Menggunakan rotan bagi menangani pertengkaran dua anak, meskipun tegas namun cara penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini dipuji oleh netizen dan peminatnya.
Memuat naik video sedang memarahi dan ‘acah-acah’ merotan Ariq Matin selepas bertengkar dengan kakaknya, Dzahira Talita Zahra, rakaman itu mendapat hampir 850 ribu tontonan di instagram selepas dimuat naik beberapa hari lalu.
“Kes: pergaduhan melibatkan kekasaran. Jenis-jenis kekasaran : tarik rambut kakak Pesalah : Matin dan Talita Note : Matin tarik rambut tapi Talita batu api lebih. Hukuman: berdiri didinding”
Demikian kapsyen yang disertakan bersama video terbabit Siti Sarah dengan suara tegas meminta anaknya bersalam, memeluk kakaknya sambil meminta maaf.
Arahan tersebut diikuti oleh anaknya walaupun sambil menangis. Tapi kemudian Siti Sarah memeluk kedua anak untuk mententeramkan mereka.
Ada yang kurang setuju
Walaupun ada segelintir kurang bersetuju dengan penggunaan rotan itu namun kebanyakan netizen bersetuju memuji tindakan Siti Sarah yang dirasakan sama dengan didikan orang tua kita sebelum ini.
Hebat sungguh dugaan buat lelaki ini. Dia menerima kelahiran cahaya mata yang ditunggu namun pada masa yang sama perlu redha dengan takdir pemergian isteri tercinta.
Bertarung dengan penyakit Pancreatic Neuroendocrine kanser sejak Jun 2016 isteri tersayang Nuha Najiyah bagaimana pun sempat menghadiahkan seorang puteri sebagai zuriat pengganti dirinya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya 6 April lalu.
Nuha yang juga seorang doktor melahirkan bayinya pada Februari lalu pada usia kandungannya 31 minggu. Namun dia hanya sempat dua bulan menatap wajah puterinya sebelum menutup mata buat selamanya.
Alhamdulillah bayi yang dinamakan Ayfa Naureen sihat sempurna dan kini menumpang kasih pada ayah dan juga ahli keluarga lain.
Sebagai suami tak dapat dinafikan pemergian isteri meninggalkan ruang yang cukup besar di dalam hati Ahmad Fadhli Osman. Tapi dia redha dalam masa yang sama puas kerana sempat menjaga isteri sejak awal disahkan mengidap kanser hinggalah ke hembusan nafas akhirnya.
Perkara itu diluahkan dalam satu status di laman sosial Facebook miliknya selain menceritakan detik akhir bersama isteri yang mendapat perhatian ramai netizen yang bersimpati dengan dirinya.
Pagi Jumaat 30 March jam 8.53 pg. Dr menjalankan procedure untuk intubate dan sedate Nuha. Nuha bernafas laju drpd jam 10 malam smpai pg. Restless smpai tak boleh tido.”I nak tido…I nak tido… I penat sangat” kata dia. Sebelum diintubate sempat ak pesan kepadanya “sayang selawat sayang, zikir, mengucap”. Itu adalah kali terakhir Nuha dalam keadaan sedar sebelum ditidurkan.
Setelah seminggu dimasukkan ke ICU, pagi Jumaat 6 April jam 8.18am nuha menghembuskan nafasnya yg terakhir. Tidurlah sayang. Tidurlah berehat. You have gone through a lot. Ak yang melihatnya setiap hari pon tak tahan inikan kamu yang sendiri mengalaminya.
Kuat sungguh sayang. kadang ak ada cakap “you tau tak u ni kuat. tak semua orang mampu menanggungnya even myself i doubt it”. Semoga Allah gantikan segala kesakitan dan kesabaran yg sayang alami di dunia ini dengan ganjaran syurganya. Amiin.
Ak sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu di sana. Ayfa juga bila sudah besar dan pandai berkata-kata nanti Allahumma firlaha warhamha waafiha wa’fuanha
Alhamdulillah aku puas sebab dpt berada disamping dan menjaga kamu drpd awal2 diagnose hinggalah ke hembusan nafas terakhir. Ak juga puas sebab dapat memandikanmu dan menyambutmu di liang lahad. Aku redha tapi ak hanyalah insan biasa, punya rindu dan punya kesedihan.
Alhamdulillah ramai dtg menziarahi kamu, mendoakan dari jauh dan dekat. Alhamdulillah kamu disolatkan oleh jemaah solat jumaat dan Alhamdulillah kamu dikebumikan di hari jumaat, penghulu segala hari.
Alhamdulillah juga sejurus selepas selesai pengebumian dan bacaan talkin hujan pon turun dengan lebatnya ibarat turut menangisi pemergian kamu. Umi Ayfa seorang yang hebat dan kuat. Al-fatihah.
