Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis, membuat semua follower instagramnya terkejut dengan hashtaq #fightcancer. Hastaq itu dimuat naik pada status instagram @rockingbalqis baru-baru ini.
Pada Mei lalu, ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz mengesahkan anaknya mempunyai masalah jantung. Segalanya bermula dengan kerap demam berpanjangan dan selalu muntah.
Semangat kuat gadis kecil molek ini patut dipuji kerana walaupun kerap demam dan kelihatan pucat, dia tetap gigih menyempurnakan tanggungjawab sebagai pelakon. Malah pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014).
Dia semakin kuat
Laporan BH Online menyatakan melalui mesej WhatsApp, Norashikin menegaskan anaknya menghidap kanser. Pun begitu tidak menjelaskan jenis kanser yang dihidapi.
Ads
“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.
Tatkala anak dilanda kontroversi, ibulah orang yang paling resah. Seboleh-boleh ibu akan cuba meredakan keadaan. Sokongan orang sekeliling terutama ibu bapa sangat diperlukan.
Bagi penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam, beliau memang memberikan sokongan moral kepada anaknya, penyanyi remaja, Ismail Izzani. Sebagai ibu, pastinya beliau turut terasa dengan kemelut kontroversi yang melanda anaknya.
Ibu mana yang mahu melihat anaknya berada dalam keadaan susah? Dalam usia yang begitu muda, pastinya Ismail perlukan sokongan padu daripada ibunya. Malah, dia yang mengakui dirinya ialah anak emak turut mengatakan dirinya tertekan dengan kontroversi yang melanda.
Melalui instagram, Suliza memberikan kata-kata semangat kepada Ismail.
ALLAHUAKHBAR…MEMG ADA BENARNYA ..TAPI JGN JADIKAN IANYA HALANGAN ..SEBALIKNYA TERUSKAN USAHA DAN SENTIASA YAKIN BAHAWA ALLAH ADA DAN SELAGI KITA YAKIN PDNYA..PASTI SEGALA HALANGAN AKAN DPT KITA TERIMA DAN HADAPI DGN SENYUMAN SERTA REDHA…
DAN ANGGAP IANYA NIKMAT YG HARUS KITA SENTIASA SYUKURI… YAKIN BOLEH…JGN SOMBONG DIRI DAN ISTIQOMAH..TIADA LALUAN MUDAH DLM APA JUGA DI DUNIA INI…SELAIN MELALAIKAN..TANPA HALANGAN DAN UJIAN..MANUSIA MUDAH LUPA ..
I KNOW U STRONG AND MAMA YAKIN BERKAT DOA DAN RESTU SEMUA..IN SYA ALLAH…SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA…DOA MAMA BUAT MU SYG…ALWAYS AND FOREVER WILL??..ALL THE WAY??.STAY COOL..CHILL…????POSITIVE..LUV U..
Menjadi rutin biasa setiap kali menjelang peperiksaan besar, pelajar akan datang bertemu guru untuk memohon maaf dan restu mohon menghalalkan ilmu yang diajar oleh guru.
Tapi acara memohon restu yang dirakam ini cukup istimewa sekali malah menyentuh hati ramai hingga tular di media sosial.
Dirakam oleh seorang guru bernama Duzaimah Kamarurin tanpa dirancang, video berdurasi hampir 10 minit ini memaparkan empat orang pelajar tingkatan lima cacat pendengaran atau pekak datang bertemu guru tersebut untuk memohon restu menghalalkan ilmu sebelum mereka menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Disampaikan dengan cara mereka tersendiri, sesi itu dimulai bila oleh pelajar Anas yang memohon Cikgu Duzaimah menghalalkan ilmu yang diperoleh. Ia diikuti dengan seorang lagi pelajar bernama Faiz yang turut memohon kemaafan dari guru tersebut.
Dalam sesi yang penuh dengan nasihat untuk para pelajar itu paling menyentuh hati ketika ini bila Faiz dalam bahasa isyaratnya mengatakan mahu menarik gurunya ke syurga di akhirat kelak. Malah dia menghargai jasa guru itu sampai akhir hayatnya.
Kata-kata itu tersebut untuk membuatkan guru yang membahasakan dirinya Cikgu Zimah itu menangis terharu malah memeluk anak murid tersebut.
Menariknya dalam sesi yang turut melibatkan dua lagi pelajar lain guru tersebut tak henti-henti memohon kemaafan dari anak muridnya itu selain meminta dihalalkan jika berlaku kekurangan selama dia mengajar.
Dia juga berulang kali memberitahu bahawa pelajar-pelajarnya itu tiada dosa dengannya kerana segalanya sudah dimaafkan.
Cukup mengenali sikap dan latar belakang setiap pelajarnya, Cikgu Duzaimah juga memberi nasihat yang berbeza buat mereka.
Malah berjanji akan terus membantu mereka walaupun sudah tamat persekolahan kerana perhubungan mereka akan kekal selama-lamanya.
Video yang mendapat banyak reaksi dari netizen ini, rata-ratanya sebak malah menitiskan air mata bila mendengar dan melihat aksi pelajar ini. Begitu juga bila melihat keakraban serta kemesraan guru ini dengan pelajarnya.
Dimuat naik oleh guru berkenaan dalam akaun Facebook, video yang melibatkan pelajar bernama Faiz dan Anas itu telah pun mendapat hampir sejuta tontonan sejak 3 November lalu.
Membawa tema Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara gelombang Malaysia #QuranHour yang dibawakan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bakal bergema lagi menjelang sambutan hari merdeka nanti.
Berpandukan Surah al Jumu’ah dan Surah Al-Hujurat tema ini dibawakan dengan tujuan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat melalui penghayatan Rukun Negara dan nilai nilai murni dalam al Quran dan sunnah.
Memasuki tahun ke-10 penganjurannya Malaysia #QuranHour 2024, program berinteraksi dengan al Quran melalui baca, faham dan amal ini akan didakan serentak 30 Ogos 2024 di seluruh negara dan bersiaran langsung dari lokasi perdana Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dari jam 10 hingga 11 pagi.
Sama seperti sedekad yang lalu Malaysia #QuranHour akan melibatkan pelbagai organisasi daripada media, kerajaan, korporat, NGI dan institusi Pendidikan.
“Hasil penyatuan ini sejak tahun 2015 hingga kini kempen #QuranHor iaitu World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour telah mencatatkan keseluruhan 7.3 billion capai social dari 76 negara,” ujar Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF dalam sesi taklimat Malaysia #QuranHour 2024 bertempat di Studio My #QuranTime Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.
Dalam pada itu Malaysia #QuranHour 2024 akan dipancarkan secara langsung di pelbagai platform media termasuk Nu Ideaktiv Sdn Bhd, dengan RTM menjadi penyiar Utama.
Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara yang menjadi tema kali Malaysia #QuranHour 2024 ini membawa maksud bebas daripada perhambaan terhadap sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT semata-mata, bebas daripada kesempitan unia kepada keluasannya, bebas daripada kezaliman kepada keadilan Islam.
Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum, agama dan budaya akan tetap mampu mencapai kemakmuran negara sekiranya semua rakyat faham makna Rukun Negar dan mengamalkannya.
Surah Al-Jumu’ah menjadikan panduan dan solusi umum untuk mengangkat nilai-nilai urni dalam agama Islam sebagai agama Persekutuan. Manakala Surah Al Hujurat yang disinonimkan dengan akhlak dan adab menjadi panduan dan solusi kepada permasalahan tersebut dan sunnah Rasulullah SAW membina akhlak dan beradapan diri perlu direalisasikan untuk mencapai kesejahteraan rakyat dan negara.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...