Kalau bosan asyik makan nasi dan tekak rasa makan yang ringkas-ringkas saja boleh buat menu mee goreng daging perkongsian Niq Ain.

Bahan kebanyakan dah ada di rumah dan cara masak pun senang. Campak-campak dah siap, yang penting hasilnya sedap. Mee goreng letak daging memang ‘meletop’ rasanya.

Cara buat mee goreng daging

Bahan-bahan:

1 paket mi kuning
Daging – dihiris nipis
Sotong, udang ayam – ikut cita rasa
Bawang putih 3 ulas – diketuk
Cili boh- 1 sudu
Sos tomato – 4 sudu besar
Kicap manis – 5 sudu besar
Gula – 3/4 sudu makan
Sawi, tomato, daun bawang – dipotong

Cara membuat:

IKLAN

1. Basuh mee kuning dan tos.

2. Tumis bawang putih hingga kekuningan.

3. Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga pecah minyak.

4. Masukkan sos tomato, kicap manis dan gula. Tumis hingga pecah minyak.

IKLAN

5. Seterusnya masukkan daging, kacau dan biar hingga daging masak.

6. Kemudian boleh masukkan mee dan sayur.

IKLAN

7. Tuang sedikit air supaya mee sedikit basah. Kacau rata dan mee masak. Siap.

8. Boleh tabur bawang goreng dan daun bawang. Boleh juga perah limau kasturi.

Selamat mencuba.

Sumber: Niq Ain