Roti John ini memang antara menu yang dicari bila bulan puasa dan ia banyak di jual di Bazar Ramadan. Tapi ramai juga yang tak suka untuk keluar bersesak dan beratur di sini.
Jadi alternatif untuk yang tak mahu beli di bazar, kita buat sendiri. Ya memang boleh buat sendiri! Caranya dikongsi oleh Chinta Eyja.
Menariknya, tak susah-susah cari roti yang macam digunakan oleh peniaga sebaliknya guna roti frankfurter saja.
Roti John homemade
Bahan-bahan yang digunakan:
Bawang merah -potong dadu
Bawang putih- potong dadu
Rempah kari (Campur air)
Daging atau ayam cincang atau daging burger
Sosej -potong
Garam
Lada Sulah
Daun sup/bawang -dihiris
Telur
Roti frankfurter
Mentega
Ada jenama lain juga.
Cara membuat:
1. Untuk buat inti roti john, tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan, rempah kari, daging cindang, dan sosej serta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan boleh agak-agak saja. Dah masak, ketepikan.
2. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan sekali dengan daun sup atau daun bawang. Kacau.
3. Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.
4. Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti, jangan sampai putus dan sapukan mentega. Terus tekap atas kuali. Ketepikan sekejap.
5. Cairkan sedikit mentega dalam kuali yang sama kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.
6. Tekap roti di atasnya.
7. Terbalikkan.
8. Ini yang dah siap tekap dengan inti tadi.
9. Letak mayonis, sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.
Stok cili memang selalu kita beli banyak kerana digunakan hampir setiap hari dalam masakan.
Tapi kalau disimpan begitu saja memang cili cepat busuk, rugi sebab harga cili pun mahal.
Supaya tak berlaku pembaziran elok praktikkan cara ini supaya kekal elok segar, tiada yang busuk walau dah sebulan disimpan.
Cili tak busuk walau dah sebulan simpan dalam peti sejuk
Caranya;
Cabut semua tangkai cili yang hendak disimpan. Jangan basuh.
2. Ambil bekas, lapik dengan tisu kemudian letak bawang putih yang tidak dikupas di dalamnya. Inilah yang buat cili tahan lama.
Biasanya kita simpan tanpa letak bawang putih kan. Jadi boleh praktik cara ini pula. Gunakan bawang putih kecil yang selalu terbiar dalam bekas bawang.
Boleh guna untuk simpan daun bawang dan daun sup juga
Cara yang sama juga boleh digunakan untuk menyimpan daun sup dan daun bawang.
Pastikan daun tersebut kering ketika disimpan dan alas dengan tisu di atasnya sebelum tutup bekas. Insya-Allah lebih seminggu dalam peti sejuk pun daun masih segar bugar.
Kalau bercucuk tanam di rumah tak kira pokok sayur, buah atau pokok bunga elok sangat amalkan air bancuhan ini.
Modal untuk buat pun murah, cuma guna sebotol air probiotik (Yakult) dan 2 biji telur. Tapi hasil selepas seminggu siram tanaman dengan air bancuhan ini memang meriah. Pokok sayur, buah tumbuh subur dan besar saiznya, begitu juga pokok bunga.
Campur telur dan Yakult dalam satu bekas yang boleh ditutup rapat. Goncangkan supaya sebati.
Peram selama 3 hari.
Cara penggunaan
Selepas 3 hari, ambil 2-3 sudu air peraman dan bancuh dengan 1 liter air. Lagi elok guna air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Jika tiada air paip pun boleh.
Masukkan botol semburan. Baki air peraman boleh simpan dalam peti sejuk. Labelkan supaya tak terminum.
Kemudian boleh spray atau siram pada tanaman, pokok sayur, buah atau pokok bunga. Siram waktu pagi, kekerapan bergantung pada kerajinan masing-masing.
Hasilnya
Ini hasil dalam seminggu lebih siram. Daunnya besar gedabak. Pucuk mencanak air, bunga pun mereka, buah pun tembun-tembun.
INFO: Cuma air ini saya tak siram pada indoor plant sebab baunya agak masam.
Hidangan pulut kuning dengan rendang memang kegemaran ramai. Makan dengan sambal pun best juga.
Jika berhajat nak buat pulut kuning ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Maz Samad ini.
Cara ini pulut kuning yang dimasak tahan lama dan tak mudah basi. Bagi yang kali pertama masak pulut kuning boleh gunakan cara ini juga kerana ia lengkap.
Tip agar pulut kuning tahan lama, tak mudah basi
Ikut langkah demi langkah ini ya;
1. Rendam 1 kg beras pulut dengan air sejuk
2. Masukkan garam kasar 2-3 butir
3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut
4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam
5. Pastikan sebelum rendam beras dibilas sehingga hilang air keruh. Apabila air sudah jernih baru direndam beras pulut.
6. Semasa rendam bubuh sekali 2 sudu kunyit serbuk.
Kaedah kukus beras pulut
1. Kukus pertama
– Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak.
– Masak dan dikukus selama 10 minit.
2. Air kukusan
-Pastikan air kukusan betul-betul mendidih
-Letakkan pengukus beras pulut.
-Letakkan 3-4 helai daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.
3. Semasa mengukus
– Kukusan pertama 10 minit
– Rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2
– Step kukusan Kedua 20 minit-Pulut dicampur bersama
1/2 cawan minyak atau marjerin
Pewarna kuning telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
4. Tip beras Pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau marjerin supaya pulut kuning berkilat. Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi menaikkan lagi seri pulut tersebut. Pulut kuning akan nampak berbiji-biji bila dihias tapi jangan risau, teksturnya sangat lembut.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...