
Mesti ramai dah berkira-kira lauk apa nak dimasak untuk berbuka puasa nanti. Tapi selain hidangan makanan, air minuman jangan dilupa.
Hari pertama puasa ini sesuai sangat kalau hidangkan air soda herbs ini. Teguk air ini memang nikmat, terasa segar kerana bahan-bahan yang digunaka memang beri kesan menyegarkan.
Bahan-bahan
Ais cream soda F&N
1-2 batang serai diketuk
Lemon
Daun pudina@apple mint
Asam boi ( suka masam letak lebih sikit)
Laici dalam tin
Ais
Cara-cara:
- Tuang aiskrim soda dalam bekas atau jag. Kemudian masukkan ais.
2. Campurkan semua bahan dalam air tadi dan gaul. Dah siap!
3. Boleh buat 10 minit sebelum berbunga, baru rasa bahan-bahan sebati dalam air.
Selamat mencuba
Sumber: Syikin Gillis & Nordiana Ab Kadil
Kalau Suka Makan Pedas, Tanam Sendiri Cili Bara. Ini Tip Cili Lebat & Elok Hasilnya

Bagi yang suka hidangan pedas, stok cili kena sentiasa ada di rumah. Lagi baik kita tanam sendiri satu atau dua pokok. Selain cili kampung, cili bara ini juga antara yang boleh kita tanam.
Jika mahu hasil buah cili yang lebat selain elok tanpa serangan perosak boleh ikut panduan penanaman Harun Arun ini.

1. Semai biji benih cili bara, bila dah naik empat daun bolehlah alih. Untuk info; kalau nak tanam cili bara tanam guna biji benih asal yang ada jual di pasaran. Tak digalakkan guna biji benih dari buah yang dah ditanam.
2. Dua minggu sebelum tanam, tanah digaul dulu dengan tinja ayam proses. Pilih anak pokok yang sihat untuk ditanam, mana yang bantut atau daun nampak ada tak sihat buang terus.
3. Selepas tanam, seminggu sekali letak baja kopi, minggu ketiga selang dengan baja organik, EM, fish protein + seaweed, trichoderma, cuka kayu & oligo chitosan buat siram dan spray pada daun seminggu sekali, boleh gabung semua sekali.
4. Apabila pokok mula berbunga/berbuah tambah lagi satu barang iaitu calcium boron (untuk pembentukan buah yang cantik & kulit yang tebal). Kalau rajin 2 minggu sekali foliar dengan epsom salt & diluted seawater(kalau tiada air laut boleh guna garam dapur untuk sumber mineral).
Bila dah lakukan semua di atas, inilah hasilnya…
Selamat mencuba.
Sumber: Harun Arun
Cara simpan cili supaya tahan sampai 8 bulan
6 Cara Hilangkan Kesan Kotoran & Bau Kepam Pada Tilam

Isi Kandungan
Toggle
Tilam kotor dan berbau dek air kencing situasi biasa bagi yang ada anak kecil. Selain itu ada juga tompokan kuning dan kotoran degil di atas tilam.
Semua kotoran pada tilam ini memang susah nak hilang, dah la besar berat pulak tu. Jadi macam mana nak nyahkan bau hancing dan kotoran ini. Trik berikut boleh membantu korang membersihkan kotoran pada tilam sebelum berbau kepam.
1. Serap kotoran dengan kain
Sekiranya anda perasan anak baru terkencing cepat-cepat bertindak. Buka cadar dan ambil kain atau tisu dan serap sebanyak mungkin air kencing.
2. Guna sabun pencuci
Kemudian ambil sabun pencuci jenis cecair dan ratakan pada bahagian yang terkena air kencing. Selepas itu tekan dengan kain atau tuala kering untuk menyerap lembapan.
3. Cuka
Kalau terasa masih ada bau hancing pada tilam boleh cuba guna cuka pula. Caranya ambil cuka putih yang biasa kita guna untuk masakan lalu tuang pada kain. Tekan-tekan pada bahagian yang tercemar lebih kurang 10-15 minit. Cuka memiliki tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, bakteria dan kuman yang juga jadi penyebab bau busuk.
4. Soda bikarbonat
Selepas cuci dengan cuka atau sabun taburkan pula soda bikarbonat pada tompokan air kencing. Ia akan menyerap bau dan kotoran yang tertinggal. Untuk kesan lebih baik, biarkan semalaman kemudian vakum tilam tadi.
5. Jemur
Sekiranya tilam agak ringan cuba angkat dan jemur di bawah sinar matahari. Jika tak dapat melakukannya kerana tilam berat, buka kipas dan tingkap untuk memastikan tilam betul-betul kering. Jangan lupa terbalikkan tilam dan keringkan bahagian satu lagi.
6. Sembur penyegar
Supaya tilam berbau segar boleh sembur dengan penyegar. Pilih bau citrus, epal atau lavender.
Cara Buat Popia Sira Cili Yang Sedap, Lagi Rangup & Tahan Lama. Ini Rahsianya

Popia sira cili ini memang selalu kita beli dan bila dah makan biasanya tak boleh berhenti. Rasa pedas, manis dan rangup itulah yang sedap.
Popia ini boleh sangat kalau nak buat sendiri, cuma kita kena tahu cara nak jadikan ia rangup dan tahan lama. Dikongsi oleh peniaga popia sira sendiri iaitu Siti Mariam ini rahsia yang dikongsi.
Rahsia popia sira cili makin sedap lebih rangup & tahan lama
Nak resipi supaya popia sira rangup dan tahan lama. Tiada rahsia, ini kita bagi ikhlas.
Ok saya kongsikan resipi popia sira cili.
- Sediakankan 1 paket kulit popia. Gulung dan hujungnya letak bancuhan tepung gandum, air dan garam supaya tidak terlerai.
2. Selepas gulung, potong atau gunting secara menyerong. Kemudian boleh goreng hingga garing. Toskan.
3. Sediakan bahan sira, kisar cili kering, bawang putih, dan bawang merah. Ambil dalam 2 senduk dan tumiskan dalam minyak yang dipanaskan.
4. Bila dah naik bau masukkan garam, asam jawa, serbuk perasa dan gula dalam 2 senduk. Tumis sampai sambal betul-betul kering dan pekat.
5. Selepas itu masukkan popia goreng tadi, gaul rata hingga sambal meliputi semua popia. Tabur bijan dan gaul lagi. Kemudian tutup api.
6. Supaya popia sira cili ini tahan lama dan lagi rangup masukkan dalam oven. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah Selsius.
7. Sejukkan dan boleh simpan dalam bekas yang sesuai.
Selamat mencuba.
Sumber: Siti Mariam