Selalu bila cerita tentang tip diet pastinya tentang kawal cara makan tapi perkongsian daripada jurulatih kecergasan Coach Adasandha Anuar ini agak berbeza.
Dia menekankan tentang sistem perkumuhan yang sihat. Menurutnya Adasandha jika metabolisme seseorang di tahap tinggi, kesihatan tubuh pada tahap yang baik sepatutnya tubuh manusia boleh membuat proses pembuangan sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali sehari.
Sebab itu itulah coach Adasandha menegaskan bahawa mereka yang teringin kurus, perlu membuang air besar setiap hari.
Dalam pada itu dia turut berkongsi pengalaman kerap menerima soalan mengenai penjagaan kesihatan dan berkait peribadi tapi untuk soalan tentang pemakanan untuk diet yang beratus kali diterima ini jawapan Adasandha.
Ads
Tengok cara atlet makan
ko pegi tengok ATHLETE makan apa semua dorang bedal lepas training lepak mamak order mee goreng mamak teh tarik kaw kaw hampir setiap hari
bila masa dorang diet
Jangan poyo kira kalori, lebih baik puasa
Adasandha Anuar catu makan semua?
xyah nk poyo la kira2 kalori catu2 makan daripada catu2, lebih baik PUASA
Elak makan malam konon cepat tua
yang mengelak makan malam boleh mengakibatkan PENUAAN semakin cepat
janji eh hari ni makan esok berak ler. her her her.
Muka cantik, perut berkerak
siapa buang air besau sehari 3-4x ok kita gang! yg belum capai sehari 3-4x. usaha lagi. jangan muka je cantik, baju je mahal. tapi perut berkerak.
Ha, ini satu lagi, tidur berkualiti itu penting
nite2. i need my beauty sleep.
Ads
Ok yang nak kurus tapi dah bosan kawal makan boleh ikut tip dari Coach Adasandha ni. Selamat mencuba!
Turun berat badan 16kg dalam masa satu bulan? Nampak macam mustahil tapi inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim.
Tidak sanggup lagi melihat diri yang rendah tapi gempal dia nekad membuat perubahan. Semoga perkongsian ini jadi Inspirasi untuk anda yang dalam usaha menguruskan badan.
Hai girls. Hari ni I nak share tips macam mana I loss my weight from 59kg to 43kg in 1 month.
Untuk pengetahuan semua, I punya tinggi 145cm. So can you imagine dengan ketinggian tu then berat 69kg? Tak tertanggung badan rasa.
So time tu I nekad nekad nekad, I kene diet (sebab masa tu nak masuk praktikal).
Kalau kejap nak diet kejap tak nak, jangan berangan lah berat tu nak turun. Serious talk. Yang penting uols kene ada goal korang.
Dari segi pemakanan, I tak makan langsung NASI, KUEW TIAW, MEEHOON, MEE, SPEGETTI, MAGGIE DAN ROTI (azab jugaklah). In one month tu memang i tak makan semua tu langsung. Mula mula tu nangis jugak lah tengok orang kat rumah ni makan nasi tu semua.
I tak sentuh langsung semua benda yang manis manis. Coklat, Aiskrim, air gas dan segala adik beradik dia. (tapi kadang kadang terlepas jugak). Lagi satu paling pantang mak bapak dalam rules diet ni NO FAST FOOD.
So mesti korang bengang kan, semua tak boleh nak makan. Habis nak makan apa kan? Actually, banyak je makanan yang boleh makan.
PAGI : Telur 2 biji
TENGAH HARI : Ambil lauk ayam, ikan, udang, ketam, dan sewaktu dengannya. Sayur! Itu paling penting nanti uols sembelit pulak.
PETANG: Makan lauk jugak. Menyirap jugaklah ibu sebab selalu habiskan lauk kat rumah.
MALAM : Jarang makan malam, tapi incase kalau lapar, makan buah atau kudap kudap.
KUDAPAN: Kalau lapar atau mulut korang memang jenis nak kena ada makanan dalam mulut kan. Caranya goreng ikan bilis letak dalam tupperware. So kalau lapar mengonyel je lah makan ikan bilis tu.
EXERCISE. Pagi, petang, siang, malam buat zumba. Boleh pergi kat youtube search persian zumba. I follow step zumba yang tu. Hari hari buat sampai naik hafal jugak lah step dia. Tak kan boleh kurus kalau korang malas exercise, trust me.
Paling penting korang kena minum air putih. Putih tau bukan oren, purple hijau tu semua. Kalau korang rasa lapar je, minum air, lapar je minum air.
So tu je lah yang i buat dalam 1 bulan. Alhamdulillah hilang 16kg. So goodluck pada korang yang nak start diet tu ye. There is no success without sacrifice.
Dalam pada itu memandangkan banyak pertanyaan selepas Nur Shaerah membuat perkongsian tentang diet tersebut, maka dia menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya.
