Dalam rumah kadang kala ada salah satu pintu bilik yang asyik terkunci dari dalam. Walhal kita tiada niat pun nak kunci.
Sudahnya terpaksa cari kunci untuk buka. Lagi kelam kabut kalau anak kunci pulak hilang. Mahu tak mahu pintu terpaksalah tombol diumpil.
Antara penyebabnya adalah setting pada tombol pintu berubah. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings:
1. Keadaan yang sentiasa kunci dan
2. Keadaan normal
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkannya. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.
Sumber: Rusyaidi Husni Abdul Latib
Sebelum Melawat Rakan Baru Bersalin, 10 Perkara Ini Kena Tahu
Bila dengar rakan baru bersalin kita memang teruja nak pergi melawat. Tapi perlu diingat juga bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Oleh itu jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.
Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.
Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad ada 10 pantang larang yang perlu mereka tahu dan ikut demi kebaikan si kecil.
1. Jangan cium bayi
Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
2. Jangan sentuh bayi
Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi?
3. Jangan ikut kalau tak sihat
Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.
4. Jangan lama-lama bila melawat
Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
5. Jangan datang tiba-tiba
Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana si ibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
6. Bersihkan diri
Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.
7. Elak guruan sensitif
Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Siibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Jangan wangi sangat
Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.
9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur
Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
10. Doakan dan hulurkan sumbangan
Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan si ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.
Semoga bermanfaat.
Sumber:Dr Zubaidi Hj Ahmad
Tak Perlu Main ‘Kutu’, Guna Saja Goal Saving Plan Di Maybank2U Untuk Kumpul Duit. Lagi Selamat
Walau pun main kutu disenaraikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, tapi ramai yang masih melakukannya.
Ada sebab kenapa ia tak dibenarkan, salah satunya kerana sering berlaku penipuan. Ada yang melarikan duit kutu ribuan ringgit malah lebih dari jumlah ini. Rasanya kalangan kita yang main kutu dengan kawan pun pernah jadi mangsa.
Bagi mengelakkan kejadian begini apa kata kita main kutu cara moden guna saving account sendiri. Bagi pengguna Maybank2u boleh guna Goal Saving Plan.
Guna Goal Saving Plan
Macam main kutu cara lama kita akan serah duit ikut jumlah yang ditetapkan dalam satu tempoh masa yang kita sendiri tetapkan. Cukup tempoh baru akan diserah tapi semua ini dilakukan dengan autodebit. Jadi tak perlu pakai ibu kutu.
Kita set lah sendiri kutu ini untuk apa, beli emas ke, untuk bercuti ataupun untuk renew road tax. Ikutlah apa tujuannya. Cara nak set kutu moden di Maybank2u ini boleh ikut perkongsian Wafa Ahmad
Caranya
Ramai yang suka main kutu kan. Tapi risau takut kena tipu. Pastu time emergency nak guna duit tak boleh atau susah nak tukar giliran.
Apa kata kita main kutu dengan diri sendiri je kat akaun Maybank kita saja. Caranya boleh ikut langkah di bawah
1. Mula-mula kenalah login akaun Maybank2u kita. Buka website www.maybank2u.com.my ye, bukan apps tau.
2. Dah login nanti akan jumpa ‘create goal’ (anak panah merah tu). Klik dan nanti keluar macam next gambar.
3. Okay dah klik ceate goal, akan keluar kotak macam ni. Isilah tempat kosong. Boleh set nk simpan total berapa. Setiap bulan nak deduct berapa RM. Tarikh untuk deduction berapa haribulan. Nak capai goal tu selama berapa bulan. Okay dah isi klik ‘start’.
4. Kemudian akan keluar macam ni kat skrin kita. Kena Request TAC untuk proceed kita punya Goals tu. Selesaikan hal TAC tu ye. Next.
Nota: Jangan sesekali beri TAC kepada mana-mana pihak jika diminta. Tak kisahlah untuk tujuan apa sekalipun atau mereka dakwa wakil bank sekalipun. TAC nombor kita hanya untuk kegunaan kita sahaja. JAGA NOMBOR TAC KITA!
5. Yeay! Setel dah kita punya goal saving. Bank akan auto tolak duit kita untuk masukkan dalam ‘goal saving’ ni. Janji kena ada duit untuk dia tolak nanti. Dan yang bestnya, kita boleh create seberapa banyak goal saving yang kita nak. Just tekan [Create Goal +] sebelah atas kanan tu.
6. Okay ni pulak kalau tetiba ada emergency case nak kena guna duit, terpaksa korek tabung jugak. No hal, benda boleh setel.
– Ada 3 titik dalam bulatan goals kita tu, klik situ.
– Dah tekan akan keluar kotak hitam tertera remove goal. Klik situ.
7. Next akan keluarlah macam ni. Tekan remove goal, nanti kena masuk nombor TAC untuk proceed step ni. Dan selepas kita remove goal, nilai duit yang dah saving akan masuk ke dalam akaun kita semula. Beres.
Tapi bila kita dah buat goal saving ni, kalau boleh cuba untuk istiqamah. Baru lah goal kita akan tercapai dengan jayanya.
Okay. Dah tak payah main kutu dah.
Sumber:Wafa Ahmad
Artikel berkait:
Gaji RM2,50 Tapi Boleh Simpan Sampai RM750 Sebulan. Caranya Guna Formula 30:60:5:5
Kerja Biasa-Biasa Tapi Boleh Simpan RM12k Dalam Tempoh 3 Bulan. Pemuda Ini Buktikan…
4 Khasiat Biji Buah Kurma Yang Kita Tak Sangka, Jangan Buang Lepas Makan!
Dalam bulan puasa ini kita memang akan banyak makan kurma. Tapi lepas makan kurma bijinya akan kita buang kerana ramai menganggap ia tiada gunanya.
Ha salah sebenarnya, di sebalik biji kurma yang keras ini sebenarnya ada banyak manfaatnya.
1. Boleh jadi serbuk kopi yang sedap
Tak susah membuatnya dan ia boleh menjadi alternatif yang sesuai untik anda yang alah dengan kafein.
Cara membuatnya adalah seperti berikut:
- Basuh biji kurma tersebut dan toskan.
- Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.
- Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.
- Tumbuk atau kisar biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.
2. Boleh jadi skrub lembutkan kulit
Kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.
3. Rawat masalah rambut gugur
Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur.
4. Melembutkan daging dengan cepat
Kalau nak sediakan hidangan berbuka berasaskan daging, biji kurma juga sangat berguna. Anatara petua untuk melembutkan daging tanpa menjejaskan rasa masakan adalah dengan menggunakan biji kurma.
Caranya masukkan beberapa butir biji kurma yang sudah dibasuh bersih ke dalam apa-apa masakan yang sedang dimasak.
Ok lepas ni jangan buang bijinya selepas makan kurma ya!