Buah cempedak ini selain sedap dimakan terus, kalau digoreng lagilah enak. Tapi harganya boleh tahan juga mahal. Sebab itulah lebih berbaloi beli sendiri dan goreng di rumah. Bagaimanapun sebelum beli kenalah pandai pilih cempedak yang banyak isi dan manis supaya tak kecewa bila membukanya.
Untuk pilih cempedak yang begini ada lima perkara yang perlu kita perhatikan semasa memilih.
1. Perhati mata/duri kulit cempedak
Pilih yang tumpul, besar-besar dan jarang. Itu tanda isi di dalam banyak. Jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat, itu bermakna jerami lebih banyak.
2. Tekan kulit
Tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya. Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. Warna kekuningan, tangkai coklat
Cempedak yang sudah masak, manis dan matang warna kuningnya lebih dominan. Elak ambil cempedak yang masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, kerana di dalamnya masih muda. Boleh juga lihat warna tangkainya. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya sudah masak.
4. Bau wangi menyengat
Cempedak yang masih separuh masak pun sudah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang sudah betul-betul masak aromanya lagi menyengat dan wangi.
5. Pilih yang lebih berat
Sebab nak murah, kita pilih cempedak yang kecil atau ringan. Lebih selamat pilih yang berat kerana lebih banyak isi.
Kuih ropa ini kulitnya seakan ketayap tapi intinya pelbagai. Mungkin tak berapa dikenali oleh orang luar tapi bagi anak Terengganu kuih ini cukup popular.
Kuih ropa intinya boleh jadi ikan dan kentang bersama daging yang dimasak ikut cita rasa sama ada kari, lada hitam dan sebagainya. Tapi paling sedap inti ikan.
Cara membuatnya ditunjukkan oleh saudara Muliadi Ramli. Bagi yang nak mencari kelainan kuih untuk berbuka bolehlah buat kuih ropa ini.
Cara buat kuih ropa inti ikan
Bahan untuk inti ikan
5 ekor ikan selayang (direbus bersama asam keping dan garam, ambil isi dan ditumbuk lumat)
5 biji bawang merah (dimayang nipis)
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 sb halba
1 kotak kecil santan
Gula, garam & perasa secukupnya
Cara membuat:
Satukan semua bahan di dalam kuali dan masak hingga kering atau lembap, ikut cita rasa. