Adakah anda menggunakan nama anak sebagai password? Atau adakah anda gemar memilih nama mudah seperti bon007, trustno1 atau abc123?

Jika ya sila tukar sekarang! Apatah lagi di negara ini aktiviti scammer cukup berleluasa.

Jika kita menggunakan password seperti ini maka kita adalah sasaran mudah penggodam.

Penggodam tahu orang ramai menggunakan kata laluan bermula huruf besar dan sering menggunakan kata laluan sama di semua laman web.

IKLAN
Ketahui 10 Password Terburuk Sasaran Mudah Scammer
Ini juga salah satu dari password terburuk!

Amaran itu dikeluarkan kerana pihak berkuasa sering menerima kes penipuan menerusi talian yang dilihat semakin membimbangkan.

Bukan saja Malaysia,  Australia  juga contohnya menanggung kerugian lebih AS$8.5 juta (RM36 juta) setahun.

IKLAN

Ekoran itu syarikat aplikasi keselamatan dan penyedia perkhidmatan, SplashData telah menyenaraikan password mudah yang sering jadi sasaran scammer.

SplashData menganggarkan hampir 10 peratus pengguna menggunakan sekurang-kurangnya kata laluan dalam senarai 25 teratas kata laluan terburuk dengan tiga peratus menggunakan kata laluan terburuk iaitu ‘123456’. Berikut senarai 10 kata laluan terburuk iaitu:

IKLAN
  • 123456
  • password
  • 123456789
  • 12345678
  • 12345
  • 111111
  • 1234567
  • sunshine
  • qwerty
  • iloveyou.

Senarai 100 kata laluan paling buruk termasuklah perkataan atau nombor mudah seperti ‘111111’, ‘sunshine’, ‘princess’, ‘666666’ dan ‘654321’.

Syarikat itu mencadangkan kata laluan perlu menggunakan tidak kurang 12 huruf berbeza dan setiap akaun perlu menggunakan kata laluan berlainan.

Selain itu, sekiranya buntu untuk mencipta kata laluan boleh mencuba sekurangnya 12 aksara termasuk simbol seperti $,?%, secara rawak supaya penggodam sukar menembusi sistem.

Sumber: Astro Awani

Selain itu:  Kalau Tanam Pokok Cili Buat Pati Baja Kulit Telur. Berceracak Meriah Hasil Cili Nanti
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI