Asam pedas ada beberapa cara memasak mengikut negeri. Selain itu setiap orang juga punya ada resipi tersendiri menjadikan ia makin sedap.
Antaranya cara yang dikongsi oleh Siti Nor Azizah Rahim. Bukan saja kuahnya sedap tapi yang penting isi ikan terasa keenakannya. Ini kerana cara penyediaan ikan untuk asam pedas resipi beliau sedikit berbeza. Boleh cuba ya!
Resipi asam pedas betul-betul kaw
Bahan-bahan:
Ikan kembung/jenahak/pari/siakap/parang
Kunyit hidup
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
2 batang serai (dititik)
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Bendi & tomato
Garam
Daun limau purut/daun kesum/bunga kantan
Cara membuat:
Pertama sekali basuh bersih ikan kemudian lumur dengan kunyit hidup yang ditumbuk. Inilah yang buat rasa ikan asam pedas jadi lagi sedap terutama bila diratah.
Ads
2. Halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sikit (dikisar).
3. Cili kering dikisar (kalau nak kuah pekat kena letak banyak, baru kuah jadi umphhh).
4. Lada hitam biji tumbuk (kalau tak suka pedas tak perlu guna). Masukkan juga serai yang dititik.
5. Tumis bahan di atas dengan minyak. Minyak kena banyak baru cili jadi cantik. Tumis sampai naik bau dan cili bertukar warna gelap.
Ads
6. Selepas itu masukan air asam jawa. Jangan terlebih air nanti kuah jadi cair dah tak sedap.
7. Bila mendidih kecilkan api baru masukkan ikan satu-satu. Biarkan ikan masak sempurna. Kemudian masukkan pula bendi dan tomato pula.
Ads
8. Tabur sedikit garam pada kuah. Jangan banyak garam sebab ikan tadi dah dilumur dengan garam.
9. Tabur lah daun limau purut/daun kesum atau bunga kantan supaya aromanya harum.
Ikan lengat atau ikan rebus asam jawa ini lauk ‘legend’ dari utara tanah air. Ikan ini bila digoreng memang sedap sama ada makan dengan nasi atau ratah saja. Rasa masam masin cukup untuk buat kita berselera makan.
Bagi yang rindu nak makan ikan lengat ini bolehlah buat sendiri. Ikut saja panduan yang dikongsi oleh AishahYap.
Cara buat ikan lengat
1. Siang ikan macam biasa dan kelar.
2. Ramas asam jawa bersama setengah cawan air. Masukkan garam dua sudu makan.
3. Masukkan ikan. Salut asam jawa dengan seluruh bahagian ikan. Biar kena semua. Perap 30 minit (lagi lama perap lagi sedap).
4. Masukkan dalam periuk, masak atas api sederhana. Bila mendidih sikit terus tutup api, jangan rebus lama nanti ikan jadi lembik susah nak goreng. Kemudian biar ikan suam.
5. Panaskan minyak. Goreng macam biasa sampai garing macam dalam gambar.
Ini bukan hangit ya, memang ikan lengat macam ni rupanya. Ikan ini bila digoreng boleh makan sampai ke tulang kerana tulang ikan jadi rangup dan lembut. Nikmat tak terkata.
INFO
Jangan bimbang garam tak menyebabkan rasa masin kerana penggunaan asam jawa. 2 sudu makan garam dan segenggam asam jawa itu untuk 12 ekor ikan. Kalau buat 5-6 ekor, boleh kurangkan. Letak garam 1 sudu makan.
Ingat tak masa kecil-kecil dulu mak atau nenek kita selalu buat nasi goreng ini. Bahannnya cuma cabai kering, bawang, ikan goreng lebihan semalam tapi rasa nasi goreng ini punyalah sedap. Sampai sekarang kita teringat-ingat.
Kalau teringin nak rasa kembali nasi goreng nostalgia ini buat je sendiri. Caranya dikongsi oleh Shamshinar Mohd Darus.
Cara buat nasi goreng cabai tumbuk, isi ikan goreng
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
Cili/cabai kering – rendam dengan air panas dan tos
Bawang merah
Bawang putih
Ikan goreng – ambil isi ikan saja
Ikan bilis
Cara membuat:
1. Tumbuk semua bahan kecuali nasi dan ikan goreng. Jangan tumbuk terlalu lumat (jika guna pengisar rasanya akan tak sama).
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan gula jika mahu. Gaul hingga sebati.
4. Bila nampak bahan ditumis sudah masak masukkan nasi sejuk dan isi ikan goreng. Gaul sebati.
5. Siap boleh dihidang.
Info: Jika tak mahu pedas boleh tukar cili kering kepada cili hidup.
Masalah kecacingan pada anak-anak memang tak nampak tapi kita boleh menjangka melalui ciri ciri yang biasa dialami.
Selalunya anak akan tak selera makan, hilang berat badan, kerap sakit perut, tak senang duduk (sering merengek), gatal pada bahagian dubur dan timbul bintik kemerahan (ruam) akibat kerap menggaru.
Satu situasi biasa bila anak berdepan masalah cacing ini adalah untuk beri makan ubat. Lagi pun kalau tahu ia adalah ubat cacing. Memang susah untuk anak ambil ubat ini.
Bagi yang menghadapi anak susah makan ubat cacing, satu lagi alternatif yang boleh dilakukan adalah menggunakan petua yang dikongsi oleh Wan Norma.
PETUA HILANGKAN CACING PADA KANAK-KANAK
Nak share sikit petua turun temurun macam mana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Manalah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah saja caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut;
Asam keping
Garam
Air
Caranya;
-Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
-Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
-Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InsyaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...