Menurut Fadhli sepanjang bertarung dengan penyakit kanser, arwah isteri telah melakukan enam kali rawatan kemo terapi. Malah seminggu selepas bersalin dia melalui tiga kali siri kemoterapi sebagai rawatan penyakitnya.
Namun ketentuan Allah SWT, dia pergi sebelum sempat sembuh. Sama-sama kita doakan rohnya ditempatkan di kalangan penghuni syurga.
Anak dua orang pun rumah boleh jadi huru hara, ini kan pula ada tujuh, enam orang pulak tu lelaki. Memang hebatlah kalau ada mak yang dapat pastikan rumah kemas dengan anak-anak yang ramai macam ni.
Tapi semua ini tak mustahil, ada saja kaum ibu yang memang ada sistem khas untuk pastikan rumah sentiasa kemas. Macam perkongsian yang dibuat oleh Khairul Hakimin Muhammad.
Itu hari saya duduk dengan seorang ibu yang dah lama pencen dari sector perguruan. Beliau ini ramah ya ampun. Asalnya beliau merupakan seorang peserta kelas brownies beberapa tahun lalu. Namun sekarang dah jadi macam kawan.
Beliau bersembang tentang 4 orang menantunya yang berbagai-bagai ragam. Seronok mendengarnya. Ibu kepada 7 orang anak ini, punya 6 orang anak lelaki dan seorang sahaja anak perempuan.
Yang sulong itu anak gadisnya yang sudah punya 3 orang anak, kemudian ada 3 anak lelaki yang sudah berkahwin. Yang lain masih bujang trang-tang-tang.
Dalam banyak-banyak hal yang kami sembang, beliau nasihatkan saya tentang saya kena bertegas dengan orang rumah bab-bab mengemas, bab mencuci dan sebagainya kena bertegas walau beliau seorang yang bekerja. Kalau tak bekerja lagilah kena kuat tegasannya itu.
Beliau kata, sepanjang jadi guru dan 10 tahun terakhir dapat jadi pengetua, beliau dapat suami yang sangat tegas bab itu.
Oleh kerana anak lelaki pula sangat ramai, dan memang susah ya amat nak pastikan rumah itu sentiasa kemas, namun sebagai isteri memang kena kreatif bab-bab menguruskan rumah. Sebab, semua inilah menunjukkan kebijaksanaan seorang wanita.
Kita memang boleh cakap “suami, tolonglah sama mengemas juga,” Itu boleh kata dalam mimpi pun susah nak jumpa. Memang ada, namun susah. Jadi dah bertukar status sebagai isteri, beliau cakap beliau reda sahaja namun kena kreatif.
Ini yang saya belajar.
Sebab suami tak suka nak mengemas seperti dia, dan dia juga seorang yang bekerja dan penat ya ampun menjadi seorang guru ini. Di sekolah dah beratus anak murid, di rumah ada 7 orang yang jenis terbang nakal bukan main. Jadi beliau buat ini;
Beli banyaknya organizer untuk baju, seluar dalam, seluar, baju tidur, baju sukan, baju sekolah dan segala-gala untuk anak-anak ini beliau beli jenis rak macam toyogo yang ada laci itu.
Seorang anak, ada 1 organizer dan mereka kena uruskan semuanya sendiri termasuk mencuci, melipat dan memasukkannya di dalam organizer tersebut. Tak ada baju, memang kena libas kerana boleh jadi tak ke sekolah.
Ampaian ini perlu ada beberapa, senang untuk anak-anak gantung baju dan ambil sahaja. Oleh kerana rezeki beliau punya anak perempuan yang jadi anak sulong, maka si kakak ini banyak tanggungjawab membantu adik-adik dan beliau bersyukur kerana dari si kakak ini kecil lagi beliau sudah ajar untuk enjoy buat kerja.
Si kakak ini memang jadi ratu gosok baju untuk adik-adik. Mana yang cari pasal dengan kakak, pastinya tak akan digosok bajunya. Jadi semua kena behave dan layan kakak baik-baik.
2 perkara ini benda penting yang wajib ada dalam rumah. Bakul mainan ini perlu diajar kepada anak-anak tentang apabila ambil, kena simpan semula. Kalau tidak, buang. Jadi ibu, bab ini kena bertukar menjadi rasaksa.
Biasanya anak-anak sangat sayangkan mainan mereka, jadi jika mereka tidak kemas, kasi buang. Namun, kalian ‘buang’ diam-diam dalam stor.
Setelah beberapa lama, hadiahkan mainan tersebut kepada orang lain. Ia lebih bermanfaat dari membuangnya. Anak akan dapat pengajaran, ibu bapa juga tidak membazir.
Wajib letak dalam bakul kain seperti cadar, sarung bantal, dan segala jenis mak nenek pakaian yang belum dicuci termasuk tuala. Sekiranya tak buat, terus penjarakan mereka untuk bermain di padang selama 1 minggu.
Ia memang menjadi dengan sangat baik dan semua anak-anak lelaki cikgu ini sangat menjaga bilik mereka sendiri.
