Siapa sangka kan? Tapi sesungguhnya perancangan Allah itu memang yang terbaik. Rupa-rupanya ketika pelakon, Fouziah Gous mengerjakan haji baru-baru ini bersama suami, anaknya Zaheen Yusuf masih sakit di unit rawatan rapi (ICU).
Pun begitu, Allah balas pengorbanan suami isteri ini meninggalkan anak ketika sakit untuk menjadi tetamu Allah dengan sesuatu yang indah.
Ads
Ulang tahun kelahiran Zaheen yang pertama disambut di tempat paling mulia dalam agama Islam. Maha Suci Allah apabila ketika ulang tahun pertama ini mereka sekeluarga berada di depan kaabah.
Ads
Rezeki indah buat anak
I’m officially turns 1 H A P P Y B I R T H D A Y bambam #zaheenyusuf Mommy and Daddy… Segala puji pujian bagiMu Ya Allah.. terima kasih atas rezeki yg terindah buat anak ku ini.. terima ksih atas hadiah harijadi ini Ya Allah..
Indahnya susunan Allah
Usually mommy ni akan over excited nak celebrate birthday anak2. Apalagi bila 1st birthday kan.. tapi kali ini Allah pula menjemput mu untuk celebrate birthday Zaheen pada hari Jumaat yg mulia ini di depan Kaabah .. hari ini juga kami sekeluarga akan berangkat ke Madinah. Indahnya susunan Allah buatmu anak solehku…subahanaAllah maha suci Allah segala puji pujian bagimu yaAllah..
Ditinggal di ICU, rupa-rupanya Allah yang jemput jadi tetamu-NYA
Mommy dan Daddy ke Haji tinggalkan Zaheen dalam ICU , belum sedarkan diri tapi tengok lah sekarang ni, rupanya Allah nak jemput anak solehku untuk sambut harijadi tanpa di rancang. Rezeki Allah buat mu luar biasa sayang.
Semoga diluaskan rezeki
Ya Allah berikanlah kesihatan yg baik buat anakku, rezeki yg luas seluas luas lautan, rezeki yg tidak putus, anak yg taat kepada segala perintahmu Ya Allah, anak kebanggaan dunia dan akhirat dan limpahkanlah segala Rahmatmu padanya Ya Allah.. amin ya rabbil alamin ?? @zhafoujr #zhafoujr2 #zhafouumrah #mecca #mekah #kaaba
Bayi comel bernama Zarif Zawari ini hanya demam, memang biasa buat anak-anak sekecil ini. Tapi pada masa yang sama masih lagi mampu tersenyum dan ketawa.
Namun tak sangka tiga hari selepas itu, bayi berusia lapan bulan itu meninggal dunia.
Ini sebahagian daripada cerita gadis bernama Shiffa yang juga sepupu kepada arwah Zarif. Kisah Shiffa ini mendapat perhatian warga Twitter yang turut bersimpati kepada ibu bapa bayi berkenaan.
“Kepada ibu bapa tolong jangan ambil mudah bila anak demam, kita tak tahu apa sebenarnya yang baby ni rasa,”pesan Shiffa.
Sememangnya inilah juga tujuan perkongsian kisah ini. Sayu membacanya apatah lagi melihat gambar anak kecil yang tersenyum ini.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Pagi yang hiba, sepupu saya dah tak ada jam 3.30 pagi tadi (21 Januari 2018). Syurga buatmu, Zarif Zawari.
“We just lost the happiest kid in our family. I just can’t imagine how his mom’s feeling right now. Again, thanks for those yang ucapkan takziah. And for those yang tertanya arwah sakit apa, arwah tak sakit apa pun. Cuma demam panas.
“Hari pertama masih boleh senyum gelak-gelak. Tak ada langsung petanda nak pergi jauh. Hari ketiga demam, arwah pergi. It happened so fast. Like out of sudden, he just gone. Rasa sekejap sangat. Please beritahu ini semua mimpi.
