Membaca pengalaman gadis berusia 20 tahun ini berdepan dengan penyakit kanser ovari menyedarkan kita betapa kita perlu prihatin dengan perubahan tubuh sendiri.
Hanya bermula dengan perut kembung siapa sangka sebenarnya dia mengidap kanser yang menyebabkan sebahagian ovarinya terpaksa dibuang.
Melalui Twitter Athirah atau @atiraww berkongsi apa yang dilalui sejak awal penyakit itu dikesan sehinggalah dia melalui enam rawatan kemoterapi yang cukup memeritkan.
Malah dia juga berpesan sesuatu yang mungkin selalu jadi amalan kaum wanita tapi sebenarnya jadi punca pencetus kanser.
BBNU sekarang mungkin tak mengenali wanita ini tapi mereka yang berada di usia remaja hujung tahun 80-an pasti tahu siapa Mimi Wahedah.
Inilah antara top model satu ketika dulu yang dilahirkan dari pertandingan Dewi Remaja. Dengan pakej wajah yang cantik, tinggi lampai serta kulit hitam manis Mimi pantas mendapat perhatian selepas menyertai pertandingan tersebut pada tahun 1987/88.
Dan selepas hampir 30 tahun berlalu, ternyata pakej itu masih belum pudar. Mimi atau Datin Mimi Waheedah atau isteri kepada Datuk Fauzi Tunku Abdul Malik ini kekal cantik seperti dulu.
Menariknya selepas hampir tiga dekad penyertaannya dalam Dewi Remaja, kini anak tunggalnya Affie Rania mengulang kembali sejarah Mimi.
Affie, 19 tahun diumumkan sebagai Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2018/19 dalam majlis Sidang Media Pengumuman Top 12 Dewi Remaja 2018/29.
“Saya gembira bila dia terpilih namun tidaklah mengharapkan sangat kemenangan. Sebenarnya Affie tak mahu masuk sebab nak teruskan pengajian tapi saya galakkan dia.
“Pada saya ini adalah satu cara untuk dia dapat banyak pendedahan baru selain cara untuk dia bina keyakinan diri macam apa yang saya peroleh dahulu,”ujar Mimi yang kini menerajui perniagaan berkaitan fesyen.
Namun begitu Mimi juga sedar penglibatan anaknya dalam Dewi Remaja turut bermakna dia akan mendedahkan Affie pada dunia glamor yang mungkin melekakan.
“Saya tahu risikonya sebab itulah saya akan ada untuk bersamanya. Saya bukan kolot tapi kita kena hati-hati bila masuk dalam bidang ini.
“Macam saya sendiri, walaupun terlibat lama dalam bidang peragaan tapi saya tak terikut-ikut dengan tabiat merokok. Saya juga selalu ingatkan dia supaya sentiasa merendah diri dan jadi diri sendiri bila masuk dalam bidang ini,”ujar Mimi yang ditemui dalam majlis yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Dewi Remaja 2018/2019 juga bersiaran di Astro Ria (104) & Ria HD (123) setiap Ahad jam 10.30 malam dengan Scha Al-Yahya sebagai pengacara.
Selepas kes susu tiruan satu jenama dilaporkan hingga menyebabkan kejadian bayi terpaksa dimasukkan ke hospital, syarikat pengeluar susu terbabit tampil membuat penjelasan.
Dalam satu kenyataan syarikat terbabit juga turut memberikan tip untuk pengguna mengenali susu tiruan. Berikut adalah kenyataan yang dikongsi di Facebook Enfagrow A+ Malaysia.
Kepada ibu bapa sekalian,
Mead Johnson Nutrition bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru. Pemeriksaan yang di buat di pasaran yang dijalankan minggu lalu ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh MJN dari hasil siasatan syarikat.
Hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru. Produk yang terlibat ialah Enfalac A+ Langkah 1 pek 1.8 kg (tiga pek foil dalam setiap kotak) – dan hanya dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari. Pemeriksaan yang luas dalam pasaran telah mengesahkan bahawa produk palsu hanyalah di dapati dalam format pembungkusan 1.8 kg dan hanya di kesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.
Dalam kerjasama yang kami jayakan bersama pihak berkuasa Malaysia, pemeriksaan di pasaran setakat ini hanya mendapati 210 pek tiruan, tetapi siasatan lanjut masih berterusan bertujuan menghapuskan produk tiruan sepenuhnya. Pihak berkuasa Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusan susu tiruan dan memastikan pihak yang berkaitan akan didakwa dan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak yang berwajib.
Penyiasatan kami – dan pemeriksaan runcit baru-baru ini – menunjukkan bahawa insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang di beli. Cara paling mudah untuk mengenal pasti produk tiruan adalah memeriksa pek foil individu.
Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek. Manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat. Bungkusan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisi nya, manakala lipatan tidak ada pada pek foil tulen, seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil dalam produk yang dibeli, sila hubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam) dengan segera untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.
Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan produk gantian.
Tak dapat dibayangkan kesedihan ibu bernama Puteri Noridayu ini. Luahan dalam Facebook mungkin cara dia meredakannya.
Wanita ini baru kematian bapanya dua minggu lalu. Belum pun hilang kesedihan semalam dia menerima pula berita anaknya Muhammad Fahmie Abdullah terkorban dalam tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Akui ibu ini, anaknya adalah cucu paling rapat dengan ayah dan takdir Ilahi kedua insan yang paling disayangi pergi dalam tempoh yang dekat.
Kesemua luahan Puteri Noridayu ini mendapat reaksi ramai netizen yang bersimpati dengan nasibnya selain mendoakan ketabahan dia berdepan dengan dugaan ini.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...