Sentiasa sediakan sabun, pencuci muka, pencuci segala semuanya kepada anak-anak. Dan di dalam bilik air, yang ini tak payah kedekut. Pastikan anak belajar tentang kebersihan. Dan ianya akan melekat di jiwa anak-anak.
Sampai ke tahap, nanti akhirnya anak sendiri akan tahu tentang pentingnya bersih, tentang pentingnya menyusun semua perkara.
Beliau cerita yang mana anaknya yang kecil-kecil, apabila beliau sudah didik abang dan kakak yang dah besar, yang kecil-kecil akhirnya mengikut. Rumahnya sentiasa kemas walau anak-anak banyak mainan. Dirinya sendiri juga tak stress suruh laki bantu kemas.
Iya benarlah, isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, hahaha. Macam lagu. Namun, itu semua betul, kan?
Rumah kita adalah yang memberi hilangnya gelisah, ianya disempurnakan oleh isteri yang cerdik, bijak dalam mengatur segalanya di dalam rumah.
Itulah emak-emak kita semua. harapnya isteri kita juga akan begitu selama-lamanya! Cewah!
Kalau dulu serangan strok kerap kita dengar kalangan orang tua, tapi kini ramai pula golongan muda berusia 30-an mengalaminya. Mungkin juga ia berpunca dari pemakanan dan juga gaya hidup kita.
Wanita yang dikenali sebagai Fiona ini salah seorang daripadanya. Serangan strok yang dialami menyebabkan dia mengalami keadaan lumpuh sebelah muka atau dipanggil Bell Palsy.
Bagi memberi pengajaran kepada wanita lain dan juga golongan muda tentang strok yang tidak mengira usia, Fiona terpanggil untuk berkongsi cerita selain membantu mereka yang pernah mengalami keadaan yang sama.
Fiona rasa malu nak kongsi gambar tapi memandangkan ramai kawan2 yg tak kira umur dah kena strok di usia muda. Fiona nak kongsi punca dan cara rawatan strok.
Fiona anggap ini ujian dari Allah Taala Fiona redho tak perlu malu, mungkin perkongsian ini dapat membantu orang lain yg senasib fiona.
-Demam berpanjangan lebih dari seminggu
-Darah tinggi
-Stress
-Tak cukup rehat
-Banyak berfikir
-Kolestrol tinggi
-Sakit dalam perut
Jangan pandang rendah dengan demam, demam lebih dari seminggu sila rujuk ke hospital. Dikhuatiri darah anda akan dijangkiti bakteria, ini akan memudahkan lagi anda untuk mendapat strok.
Doktor cakap 6 bln 1 tahun. Kawan-kawan yg dah kena ada yang setahun masih belum sembuh jangan sedih jangan give up kena kuat sayang semua.
Tak ada limit usia, paling muda setakat ni umur 6 tahun sebab obes.
1. Turun kan panas badan dan darah tinggi secepat mungkin 2. Ambil ubat hospital cuma seminggu 3. Terus berurut traditional saraf secara kampung dalam tempoh 2/3 kena, jangan tunggu lama2 nanti saraf dah keras susah nak betul . 4. Mulut tu banyakkan selawat zikit buka mulut tu. Dokter akan suruh exercise sebut (a e I o u ) kita percaya pada Allah kita banyakkan sebut Allah di mulut. 5. Senaman lidah nanti fiona akan buat vedio tunjuk senaman yg betul. 6. SIMPAN ALLAH DALAM HATI ALLAH JAGA KITA SAMPAI MATI. 7. KUAT KUAT KUAT FIONA SANGAT KUAT. KEKUATAN DALAMAN LAGI KUAT DARI KEKUATAN FIZIKAL. FAHAM NI.
Sesungguhnya fiona tak pernah kesali dengan apa yg terjadi. Tidak sedih walaupun sedikit suami banyak bagi sokongan fiona jadi semakin kuat.
Cuma bila doktor cakap dia tak dapat buat apa2 fiona mungkin akan begini dalam tempoh setahun baru menitis sedikit air mata. Tapi fiona berazam pada diri sendiri aku kena kuat aku kena sembuh cepat.
Alhamdulillah sekarang tak sampai 2 minggu fiona dah 60% sembuh ni semua kuasa Allah taala mata pun dah dapat pejam mulut dah tak herot sangat cuma minum air masih meleleh. Dan juga pergi berubat pada tempat yg betul.
Tok sah p tok bomo tipu semua tu. Nanti boleh check dekat wall Abaya Fiona akan share tempat urutan saraf.
Dalam pada itu, Fiona turut berkongsi video senaman muka yang diamalkan untuk pesakit Bell Palsy.
Semoga catatan daripada Fiona ini memberi pengajaran buat kita agar menjaga kesihatan dan pemakanan supaya apa yang dilalui oleh wanita ini tidak dilalui oleh kita jugak.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...