Okey ramai sangat yang ingat I baru buat diet ni. Ada yang dok kata nanti after 2 month I akan gemuk balik lah semua. Fyi, I buat diet ni pada awal bulan MEI 2015 hinggalah hujung bulan MEI 2015 (bulan 6 tu nak masuk praktikal dah) So alhamdulillah dah lebih setahun dah, berat I pon masih maintain lagi.
Okey banyak sangat orang tanya yang ni. Lepas je stop diet, I start makan balik. Tapi dalam kuantiti yang sikit lah. I just makan 1 genggam nasi je. Then I makan beras Faizah (sampai sekarang). I memang tak minum air manis ni. Kalau apa apa pon I memang akan minum air putih je (tak caya boleh tanya orang yang kenal kita).
I still buat zumba. Tapi tak lah sekerap dulu.Tapi dalam seminggu at least mesti 3 kali. Dan I still guna Persian Zumba tu.
Okey, yang ni tak tahu lah nak cakap macam ni. Actually I tak buat pon diet atkins sebab tak mampu follow segala rules dia. Sebab I still amik buah, makan kicap, makan sos. Kalau atkin tak boleh semua tu.
7.00 am
Breakfast: Makan biskut, meehoon, roti, telur(wajib amik tau breakfast ni)
12.30 pm
Lunch: makan macam biasalah, ada nasi, lauk, sayur
6.30 pm
Dinner: Makan macam I makan lunch tadi. ( I memang akan elak kan makan malam)
Lagi satu makan tu jangan berulam air, lepas 30 minit makan, barulah minum air
Yang ni tak tahu lah jawab macam mana. Nak kata pakai produk apa pon tak tahulah, sebab macam macam pernah pakai. Maybe lah, I rasa sebab I minum air putih kot, tu yang jadi putih sikit. Lagi satu, lepas je bangun tidur I minum segelas air putih, nak tidur lagi segelas. Tu wajib.
Perasan kan beberapa hari sebelum haid, kita asyik rasa nak makan saja walau pun sebenarnya baru lepas makan.
Biasanya kita teringin makan hidangan yang manis-manis. Memang bahaya untuk yang sedang diet tapi apa nak buat ia adalah keadaan normal pada tubuh wanita menjelang waktu haid tiba.
Nafsu makan yang menjadi-jadi sebelum waktu haid ini berpunca dari penurunan kadar hormon estrogen dalam tubuh wanita.
Inilah yang menyebabkan perut cepat berasa lapar dan nafsu makan meningkat walaupun sebenarnya sudah makan. Menurut satu kajian, kebiasaannya sebelum mengalami haid wanita inginkan makanan manis dan tinggi kalori.
Tapi bukan saja cepat berasa lapar, penurunan hormon ini turut memberi kesan kepada emosi wanita yang menyebabkan kita semakin sensitif, mudah rasa penat dan berasa kurang menarik.
Memandangkan nafsu makan meningkat sebelum haid maka disarankan mengambil empat makanan ini ketika mulut terasa mahu mengunyah.
1. Buah-buahan
2. Roti gandum
3. Kekacang
4. Yogurt
Makanan ini dikatakan tidak akan menyebabkan kegemukan walaupun diambil dalam jumlah banyak.
Gemuk lepas bersalin memang rungutan biasa bila wanita sudah bergelar ibu. Tapi bila badan ketara naik dan orang sekeliling mula menegur tak dapat dinafikan boleh tension dibuatnya.
Ini yang berlaku pada pelakon Catriona Ross yang ditegur dan dikritik gemuk seperti sudah beranak ramai sedangkan anak baru seorang.
Teguran itu dianggap memalukan hingga buat dia tertekan malah kemurungan sampai sanggup menarik diri dari dunia seni selama dua tahun.
Namun pada masa yang sama tekanan itu juga membuatkan dia tercabar untuk menurunkan berat badan sekali gus mendapatkan kembali bentuk tubuh seperti zaman anak dara.
“Dulu berat saya mencecah 75kg, tapi saya berjaya hilangkan 17kg dalam masa lima bulan dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti bersukan dan kawal pemakanan.
“Saya lakukan secara semula jadi tanpa bantuan ubat kurus mahupun pembedahan. Saya buat secara ekstrem termasuk aktif sertai aktiviti mendaki gunung kerana tidak mahu proses menguruskan badan berlaku secara perlahan,” kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
Menariknya Catriona tak lokek berkongsi pemakanan yang diamalkan dalam usaha menguruskan badan. Ini yang kita nak tahu kan. Berikut tip yang dikongsi dalam akaun instragram miliknya.
Dah buat macam-macam untuk kuruskan badan akui Catriona dia sudah membulatkan tekad untuk tidak hamil lagi.
“Saya sudah bersusah payah untuk kurus, jadi cukuplah dengan tiga orang anak…saya tak mahu mengandung lagi.
“Suami juga bersetuju, bagi kami perancangan keluarga sudah berakhir dan rumah tangga kami bahagia dan cukup meriah,” katanya sambil mengakui fobia untuk melalui proses kehamilan dan menguruskan badan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...