Ads

Karangkraf Terima Pengiktirafan Antarabangsa, Hargai Sumbangan 48 Tahun Dalam Industri

Organisasi media terkenal, Karangkraf telah menerima Anugerah Organisasi Ikonik yang Membina Dunia Lebih Baik untuk Semua sempena Annual Women Economic Forum (WEF) and G100 Global Meet 2026 di International Youth Centre, di sini, pada 14 Oktober lalu.

Pengiktirafan antarabangsa itu menghargai perjalanan 48 tahun Karangkraf dalam industri media dan penerbitan, selain sumbangannya kepada perkembangan bidang berkenaan di Malaysia.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Suriani Ahmad.

Pengerusi Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin, menyifatkan pengiktirafan daripada Women Economic Forum itu sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

Ads

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang menjalin kerjasama rapat serta memberikan sokongan kepada Karangkraf sepanjang penglibatan organisasi itu dalam industri.

Ditubuhkan pada 1978, Karangkraf berkembang menerusi pelbagai bidang perniagaan, termasuk penerbitan al-Quran dan buku, percetakan komersial dan keselamatan, serta media kandungan digital. Organisasi itu turut melaksanakan inisiatif kebajikan yang memberikan manfaat kepada masyarakat.

Ads

Pengiktirafan berkenaan menjadi dorongan kepada Karangkraf untuk meneruskan sumbangannya dalam media dan penerbitan, di samping memperluas manfaat kepada masyarakat.

Ads

Sementara itu, penganjuran Annual WEF and G100 Global Meet 2026 turut mengetengahkan kepentingan pemerkasaan ekonomi wanita dalam memperkukuh institusi keluarga dan komuniti setempat.

Dalam ucapannya, Suriani menyentuh peranan wanita dalam pembangunan negara melalui bidang keusahawanan, pertanian, penghasilan produk tempatan, kraftangan dan perniagaan digital.

Beliau turut menegaskan kepentingan menyediakan akses lebih luas kepada pembiayaan, teknologi, kemahiran, pasaran dan rangkaian perniagaan, khususnya untuk wanita di kawasan luar bandar serta komuniti yang kurang mendapat kemudahan.

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain