Lauk sardin memang jadi kegemaran ramai. Ini lah lauk yang boleh membangkitkan selera bila dipadukan dengan telur mata. Tapi sekarang harga sardin tin ini pun dah naik. Nak beli lebih dari setin pun berkira-kira.
Kalau anda jenis rajin, boleh cuba buat sendiri sardin ini. Bukan saja jimat tapi boleh olah ikut cita rasa kita yang mungkin nak lebih pedas atau banyak kuah. Lagi satu sardin homemade macam ni dah tentulah halal dan bersih. Bagi yang nak cuba, caranya boleh ikut perkongsian Nolela Abdul Lahak.
Ads
Sardin homemade
Bahan-bahan:
Ads
2 kilo ikan sardin 1 tin tomato puri 2 senduk cili kisar 2 senduk bawang kisar 1 cawan air asam jawa 1 botol sos cili Garam Serbuk perasa Cuka Minyak untuk menumis
Ads
Cara membuat:
1. Tumis bawang dan cili kisar sampai pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puri.
3. Tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun tak mengapa sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker kuah akan cepat pekat.
4. Masak dalam 60 minit, tulang ikan akan lembut macam sardin tin yang kita beli.
Biasanya biji benih yang kecil seperti sawi dan bayam kita tabur terus saja ke tapak semaian.
Tapi bila bercambah barulah nampak, anak benih semuanya rapat rapat. Boleh saja biarkan cuma nanti pokok sayur tak cukup zat, kurus-kurus saiznya.
Supaya hasil sayur tak jadi begini ada tip yang boleh dipraktikkan untuk semai biji benih yang halus saiznya. Tip dikongsi oleh Wan Rosnazira.
Tip semai biji benih sayur bersaiz halus
Hari ini nak kongsi tip mudah nak tanam biji benih yang bersaiz terlalu kecil seperti biji sawi dan bayam.
1) Campur biji benih dengan pasir sebelum ditabur ke tanah.
Tujuannya untuk memudahkan kita memegang benih. Struktur pasir yang kasar memudahkan untuk kita pegang dengan hujung jari.
Satu lagi untuk mengelakkan kita tabur terlalu banyak benih pada satu-satu masa.
Nanti pokok akan tumbuh terlalu rapat dan padat. Seterusnya merencatkan pertumbuhan pokok. Pokok akan jadi kecil dan slim jer nanti.
2) Buat garisan lubang pada batas tanaman
Bila ada garisan lubang mudah untuk kita tabur benih. Senang boleh nampak kuantiti benih yang ditabur. Kalau nampak terlebih mudah untuk ambil dan pindahkan ke tempat lain berbanding dengan cara tabur secara rawak. Jenuhlah nak tilikkan.
Satu lagi rasionalnya buat garisan, nanti pokok tumbuh cantik dan tersusun. Sedaplah mata memandangkan. Nak cabut masa tuai hasil pun senang.
Kebanyakan rumah sekarang ada air fryer di dapur, ia boleh dikatakan sebagai gajet untuk bantu amalkan gaya hidup sihat. Jika digunakan sebaiknya ia boleh membantu mengurangkan makanan berminyak dalam pemakanan sehari-hari.
Tapi adakah penggunaan air fryer ini betul-betul menyihatkan? Ia akan jadi sihat jika cara penggunaannya betul. Ini supaya unsur acrylamide dalam makanan yang dikaitkan dengan kanser tidak tercetus semasa penggunaannya.
Dikongsi oleh Dr Izzar Anwari berikut adalah cara betul mengggunakan air fryer agar ia menghasilkan makanan yang betul menyihatkan.
Betul ke air fryer menyihatkan
Boleh kata ramai dah sekarang ada air fryer di rumah sebab nak amalkan gaya hidup sihat kan? Tapi air fryer tu betul-betul menyihatkan ke?
Guna Air fryer sememangnya lebih sihat berbanding dengan menggoreng makanan. Ia mengurangkan kalori sehingga 70-80% dan lemak pun sikit je. Kita juga dapat mengurangkan risiko merbahaya kesan dari menggoreng menggunakan minyak masak.
