Zaman sekarang isteri atau kaum ibu pun kebanyakannya bekerja dan dah tentu tak sempat untuk membuat semua kerja rumah.
Sebab itu ramai suami sekarang yang tak berkira membantu isteri di rumah. Selalu saja tengok kaum bapa menyidai pakaian waktu hujung minggu atau memasak di dapur kan.
Tapi sebenarnya tugas ini bukan tugas suami isteri saja, anak-anak jua harus dilatih melakukan kerja rumah. Bukan saja untuk meringankan kerja ibu bapa tapi supaya sikap yang sama dibawa bila anak sudah berumah tangga kelak. Supaya ‘mind set’ kerja rumah kerja orang perempuan itu dah tiada lagi.
Kalau nak mengajar anak sebenarnya biarlah dari kecil dan kena ada cara. Kaedah diguna pakai Ahmad Affzan Abdullah juga menarik untuk ibu bapa lain praktik kan.
Katanya sebelum minta anak buat, fahamkan kenapa mereka perlu buat kerja rumah itu. Selebihnya jom baca perkongsiannya.
Fahamkan Anak Kenapa Perlu Tolong Buat Kerja Rumah
Satu ketika, aku tengah makan. Nampak isteri aku tunjuk artikel di telefon pintar pada anak-anak.
“Baca ni,” katanya.
Aku tengok saja. Lepas makan aku tanya dia, “Artikel apa tu?”
Dia pun tunjuk pada aku. Artikel itu dalam bahasa inggeris, ditulis oleh seorang perempuan mat saleh. Dia bercerita ketika dia sedang sibuk cuci pinggan di dapur, suaminya dan anak-anak selamba tengok TV. Puas dia panggil semua buat bodoh saja.
Akhirnya selepas lama dia bising, suami dia pun cakap pada anak-anak,
“Dah, dah. Pergi tolong mak kamu tu.”
Ads
Kemudian dia terfikir, kenapa bila cuci pinggan, kemas rumah itu, dianggap sebagai ‘tolong’ ibu dan isteri. Seolah-olah itu memang tugas ibu semata-mata, orang lain kalau buat itu sekadar nak tolong saja.
Bukankah rumah ini rumah kita bersama? Kita guna tandas bersama. Ruang tamu bersama.
Mengapa kita tidak menganggap bahawa ini kerja kita bersama juga?
Aku mengangguk-angguk sambil membaca artikel itu.
Betul, biasanya kita ini ambil mudah.
Kerja rumah kait dengan orang perempuan
Bila kerja-kerja di rumah saja, secara automatik kita kaitkan dengan tugas orang perempuan, iaitu ibu kita atau isteri kita. Kenapa mentaliti kita begitu?
Pinggan, ramai yang lepas makan hanya letak saja dalam sink. Yang lebih teruk, tinggal saja atas meja makan. Maka ibu atau isterilah yang mengutip sampah sarap ini tadi dan membawanya ke dapur
Tandas, semua guna untuk buang segala kotoran dalam badan. Bila mangkuk tandas dan lantai sudah berdaki, semuanya buat tak tahu. Masing-masing beranggapan nanti ibu atau isteri yang akan sental.
Ads
Kipas dan aircond, semua nak guna waktu kepanasan. Namun bila berhabuk, masing-masing lebih rela bersin dan terbatuk berbanding ambil inisiatif untuk buang habuk yang terkumpul. Semuanya tunggu ibu atau isteri yang buat.
Beginikah cara kita hidup bersama di dalam rumah? Di bawah satu bumbung?
Kami buat duty roster
Maka kami pun buat jadual. Duty roster. Ada tugas harian, ada tugas mingguan. Semua wajib laksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut apa yang telah ditetapkan.
Untuk apa? Supaya masing-masing ada rasa kebertanggungjawaban. Supaya anak dan suami tahu, rumah ini tanggungjawab bersama untuk pastikan ia bersih, kemas dan sihat untuk didiami.
Bukan kerja orang perempuan saja. Bukan tugas ibu atau isteri saja. Kita semua buat sepah, kita semua kena kemas.
Bergilir-gilirlah. Masing-masing akan rasa cuci pinggan, sidai baju, cuci tandas, sapu sampah, cabut rumput dan lain-lain.
Ads
Tidak ada ruang untuk anak-anak rasa seperti tuan atau bos. Tidak ada ruang untuk suami atau isteri menyuburkan ego. Barulah kita boleh hargai setiap sudut rumah yang kita diami.
Kita nampak ruang tamu kemas, kita tersenyum dan kata pada diri, itu kita yang kemas sama-sama.
Kita nampak tandas bersih, kita juga rasa puas hati kerana kita pun terlibat dalam memastikan tandas itu harum dan tidak jijik.
Baru kita tahu apa yang ibu, isteri kita rasa
Kita akan geram bila ada ahli keluarga cuba sepahkan barang. Sebab kita tahu betapa lecehnya nak kemas balik.
Baru kita tahu apa yang ibu dan isteri kita rasa selama ini.
Rumahku syurgaku. Selalu orang sebut, namun tak ramai yang berusaha untuk menjadikan rumah itu syurga bersama-sama. Hanya mengharap ia jadi syurga secara tiba-tiba?
Semoga Allah sentiasa menaungi keluarga kita dengan rahmah dan maghfirah-Nya, dan rumah yang kita diami itu sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang dan ketenangan.
.
.
Ahmad Affzan Abdullah.
Pelukis Kaligrafi Eksklusif
Hari ini 13 Ogos dan merupakan Hari Orang Kidal Sedunia. Dirayakan setiap tahun sejak tahun 1996.
