Rahsia masakan sedap terutama hidangan seperti rendang, asam pedas, ayam goreng atau bakar adalah dengan penggunaan ibu rempah ini.

Kalau lauk tersebut selalu disediakan elok sangat ‘standby ibu rempah ini. Bukan saja rasa makin enak tapi bahan yang terkandung di dalamnya iaitu ketumbar serta jintan turut membuatkan masakan lebih harum dan menyelerakan.

Hanya perlu ambil 1-2 sudu serbuk ini untuk dimasukkan semasa menumis, hasilnya masakan akan jadi lebih berperisa.

Cara membuat ibu rempah, rahsia masakan sedap

Cara membuat perencah rempah ini dikongsi oleh Sara Iskandar yang memang menggunakannya dalam masakan. Cuma sediakan tiga bahan saja iaitu;

  • 3 senduk ketumbar
  • 1 senduk jintan manis
  • 1 senduk jintan putih

Rahsia Masakan Sedap, Letak Ibu Rempah. Ini Cara Membuatnya

Goreng bahan-bahan ini tanpa minyak sehingga sedikit garing untuk mengeluarkan aroma wangi yang khas. Setelah itu, kisar kering bahan-bahan tersebut sehingga halus. Siap!

Ads

Masakan sesuai menggunakan ibu rempah

Rendang – aromanya yang kuat akan menyatu dengan daging, menghasilkan rendang yang lebih berperisa.

Asam Pedas- menambahkan rasa rempah yang lebih kaya, menjadikan kuah asam pedas lebih menyelerakan.

Ayam Bakar & Ayam Goreng: memberi lapisan rasa yang lebih dalam, menambah keharuman pada ayam bakar atau goreng.

Ads

Rahsia Masakan Sedap, Letak Ibu Rempah. Ini Cara Membuatnya

 

Tip menyimpan

Simpan dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia kekal tahan lama dan aromanya tidak hilang.

Ads

Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Dengan cara ini, ibu rempah akan sentiasa siap digunakan bila diperlukan.

Kredit resipi & foto: Sara Iskandar

Baca Lagi: Cara Buat Sup Ayam Pekat Berempah, Guna 2 Jenis Rempah Ini Baru ‘Kick’

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI