Nama lain bagi babi dalam produk kecantikan? Ya sememangnya ada, sebab itulah sebagai pengguna Muslim kita kena berhati-hati dalam memiliki produk penjagaan wajah.
Bahan ini mungkin menggunakan nama samaran dalam istilah saintifik yang tidak kita fahami.
Unsur ini boleh ada dalam produk kecantik daripada krim, pencuci wajah, serum dan sebagainya. Boleh jadi akibat terlalu fokus kepada kesan seperti kulit yang cerah, licin dan glowing kita tanpa sedar tidak mengambil kira tentang kandungan ini.
Agar tidak terbeli produk sedemikian berikut adalah senarai nama-nama bahan dalam skincare yang berisiko tinggi berasal dari babi. Jadi hati-hatilah sebelum membeli.
9 Nama Bagi Babi Dalam Produk Kecantikan, Awas!
1. Porcine / Porc
Ini istilah paling jelas merujuk kepada babi. Biasanya ditemui dalam produk mengandungi kolagen atau gelatin haiwan.
Ads
2. Gelatin
Satu bahan biasa dalam produk kecantikan – dari mask hingga losyen. Ia boleh datang dari lembu, ikan, atau babi. Jika tiada label halal, risiko ia dari babi memang tinggi.
3. Collagen (Animal-Based)
Kolagen haiwan juga boleh berasal dari babi. Jika tak dinyatakan secara jelas sama ada ia marine, plant-based atau halal-certified, elakkan.
4. Lard
Lemak babi yang digunakan dalam balm, lipstik atau krim pelembap. Walaupun semakin jarang digunakan, sesetengah produk tradisional atau ‘DIY’ luar negara masih menggunakannya.
Ads
5. Sodium Stearoyl Lactylate
Emulsifier yang digunakan dalam krim dan losyen. Ia boleh datang dari sumber tumbuhan, lembu atau babi. Tanpa pengesahan halal, sumber sebenar sukar dipastikan.
6. Stearic Acid / Stearyl Alcohol
Asid lemak ini biasanya digunakan dalam sabun dan pencuci muka. Ia boleh diekstrak dari haiwan (termasuk babi) atau tumbuhan. Kalau produk anda tiada label vegan atau halal, perlu lebih berhati-hati.
Hati hati dengan istilah saintifik dalam produk kecantikan. Gambar Sekadar Hiasan
7. Hydrolyzed Animal Protein
Protein haiwan terhidrolisis digunakan dalam banyak produk penjagaan rambut dan kulit. Ia boleh datang dari babi, lembu atau ikan – pastikan produk nyatakan sumbernya dengan jelas.
Ads
8. Enzyme (Tanpa Spesifikasi)
Digunakan dalam skrub atau produk pemutih gigi. Enzim dari babi kadangkala digunakan dalam proses pembuatan. Jika tiada maklumat lanjut, elakkan.
9. Placenta Extract
Ada produk anti-penuaan menggunakan ekstrak plasenta haiwan – dan ini termasuk plasenta babi. Kalau sumber tak dinyatakan dengan jelas, lebih baik jauhi.
Tip Penting Untuk Pengguna Muslim
Cari label halal dari badan pensijilan sah seperti JAKIM.
Pilih produk yang menyatakan sumber – seperti “marine collagen” atau “vegetable-based”.
Elakkan produk dengan nama saintifik yang tak dijelaskan secara telus.
Guna aplikasi semak bahan halal atau follow page halal alert yang sahih.
Suka tengok kuih apam yang mekar merekah begini. Nak dapatkan hasil apam yang begini salah satu bahan yang biasa digunakan adalah air soda. Tapi peniaga apam merekah Puan Eha pula berkongsi teknik berbeza untuk dapatkan apam sebegini. Cuma ikut resipi yang dikongsi.