Sepuluh peratus daripada jumlah penduduk dunia adalah orang kidal. Sebagai golongan minoriti, jadi mereka perlulah belajar menyesuaikan dirin dengan gajet, alat tulis, kelengkapan memasak dan juga peralatan sukan.
Otak dan tubuh orang kidal berfungsi secara berbeza dengan orang tangan kanan. Begitu juga dengan orang yang boleh menggunakan kedua-dua belah tangannya.
Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai orang kidal
1. Orang kidal cenderung mengunyah makanan di sebelah kiri.
2. Bagi pramatang selalunya akan membesar menjadi orang kidal.
3. Hanya 25 peratus sahaja orang kidal akan melahirkan anak yang juga kidal. Tiada kena-mengena dengan keturunan.
4. Orang kidal lebih mudah stres berbanding mereka yang cenderung guna tangan kanan.
5. Otak orang kidal bekerja lebih cepat ketika bersukan. Misalnya atau bermain game komputer.
6. Orang kidal selalu dikatakan lebih bijak.
7. Orang kidal lebih pemalu dan cepat cemas kalau buat salah.
8. Lebih ramai orang lelaki kidal berbanding perempuan.
9. Orang kidal lebih mudah kena alahan. Ini kerana mereka lebih mudah migrain dan sukar tidur.
10. Antara personaliti terkenal yang kidal ialah Angelina Jolie, Tom Cruise, Kim So Hyun, Park Shin Hye, Justine Bieber dan Oprah Winfrey.
Maal Hijrah selalu juga dijadikan sebagai titik permulaan seseorang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Orang kata tahun baru, azam baru.
Bersempena dengan Maal Hijrah, Azrinaz Mahzar Hakim telah mencoretkan sesuatu di instagram. Perkongsian ini mengajak individu yang berhijab supaya terus istiqamah. Malah bersyukurlah dengan rezeki yang telah Allah berikan.
Bukan Nak Riak
Sempena Maal Hijrah ini saya kepilkan foto yang dikirim oleh sahabat saya ketika kami berada di Masjid Buroq iaitu salah satu masjid di Al-Aqsa ? Bukan niat bersifat riak jauh sekali menunjuk. Malah ia hanya sekadar perkongsian ilmu.
Kekal dan Istiqamah
Genap dua tahun ? saya berhijrah dalam berhijab ? Moga kita semua diberi kekuatan yang berkekalan dalam istiqamah
Rezeki Pelbagai Bentuk
Rezeki tidak hanya berupa kekayaan ?Rezeki datang dlm pelbagai bentuk. Berupa kesihatan yang baik, anak-anak yg sempurna, pengetahuan yg cerdik, ketrampilan yg cantik dan sebagainya.
Bersyukur Dengan Rezeki Allah
Mohonlah rezeki padaNya dan syukur atas semua yang telah Dia berikan untukmu – Salam Maal Hijrah #buroq #alaqsa #maalhijrah #awalmuharam #hijrah #hijab
Melihat rumah asal yang usang pastinya ramai yang fikir dua kali untuk membaik pulih. Lagi mudah runtuh dan bina baru tapi lelaki dikenali sebagai Tuah Kencana ini punya perancangan tersendiri.
Dia melihat design rumah yang sangat menarik jika terus menggunakan struktur asal kediaman usang itu. Malah dia gigih mencari kontraktor yang sanggup melakukan kerja yang dianggap ‘gila’ itu.
Ternyata perkiraannya tak salah selepas beberapa bulan proses baik pulih dan renovasi dilakukan hasilnya memang vass. Tersergam indah rumah dengan konsep loft siling tinggi kelihatan nyaman sangat untuk diduduki menggantikan kediaman yang dulunya usang.
Tuah Kencana juga turut berkongsi pengalaman beliau melakukan transformasi tersebut.
Journey cabaran ‘gila’ transform rumah usang
Beberapa tahun lalu saya ada bertanya dalam group mengenai cadangan untuk membaik pulih rumah usang. Terima kasih dengan maklum balas dan nasihat. Akhirnya projek gila ini diteruskan.
Saya nak kongsikan journey rumah ini untuk beri inspirasi pada mana mana yang ada rumah usang atau rumah warisan lama.
“Runtuh sahaja rumah ini, senang buat baru terus”, itu kata kata yang biasa saya terima dari pelawat dan kontraktor.
Tapi naluri kuat untuk terus mengekalkan struktur asal rumah ini. Projek ini bermula sejak penghujung May 2022. Terima kasih kepada kontraktor yang sanggup menyahut cabaran impian gila saya!
Cabaran ubah suai jadi konsep rumah loft
Ya memang gila sebab nak transform rumah usang ke rumah konsep loft bersiling tinggi. Sebahagian lantai tingkat atas dibuka untuk menjadikan rumah konsep siling tinggi untuk meningkatkan pengudaraan.
Kayu kayu reput diganti dan tingkap tingkap ditukar dengan tingkap cermin untuk meningkatkan pencahayaan semulajadi. Cabaran utama adalah pembinaan kolam sebab tanah di kawasan sangat berair dan kawasan yang sempit untuk jentera masuk.
Masuk pula musim hujan menyebabkan air bertakung dan berlumpur.
Rujukan pinterest saja
Masuk segmen mendeko. Rujukan utama adalah dari Pinterest sambil berangan. Ya berangan itu sangat penting tuan puan hi hi. Konsep rumah adalah boho Scandinavian.
Taman taman di luar hanya guna kaktus sebagai penyeri (sebab malas nak maintaince). Inspirasi dari Pinterest juga.
Setelah 6-7 bulan bertungkus lumus, akhirnya siap sepenuhnya. Stres dan sangat penat tapi hasilnya sangat memuaskan.
Terima kasih pada kontraktor saya… Jika ada area Perak nak gunakan khidmat beliau sangat recommended.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...