“I just can’t help myself to stop thinking and crying dari tahu dia dah tak ada sampailah sekarang. Ketiadaan dia sangat- sangat memberikan kesan sebab dia baik sangat-sangat. Masa demam pun dia masih boleh gelak-gelak lagi. Tetapi Allah lebih sayangkan dia. So He took him back.
“Anyway thank you. Kalau baby demam, please bawa pergi ke hospital segera,” pesan Shiffa.
Kepada ibu bapa lain, moga ambil pengajaran daripada kisah ini. Takziah buat keluarga arwah Zarif.
Sebak membaca kisah dugaan saat disahkan hamil yang dihadapi ibu ini. Saat Datuk Siti Nurhaliza bergembira dengan kehamilan dia pula sebaliknya.
Ini kehamilannya yang ketujuh dan sebenarnya dilarang oleh doktor kerana boleh menyebabkan dia kehilangan nyawa dan dia pernah berdepan situasi yang sama dalam dua kehamilan sebelum ini.
Dia nekad teruskan kehamilan walaupun tidak disarankan doktor. Tapi ajaibnya kuasa Tuhan, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Ikuti kisah yang ditulis bak novel perjuangan Nor atau dikenali sebagai Bonda Nor dalam meneruskan kehamilan anak ke tujuh.
Siti Nurhaliza. Saya menonton rakaman video Siti menemani menantunya bersalin ketika itu. Dari sekalian yang ada, Siti yang tampak teruja sekali.
Sebaik sahaja bayi tersebut lahir, beliau bagai tidak tentu arah.. bertepuk tangan, meraup muka sambil tersenyum gembira.. berjalan ke sana ke mari dengan wajah yang cukup berseri-seri.
Saya sebak! Masya-Allah. Siti tampak begitu teruja dengan kelahiran seorang bayi hingga terdetik doa sepintas lalu di hati saya.
“Ya Allah, kurniakanlah anak untuknya. Berilah dia peluang untuk merasai pengalaman melahirkan anaknya sendiri.”
Sungguh. Rasa kasih kepada insan sebaiknya buat rasa kasihan memenuhi jiwa. Lalu doa dan harapan dikirimkan kepada yang Maha Mendengar di langit sana.
Saya memohon kepada Allah agar Siti boleh hamil. Ketika itu saya sendiri sedang hamilkan anak yang ketujuh.
Ironinya, saya mendoakan Siti agar hamil seperti yang dirancang, walhal ketika itu saya sendiri sedang berdepan dengan satu kehamilan yang ‘dilarang’.
Throwback – kisah pelahiran terdahulu : ya – saya hampir saja kehilangan nyawa. 2 times retained placenta. Uterine Inversion. Bleeding. Red alert. HB menjunam ke level orang nazak. Allahu.. Sakit yang terpaksa saya tempuhi ketika itu, jangan cakaplah. Trauma!
Ia komplikasi yang sangat berisiko tinggi akan berulang lagi. Maka saya akur pada nasihat pakar O&G agar tidak mengandung lagi.
Tapi takdir tidak begitu. Bicara takdir seringkali berbeza dengan kehendak manusia. Yang tidak mahu, Dia beri. Yang teringin sangat, Dia sekat.
Lihat saja betapa banyaknya bayi yang dibuang merata-rata tanda kehadirannya tidak dipinta. Kita juga lihat betapa ramainya orang disekeliling kita yang sudah lama berumahtangga namun masih tidak beroleh cahaya mata. Meruntun jiwa mendengar rintihan pengharapan mereka. Allah..
Demikianlah yang dinamakan ujian. Sengaja Allah mahu lihat respons kita. Tentang sejauhmana kita mahu percaya pada aturan takdir-Nya. Sejauh mana kita mampu berusaha dan mahu reda apa adanya.
