Bila ada lebih dari seorang anak yang sekolah pening juga nak uruskan PdPR mereka. Terutama untuk anak sekolah rendah, yang perlu kita perhati dan perlu dibantu.
Bagi memudahkan para ibu terutamanya mungkin boleh gunakan idea daripada Hazlina Harumaini. Beliau menyatukan anak di meja makan untuk sesi belajar online namun untuk memastikan anak fokus dia meletakkan partition! Sekali pandang macam di ruang pejabat atau cyber cafe.
Menariknya ibu yang WFH juga boleh duduk sekali. Senang untuk pantau sambil buat kerja.
Station online anak, letak partition supaya boleh fokus
Waktu ini dah habis sesi belajar, sebab itu ada penampakan Roblox di situ.
Ini cara saya buat station online anak-anak. Sebab semua nak berkumpul dekat-dekat terpaksalah guna dining table untuk kegunaan empat orang. Mama pun senang nak pantau anak-anak sambil WFH. Nampak lebih fokus cara macam ini.
Ads
Barang untuk partition boleh beli di kedai Eco Magic Cube. Harga cuma RM2.10 sekeping, dan didatangkan dengan connector untuk sambung dan lock supaya tak bergerak.
Ads
Boleh juga beli secara online di Shopee. Klik SINI untuk beli.
Serangan lalat putih atau bena putih memang masalah biasa jika tanam pokok sayuran seperti cili, terung atau tomato.
Serangan lalat ini jika dibiarkan tanpa kawalan lama kelamaan akan daun lumpuh dari membuat fotosintesis dan akhirnya pokok akan mati.
Sebab itu jika tanam sayur kena ada kawalan dari serangga ini. Paling mudah adalah membuat sendiri racun organik dan sembuh pada pokok. Caranya dikongsi oleh Syamimah Binti Ismail.
Buat sendiri racun organik untuk atasi serangan lalat putih
Siapa yang ada menanam cili, tomato & terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.
Jadi jom hari ni belajar buat racun organik, hanya gunakan bahan dapur saja. Dijamin selamat kerana organik.
1. Bahan-bahan yang digunakan – 1 labu bawang putih, 6 biji cili padi dan 300ml air.
2. Kisar semua bahan tadi kemudian masukkan dalam bekas. Tutup bekas berisi bahan kisar dengan kain untuk elak serangga masuk dan peram selama 24 jam.
4. Selepas 24 jam, tapis bahan peram tadi dan ambil patinya. Hampas bolehlah ditabur pada tanaman. Tuang pati tadi dan letak dalam botol. Untuk tahan lama simpan dalam peti sejuk. Sila label untuk elak terminum.
Cara penggunaan
Masukkan 60ml pati dan campur dengan 1 liter air bersama 1 sudu minyak masak dan 1 sudu teh cecair pencuci pinggan.
Spray time lewat petang, pukul 6 petang ke atas. Ini kerana sifat semulajadi serangga perosak aktif pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
Tip semburan
Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
Gunakan nozzle spray yg paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Asyik buat roti bakar dengan kaya dan butter saja, apa kata tukar sikit cita rasa. Buat Portuguese toast macam yang selalu orang beli di bakeri terkenal Harolds Bread.
Rasanya memang lain dari roti bakar biasa, lemak manis dan creamy. Selain dari beli roti ini pun boleh kita buat sendiri. Boleh buat untuk hidangan pagi atau pun petang.
Caranya dikongsi oleh Ju Zue.
Buat sendiri Portuguese toast ala Harolds Bread
Menu breakfast, minum petang pun boleh. Selalu kalau nampak Harolds Bread suka singgah dan beli roti ini sebab sedap.
Kali ini kita buat sendiri, rasanya creamy dan yummy. Buat sendiri lagi sedap sebab boleh adjust rasa manis ikut cita rasa.
Bahan-bahan
2 roti keping (Gardenia) putih atau roti benggali. Boleh potong ikut tebal kita nak. Cuma kalau roti Gardenia nipis sikit. Untuk yang ini saya guna roti benggali
Sediakan cheesedale 2 keping.
Susu segar (sukatan agak-agak saja, beli kotak kecil pun dah cukup)
Gula, guna gula perang. Letak ikut manis kita suka. Saya letak dalam satu sudu besar.
Sedikit butter – dalam satu sudu
Nota: Sukatan bahan boleh ikut cita rasa sama ada nak manis atau keju lebih.
Cara membuat:
1. Masukkan butter, susu, kemudian cheese dan gula. Kacau kemudian masak atas api yang kecil hingga cair dan pekat tapi jangan terlalu pekat.
2. Tutup api dan sapuan adunan atas roti tadi. Masuk dalam oven. Bakar sampai bahagian permukaan atas roti jadi keperangan. Anggaran dalam 7-10 minit. Api atas bawah 160.
Adjust ikut oven masing-masing.
Cendawan enoki ini memang banyak kegunaan dalam masakan kita dan selalu saja kita beli. Cuma biasanya sebelum ambil cendawan ini kita hanya lihat keadaan cendawan ini secara kasar. Nampak elok terus ambil.
Tak ramai yang arif tentang cara memilih cendawan enoki yang segar dan terbaik untuk dimasak. Dikongsi oleh Chef Deedee Mansor, boleh guna penjelasan beliau ini sebagai panduan sebelum membeli cendawan ini.
Tip dari seorang chef
Dua hari lepas pergi pasar raya, nampak seorang akak nak ambil enoki yang sebelah kiri, tak sampai hati jadi kita tegur dan kongsi ilmu dengan dia.
1) Nak pilih enoki, pilih yang macam yang sebelah kanan, atasnya leper dan bukan macam belah kiri dah kecut dan kepala cendawan sudah kembang masuk angin serta air.
2) Bila picit rasa macam span basuh pinggan dan bukan rasa macam lembik dan berair.
3) Tengok warna cendawan sebelah kiri agak kekuningan, ambil yang masih cerah warnanya.
4) Periksa pek vacum dan pastikan tak masuk angin lagi.