Harga sayur makin naik jadi eloklah kalau kita belajar tanam sayur sendiri di rumah. Takde ruang atau laman pun tak mengapa, boleh tanam cara tak jejak tanah seperti dikongsi oleh Yuziyana Yusop.
Kalau duduk di kediaman bertingkat pun tiada masalah untuk bercucuk tanam cara ini. Boleh mulakan dengan tanam kangkung. Kaedah ini menggunakan mangkuk tapis plastik dan baldi. Langsung tak menggunakan tanah. Lagi bersih kan.
“Jom tanam kangkung sendiri. Kangkung tapis, kangkung tak jejak tanah namanya. Tiga minggu dan boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setengah kilo hasil kangkung. Alhamdulillah.”
2. Toskan benih lepas rendam kemudian masukkan dalam tapis. Agak-agak saja kuantiti biji benih. Jangan padat sangat, jangan sikit sangat.
3. Pastikan guna tapis yang lubangnya kecil sahaja. Jika lubang besar anak kangkung akan bolos nanti. Jika ada benih yang sudah berakar, masukkan akar ke dalam lubang tapis, biarkan ia menjulur.
4. Letak tapis atas baldi yang telahpun dimasukkan air paip separas mencecah dasar tapis.
5. Tutup tapis berisi benih selama 2-3 hari.Tujuan menutup biji benih adalah untuk menggalakkan anak benih cepat tumbuh.
6. Selepas 3 hari anak benih akan tumbuh seperti tauge. Jangan panik, memang betul dah caranya. Waktu ini dah boleh dedahkan kepada cahaya, air dalam takungan tak perlu buang. Boleh tambah baja AB.
7. Boleh mula guna baja ab bancuhan 10mlab+2L air atau 1.5ec-2ec
8. Hanya pantau air baja dan akr pokok. Tambah air baja bila perlu. Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec minggu 1(10ml ab+2L air), 2ec minggu ke2(15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air).
9. Kangkung tuai bila kangkung berumur lebih kurang 3 minggu.
Salah satu sayur yang mudah ditanam adalah kangkung, biasanya dalam sebulan dah boleh tuai. Tapi kalau tak sabar nak tuai lebih cepat ada saja cara yang boleh dipraktikkan.
Seawal 10-14 hari lepas tanam dah boleh tuai kangkung untuk dijadikan hidangan. Tak perlu tunggu lama. Sesuai sangat untuk beginner supaya lebih bersemangat untuk terus bercucuk tanam. Kaedahnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah.
Petang semalam, ajak anak-anak pakat tanam kangkung di tepi rumah. Kali ni kita tanam cara yang cepat berhasil. 2 minggu dah boleh tuai. Caranya sangat mudah dan simple.
– Biji kangkung disemai dulu dalam tray semaian. Lebih kurang 10 biji satu lubang tray.
– Bila dah usia 8-10 hari, baru pindah ke atas tanah. Jaraknya main agak-agak saja. Lebih kurang 4-6 inci antara perdu. Sayangnya tak dapat nak letak sungkupan terus sebab stok daun buluh habis.
– Syok tanam cara ni. Boleh pendekkan tempoh pokok berada dalam petak tanaman. 10-14 hari dah sedia untuk dibuat kangkung goreng belacan.
– Susunan pun nampak cantik, sejuk je mata bila memandang.
Kelebihan tanam cara ini;
1. Pendekkan tempoh pokok berada di tapak tanaman.
2. Kekerapan bertanam meningkat.
3. Pengurusan rumpai jadi mudah.
Cara buat sambal paru ini sesuai untuk peminat hidangan paru tapi pada masa yang sama tak berapa rajin nak masak selalu.
Sebabnya sambal paru yang dihasilkan ini bukan saja sedap tapi juga boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Masak sekali dan simpan jadi stok, bila-bila masa boleh makan.
Cuma untuk dapatkan sambal yang tahan lama ini ada caranya. Boleh ikut perkongsian Julia ALeen Aireish.
1kg paru lembu
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
Bahan sambal :
4 biji bawang merah **
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih **
15 tangkai cili kering ** – buang biji & rendam dengan air panas
2 inci belacan **
1 batang serai – diketuk
4 sudu makan gula atau secukupnya
2 sudu kecil garam atau secukupnya
1 sudu kecil serbuk perasa
30gm gula nisan
1 mangkuk kecil perahan asam jawa
sedikit air untuk mengisar
1. Paru dibersihkan dahulu kemudian rebus hingga masak. Sejukkan dahulu kemudian dihiris nipis.
2. Satukan paru, serbuk kunyit dan garam halus gaul sekata. Panaskan minyak secukupnya goreng paru hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
3. Satukan bahan bertanda (**) dan kisar halus. Panaskan minyak letak serai yang diketuk diikuti bahan kisar, tuang kesemuanya. Tumis hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan perahan asam jawa, gaul sekata. Selepas itu letak garam, gula, gula nisan, serbuk perasa secukupnya. Dimasak hingga warna sambal cantik gelap.
5. Letak paru dan digaul hingga merata dan sekata sambal elok melekat. Tutup api sedia dihidang & dinikmati.
-Tip agar sambal paru tahan berbulan dan tidak berkulat, masak sambal mesti lama hingga sambal kelihatan merah kehitaman. Bila sambal mengering, perlahankan api supaya bahagian bawah tidak hangus teruskan masak kerap mengacau.
-Sambal paru lebih sedap ada manis sedikit, pedas masin cukup rasa.
-Semasa menggoreng jangan goreng terlalu banyak paru pada satu masa.
-Tip paru rangup, goreng hingga buih-buih berkurangan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...