Cara buat apam mekar tanpa air soda
Bahan-bahan
250gm/2 cawan tepung gandum
200gm/1 cawan gula
¾ cawan full cream susu penuh krim – anggaran. Boleh ganti dengan susu cair/santan cair/air
2 biji telur gred A
1 sudu teh ovalette
1/2 sudu teh serbuk vanila / esen vanila
Pewarna merah secukupnya
Bijan hitam secukupnya
Cara membuat
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah.
3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sederhana. Picit adunan putih hingga hampir penuh.
5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas. Dalam masa yang sama isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih.
7. Kukus apam selama 10 minit dengan api paling besar.
8. Bila apam sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan menghasilkan 23 biji apam bergantung pada saiz cawan kertas.
Tip apam mekar
Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu.
Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari.
Pastikan air betul-betul panas dan mendidih.
Jarakkan acuan Jangan terlalu dekat antara satu sama lain.
Kukus dengan api paling besar. Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya.
Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya apam dapat kembang dengan mudah.
Salah satu aktiviti harian yang kurang digemari kaum wanita adalah menjemur baju di ampaian. Apatah lagi jika ada banyak pakaian saiz kecil yang menyukarkan untuk dijemur.
Gambar sekadar hiasan.
Bagi memastikan kerja menjemur dan mengurus pakaian bertimbun dilakukan dengan cepat dan singkat boleh ikut perkongsian dari Puan Ilidayana Sudirman.
Tip mudah dan cepat jemur pakaian di ampaian
Simple saja, syaratnya
1. #strategi
Serang pakaian ‘kecik-kecik’ dulu, macam seluar kecik, stokin, sapu tangan. Masa keluarkan dari mesin basuh lagi kita dah sorting. Caranya sangkut di tangan. Rujuk gambar. Sampai di ampaian, buat yang ini dengan kaedah sepitan.
Asingkan pakai kecil dan besar.
2. #set_masa
Untuk masa pula, selalu gunakan cerita di kaca TV yang best, masa iklan berdesup akan siapkan sidai. Iklan kat TV3 dalam 7-8 minit, Jadikan seperti exercise kerana iklan ada dua tiga kali di kaca TV.
3. #guna_hanger
Ini paling disukai, apabila dari hanger di ampaian, baju yang sudah kering dan sejuk terus saja masuk almari, jadi tak payah melipat dan kurang kerja menggosok.
Sediakan bakul untuk setiap seorang anak.
Info Tambahan
Tip lipat kain
1. Buat bakul masing-masing, contoh jika ada 5 orang anak, sediakan 5 buah bakul untuk mereka.
2. Sambil tengok TV, sambil lipat kain.
3. Mulakan lipat kain yang besar dulu, barulah nampak kain bertimbun akan jadi sedikit.
4. Kena biasakan anak melipat baju sendiri walaupun baru bersekolah rendah.
Selama tempoh PKP ini hampir semua rakyat duduk di rumah. Kalau semua ada di rumah faham-faham sajalah dengan penggunaan elektrik.
Kipas, lampu, tv mungkin sepanjang masa. Itu belum masuk lagi penghawa dingin, gajet yang mungkin digunakan lebih daripada 12 jam sehari. Boleh jangka bil nya nanti.
Tapi berita baiknya, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan sebelum ini pengguna kediaman juga diberikan diskaun untuk bil elekrik.
Malah boleh dapat diskaun sehingga 50 peratus! Ya, tapi ada syaratnya! Kita kena usaha untuk turunkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. Lagi sikit penggunaan, lagi banyak diskaun dapat.
Kadar diskaun bergantung pada jumlah penggunaan
Berikut adalah kadar diskaun yang akan diperoleh pengguna domestik/kediaman berdasarkan TNB
Jumlah Penggunaan Sebulan
Kadar Diskaun
0-200 kWh atau sehingga RM43.60
50%
201 hingga 300 kWh atau RM43.70 sehingga RM77
25%
301 hingga 600kWh atau RM77.10 sehingga RM231.80
15%
Lebih dari 600kWh atau RM231.90 dan ke atas
2%
Pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk mendapatkan diskaun ini. Ia diberikan secara automatik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...