian baru terbalikkan dalam pinggan dan potong.
Satu balang penuh dengan gula, tapi dek kerana tutup tak ketat habis dimasuki semut. Ada juga gula masih lagi dalam pek belum dibuka tapi dah ada semut di dalamnya.
Takkan nak buang pula kan. Jadi boleh guna cara yang dikongsi oleh Ameera ini untuk kita keluarkan semut daripada balang gula. Caranya cukup mudah cuma guna kulit kayu manis.
1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
4. Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.
Kita juga dilarang untuk membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
Bagi yang bercucuk tanam, serangan haiwan perosak memang boleh mengecewakan apatah lagi jika tanaman yang diserang sudah matang dan siap untuk dituai.
Sekiranya tanaman diserang ulat atau serangga ia boleh juga dikawal tapi kalau khinzir atau babi memang boleh buat pekebun stres. Jika sedang mengalami masalah ini 10 cara berikut boleh digunakan untuk menghalau babi dari merosakkan tanaman.
Babi ialah makhluk perosak yang sangat bijak dan licik merosakkan tanaman seperti pokok durian, pisang, ubi dan sebagainya.
Babi mempunyai hidung yang mancung dan sangat cekap menghidu mangsa. Selain itu telinganya yang tajam mampu mendengar bunyi anjing dan sorakan pemburu dari jarak jauh. Manakala matanya mampu melihat sesuatu ancaman, babi tidak akan menyondol sesuatu yang tidak pasti.
Terdapat pelbagai kaedah untuk memghalau dan mengatasi masalah serangan haiwan perosak ini. Berikut adalah cara-caranya dan ada diantaranya mungkin ramai yang belum tahu.
1. Patung harimau
Letakkan patung harimau di kawasan kebun yang sering diserang, babi takut pada binatang yang lebih kuat daripadanya.
2. Air kencing harimau
Caranya letakkan kencing harimau di tempat yang sering menjadi sasaran babi. Ia adalah sejenis cairan yang dihasilkan daripada campuran ubat gegat dan belacan bakar.
3. Rambut manusia
Rambut yang dipotong halus-halus, apabila masuk dalam kerongkong, babi akan tersedak dan tidak akan pergi ke tempat itu lagi, ada yang cakap cara ini lebih berkesan.
4. Telur dan jarum
Cara ini ibarat menyantau, caranya rebus telur dan cucuk 5 atau 6 batang jarum pada telur tersebut. Perut babi akan luka apabila tertusuk jarum, dan tidak akan datang lagi ke tempat itu. Cara ini juga agak berkesan.
5. Radio
Pasang radio kuat-kuat di kebun yang menajdi sasaran, babi yang terdengar bunyi bising tidak akan datang ke kawasan tersebut kerana disangka ada kelibat manusia.
6. Lennex
Menurut carian di internet, ia adalah sejenis racun untuk membunuh babi, caranya campurkan pada makanan dan babi akan mati serta-merta apabila termakan racun tersebut. Anda boleh google untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
7. Jerangkap samar
Caranya korek lubang bersaiz 5x5x5 kaki dan tutup dengan daun pelapah sawit dan diatasnya kita umpan makanan yang sedap-sedap! tunggu satu malam dan lihat hasil keesokan harinya!
8. Pagar elektrik
Yang ini memang sangat berkesan. cuma kos agak mahal tapi amat berbaloi. Jika ada modal di sarankan anda memasang pagar elektrik di kebun.
9. Cermin
Gantung cermin pada sebatang pokok menggunakan tali dan biarkan cermin tersebut berpusing-pusing. Babi takut bila melihat bayang-bayangnya sendiri atau kilauan dari cermin pada waktu malam.
10. Tembak!
Kaedah terakhir bila tidak ada pilihan ialah menembak babi yang merosakkan tanaman anda. Anda berani?
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...