Semalam, saya terbaca kisah perjuangan Siti untuk mendapatkan zuriat. Subhanallah. Termenung panjang saya.
Bergelut dengan usaha untuk beroleh zuriat sedang dalam masa yang sama harus bergelut juga tuntutan kariernya – ternyata perjuangan Siti untuk merentasi ujian ini tidak semudah yang disangka.
11 tahun Siti mencuba rawatan ini, rawatan itu. Dalam kesibukannya, beliau tetap tidak berputus asa. Berjuang habis-habisan walaupun terpaksa berdepan pula dengan masalah berat badan dan ‘krisis rawatan’ Ya. Siti tidak peduli bahkan terus berusaha lagi dan lagi.
Akhirnya, sesudah 11 tahun, hasratnya untuk hamil kini menjadi kenyataan. Siti mengandung 4 bulan. Subhanallah. Satu berita yang cukup indah dan disambut dengan penuh syukur oleh jutaan insan yang mengasihinya.
Ujian. Saya dan Siti sama-sama diuji dengan kisah zuriat. Walaupun jalan cerita kami jauh berbeza, tapi ada sesuatu yang sama. Mujahadah untuk melepasi ujian Allah!
Siti berjuang untuk hamil. Saya pula terpaksa berjuang setelah disahkan hamil. Beliau menyambut berita kehamilannya dengan penuh syukur dan gembira tanda ujian tersebut sudah hampir sampai ke penamatnya.
Saya pula menyambut berita kehamilan saya dengan penuh keliru tanda ujian baru saja bermula.
“Ini soal nyawa. Risikonya – nyawa puan. Anak-anak puan masih kecil. Masih perlu perhatian dan kasih sayang seorang ibu!”
Gugurkan kandungan ini? Allahu Rabbi. Bergeloranya rasa hati bila terpaksa berdepan dengan pilihan ini. Nyawa si anak atau nyawa sendiri? Sungguh! Dalam kesibukan tugas harian, saya mengalami kemurungan!
Berita kehamilan saya menjadi khabar rahsia walaupun kepada ahli keluarga. Walaupun pada mak. Walaupun pada ibu mentua. Sengaja saya rahsiakan kerana tidak mahu ada yang mendesak saya agar menggugurkannya!
Begitulah. Saya nekad. Kehamilan diteruskan dan saya sedang berdepan dengan satu pertaruhan. Hidup atau mati. Di saat genting seperti itu, doa adalah senjata yang tidak pernah saya tinggalkan. Pantang bertemu waktu mustajab doa, hati dan lidah berlumba-lumba merayu belas dari Allah.
Pelbagai jenis ubat dan rawatan kami usahakan. Berulang alik dari klinik ini, klinik itu, hospital swasta, hospital kerajaan, homeopati, rawatan tradisional. Air zam-zam juga bahkan setia menemani bacaan al-Quran saya setiap hari!
Memang. Hati sekejap bergolak, sekejap tenang. Namun saya berusaha melawan semua bisikan negatif yang singgah. Hampir setiap malam, saya bangun solat hajat dan terus menerus melakukan solat istikharah. Waktu orang lain lena, saya sedang menangis mengadukan resah hati kepada Allah. Memohon Allah memberikan kekuatan. Memohon keselamatan.
Perut yang semakin membesar saya usap dengan penuh yakin bahawa nyawa bayi di dalamnya akan selamat. Tapi nyawa saya sendiri… sungguh saya tidak pasti. Menghitung hari kelahirannya bagaikan menghitung hari kematian sendiri. Sayu!
Krisis emosi yang berlaku agak parah juga. Tapi saya keraskan hati saja. Ketika saya sepatutnya seronok membeli baju baby, rasa ngilu yang menusuk hati. Diam-diam menyeka airmata.. Hati tertanya-tanya….Ya Allah, baju ini… sempatkah aku yang memakaikannya?