Contohnya bila kita menggoreng makanan berkanji (starch) seperti French fries dengan suhu tinggi, bahan kimia acrylamide akan terhasil. Dan acrylamide ni berkemungkinan dapat meningkatkan risiko mendapat kanser. Dengan air fryer, kita dapat mengurangkan risiko terhasilnya acrylamide ni.
Dengan bertukar kepada masakan air fryer, sudah tentu akan mengurangkan makanan berminyak/berlemak, barulah kolesterol dalam darah berkurangan serta kalori pun tak tinggi nanti. Takdela overweight atau obes. Barulah sihat kan.
Cara elak terjadi acrylamide ketika guna air fryer
Tapi ada satu kajian dari Korea Consumer Agency mengatakan bahawa acrylamide juga boleh terjadi jika memasak dengan air fryer sekiranya kita masak makanan dalam TEMPOH YANG LAMA dan SUHU TINGGI (dia buat kajian dengan masak kentang).
Kalau nak elak terjadinya acrylamide ni, elakkan memasak terlalu lama dengan suhu tinggi sehingga makanan overcook. Macam masak French fries, kita nak dia masak jadi warna golden yellow. Kalau jadi warna brown, dah ada la acrylamide tu. Lagi gelap makanan berkanji yang telah dimasak tu, lagi tinggilah kandungan acrylamide.
Foto Ana Mariana via Masak Apa Hari Ni
Kesimpulannya, gunalah air fryer dan jangan overcook makanan ye. Saya pun guna airfryer hari-hari. Apa-apa pun, amalkan pemakanan seimbang dan tak payahlah minum air2 manis. Baru betul.
INFO
Acrylamide adalah bahan kimia yang terhasil dari makanan berkanji yang dimasak pada suhu panas dan lama. The International Agency for Research on Cancer mengklasifikasikan Acrylamide sebagai ‘bahan berpontensi penyebab kanser’.
Tanam pokok tomato sekali pun dalam pasu di tepi rumah tetap perlu penjagaan. Lagi -lagi jika mahu hasil buah yang segar dan padat. Memang puas hati makan.
Petua yang dikongsi oleh Noviyanti Dewi antara yang boleh kita praktikkan untuk dapat buah tomato yang elok jika ditanam di dalam pasu.
1. Guna pasu besar
Pasu sebegini akan memastikan tanaman selesa dan akarnya kekal lembap tetap tidak basah. Buat banyak lubang di bahagian bawah untuk mengalirkan air.
2. Tanam tomato sedalam mungkin
Apabila menanam benih tomato, keluarkan beberapa daun bawah, dan gali lubang yang cukup dalam supaya kebanyakan tumbuhan tertanam di dalam lubang penanaman, kerana tumbuhan tomato akan mengeluarkan akar di sepanjang bahagian yang tertimbus pada batang, membentuk akar yang kuat sistem dan loji yang lebih kukuh.
3. Siram pokok tomato secara konsisten
Siram tanaman pada waktu pagi untuk memberikan penghidratan sepanjang hari dan biarkan dedaunan lembap kering pada siang hari. Tanah hendaklah lembap tetapi tidak basah untuk mengelakkan reput akar, jika tumbuhan tomato menerima terlalu sedikit air, tumbuhan akan layu dan lemah, dan tomato boleh menjadi reput hujung bunga.
Di samping itu, jika tidak konsisten dengan penyiraman, tomato boleh retak atau berpecah. Apabila buah hampir masak, potong daun sebanyak 50% untuk memaksimumkan proses masak buah.
4. Beri baja organik
Bagi menyuburkan tomato berikan pokok nutrien yang iperlukan. Walau bagaimanapun, media tanam dalam pasu sudah mengandungi baja di dalamnya, disyorkan menambah baja organik cecair secara berkala, dengan selang seminggu sekali.
5. Pastikan pokok dapat pendedahan matahari yang cukup
Tumbuhan tomato memerlukan cahaya matahari penuh, yang bermaksud sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari antara 10 pagi dan 4 petang.
Tercekik tulang ketika makan, petua biasa yang dipraktikkan ramai adalah makan gumpalan nasi atau pisang.Petua ini boleh jadi berkesan tapi mungkin juga menyebabkan masalah...