Makan asyik berselera, masalah juga. Kalau begini setiap hari tak mustahil boleh naik 5-6 kg sebulan. Jika risau tentang peningkatan berat badan, mungkin boleh cuba perkongsian oleh Eka Zahra
Mengamalkan air rebusan lemon yang diambil dari seorang rakan dari Indonesia air ini dikatakan cukup berkesan. Tak sampai seminggu minum air berat badan sudah turun 1 kg, malah dia sendiri juga nampak perubahan pada perut yang kempis.
Minum 2 hari turun 1kg
Hari ni nak kongsi resepi minuman yg boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang rakan dari Indonesia yang ada bisnes kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.
Atas nasihat doktor, dia yang mempunyai masalah ahli keluarga obes mengamalkan minuman ini dan berjaya turunkan berat badan walau baru seminggu.
Saya pun cubalah dan memang boleh kawal selera makan memandangkan saya setiap hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg. Ini resepinya (hasil bergantung badan masing-masing yea).
Cara buat air rempah, lemon & madu
Bahan-bahan
Ads
1 liter air
2 batang serai diketuk
2 batang kulit kayu manis
4 inci halia diketuk
5 kuntum bunga cengkih
1 biji lemon dihiris
Madu
Cara membuat
1. Didihkan air
2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU
Ads
3. Masak selama 5 minit.
4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
5. Biarkan 1 jam
Ads
6. Bila nak minum tambahkan madu
7. Minum sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur.
Stok bawang goreng memang kena sentiasa ada di rumah. Boleh tabur dalam kebanyakan hidangan sebagai penyedap rasa dan wangi.
Kalau biasa beli, apa kata cuba buat sendiri guna cara yang paling mudah, resipi asal bawang goreng orang tua-tua dulu. Tak letak garam atau tepung tapi tetap rangup dan wangi. Caranya dikongsi oleh Ahmad Salehuddin Amirwan.
Di rumah ini abang memang kena selalu ada stok bawang goreng. Sebab bila nak makan apa apa pun tabur bawang goreng ni jadi wangi saja. Disebabkan ramai yang tanya jadi abang share resepi di sini ye.
1. Mula mula kupas kulit bawang dulu, nak mudah rendam dengan air panas supaya senang kupas kulitnya.
2. Kemudian hiris bawang nipis nipis. Abang potong manual saja sebab takde alat hiris. Untuk senang boleh guna set pisau Cuoco Grade ini kerja menghiris dan memotong.
3. Lepas hiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering.
4. Lepas dah kering bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena betul-betul panas baru masukkan bawang. Kena rajin gaul supaya bawang masak sekata.
5. Bila dah kekuningan garing boleh angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.
Solat tarawih antara keistimewaan di bulan Ramadan. Hukum solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.
Meski ramai yang mengerjakannya di masjid namun tak semua berpeluang untuk turut serta kerana tanggungjawab pekerjaan dan juga keluarga di rumah. Namun itu bukanlah halangan untuk kita tidak menunaikannya.
Kita boleh saja menunaikan solat sunat tarawih yang banyak ganjaran pahala ini di rumah secara sendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga.
Berikut adalah panduan untuk menunaikan solat tarawih secara bersendirian atau berjemaah di rumah.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain. Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.
Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih. Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati. Pendek atau panjang terpulang.
Namun sebagai panduan, boleh saja membaca surah-surah biasa berikut selepas Al-Fatihah,:
Biasanya selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir. Doa tersebut adalah seperti di bawah:
Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksudnya: Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.
Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).
Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:
Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala
2. Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:
Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
Selesai tiga rakaat solat sunat witir maka lengkaplah solat sunat tarawih.
Semoga kita beroleh ganjaran mengerjakannya pada bulan Ramadan nanti.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...