Itu belum masuk detik menawan keperitan berdepan si kecil 2 tahun saya yang masih mahu dimanjakan. Tersedar tengah malam cari mama. Allah… Menitik-nitik airmata setiap kali dia tertidur di atas pangkuan saya. Tertanya-tanya lagi.. Bagaimana dia jika saya mati?
Namun rasanya detik paling sayu bagi saya ialah sewaktu menyiapkan beg pakaian untuk ke hospital. Saya yang memang jarang berkain batik terpaksa menyelongkar almari untuk mencarinya.
Sewaktu membelek-belek beberapa helai kain batik yang ada, tiba-tiba terpegang sehelai kain batik lepas – kain batik yang belum berjahit, entah pemberian siapa. Yang pasti, hanya itu satu-satunya kain batik lepas yang saya ada.
Lama saya terpaku memegangnya. Ada satu rasa yang sangat sukar digambarkan. Ngilu. Pilu.
“Abang, kalau apa-apa jadi nanti, ini kain batik lepas ya. Kat rumah kita ada sehelai ni je. Ada simpan kat sini.”
Saya menuturkannya secara bersahaja. Berjuang menahan airmata dari tumpah. Suami saya tampak terkedu. Kemudian hanya tunduk memandang sejadah.
Diam. Sama-sama terdiam.
Ya, kami sama-sama faham. Kain batik seperti itu, yang selalu digunakan untuk menutup jenazah. Justeru agak lama juga kami terdiam. Masing-masing melayan bicara hati sendiri. Allahu Rabbi. Beratnya menanggung sesuatu yang tidak pasti.
Hope for the best. Prepare for the worst. Memang saya berusaha untuk memperjuangkan kehamilan anak ini, saya masih mahu untuk terus hidup, tapi saya tahu yang saya tetap perlu bersedia dengan apa pun kemungkinan yang bakal terjadi.
Berita kehamilan saya hanya mula tersebar pada bulan terakhir. Ia saat kritikal untuk saya mengharapkan senjata terakhir – doa daripada sesiapa saja yang sudi mendoakan.
Tak terungkap rasa sayu dan terharu setiap kali menerima mesej seperti…
“Kami semua di sini buatkan solat hajat.”
“Saya baru lepas bacakan Yaasin untuk…”
Takdirnya begitulah. Entah mujarab rawatan yang mana, entah berkat doa siapa, yang pastinya, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Alhamdulillah, selamat tanpa pembedahan walaupun itu yang pakar dan ramai doktor sarankan.
Masya-Allah. Tabarakallah. Nikmat Allah yang mana mahu saya dustakan?
Ini kisah perjuangan. Kisah mujahadah. Berapa ramai daripada kalangan kita yang diam-diam sedang bermujahadah merentasi ujian Allah? Semua! Semua kena! Tidak ada yang terlepas!
Kawan, satu perkara yang ingin saya pesankan.. keajaiban itu masih ada. Ya, keajaiban sentiasa ada selagi kita percaya bahawa bantuan Allah itu semudah lafaz KUNFAYAKUN saja.
Sebagai manusia, memang kadang kita rasa lemah bila berdepan dengan ujian. Kalau ikut logik akal kadang rasa mahu mengalah saja.
Tapi kita juga telah lihat dan dengar sebegitu banyaknya kisah-kisah yang memberi inspirasi kepada kita. Yang berbelas tahun tiada zuriat, akhirnya hamil. Yang sepatutnya tiada harapan untuk hidup lagi masih bernyawa hingga ke hari ini.
Episod ujian Siti dan perjuangannya untuk mendapatkan zuriat berakhir sebaik saja beliau hamil. Episod ujian saya dan perjuangan untuk zuriat juga tamat sebaik saja anak ketujuh ini dilahirkan dengan selamat.
Namun pasti saja akan ada episod ujian yang seterusnya. Justeru bekalan pengalaman dan kekuatan daripada ujian ini seharusnya menjadi guru yang baik untuk kami terus percaya bahawa setiap berdepan dengan ujian, yang perlu terus menerus dilakukan ialah berjuang untuk menang. Bukan mengalah dengan mudah hingga terlupa bahawa Allah itu ada dan kita sama sekali tidak boleh berputus asa!
Masya-Allah. Betapa indahnya hidup bila usaha dan tawakkal sentiasa mengiringi kita. Percayalah. Jika Allah ada di hati kita, Insya-Allah walau sedahsyat mana pun laut berkocak, kita masih mampu menjinakkan ombak!
Chef selebriti, Chef Wan selalu muat naik kisah ibunya di instagram. Menjaga seorang ibu yang sudah tua bukannya mudah apatah lagi menurut cerita Chef Wan, ibunya ada dimensia. Malah Chef Wan lebih cenderung untuk menjaga sendiri ibunya berbanding mengambil pembantu rumah untuk menguruskan ibunya.
Terkini, Chef Wan bersyukur kerana dilimpahi rezeki yang tak putus-putus. Malah dia menganggap semua itu disebabkan dia mengambil berat kebajikan ibunya yang sudah tua. Memang nampak ibunya gembira bersama Chef Wan. Keletah Chef Wan melayan ibunya selalu mencuit hati. Misalnya mengajak ibunya menari dan berjalan-jalan ambil angin petang di sekitar kediaman mereka.
Emak dari pagi tadi tak habis2 kata “Wan kau jaga emak tiap2 bulan emak dapat pencen ayah dan duit hasil Felda minyak sawit emak kasi la kau sikit ya”.. Just as are watching CNN TalkAsia with Tun M she said it again. So saya terus tangkap kaki emak dan mula picit2 dan urut dia sambil mengampu dia! Look at her reaction la its so funny.
She said this once to my other sister hari tu. Omg inmediately she snapped at my mother and said to her “Eh emak ni nyanyuk ke Wan ni dah hidup senang emak nak kasi dia duit bulan2? Lebih baik la emak kasi aku ini!”
I laughed at her respond but will not answer back. Di dalam hati saya berkata this is so typical of some sibbling behaviour. Time nak jaga or menjengok ibu tu haram tak nampak. Di tolak mcm bola lagi ada. Tapi duit punya pasal terus sentap mcm lah saya kebuluk harta emak ni pun.
Selama ini satu sen pun saya tak pernah ambil dari ibu saya. Malahan each month i make sure she get rm3000 allowances from me pun. Her medical expenses semua saya juga yg menanggung. Adoi harta saya pun cukup makan lah. Itu sebab rezeki saya sejak muda lagi melimpah ruah sampai la saya tua ini kerana menjaga ibu dan bapa saya mau pun sentiasa menolong saudara mara mau pun anak2 yatim dan bantuan2 masjid yg saya dahulu kan bila ada rezeki berlebihan.
Bukan saya nak cakap besar tetapi ini ada la kenyataan yg sebenarnya. Tetapi manusia ini instead of being inspired and learning from us ini tidak depa bersikap batu api lagi ada. Seorang ibu yg tua bukan bodoh apabila melihat kejujuran hati seorang anak yg menjaga kebajikan ibunya pun. Anak seperti saya pula tak kan mengharap apa2 balasan pun dari Ibu saya yg tua ini melahan saya akan sentiasa berkorban apa sahaja untuk membahagia kan dia selama dia hidup diatas dunia ini. Off course i will never accept any money from my mother pun. Jika dia meninggal pun saya tak akan ambil satu sen pun duit beliau malahan saya agih2 kan pada adik2 yg lain lagi ada. Bukan banyak mana pun!? Kita ni bukan tamak berebut harta pun as selama saya hidup ini Allah sudah puas kan hidup saya ini dengan segala kemewahan mau pun kesusahan and i am so evergrateful.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...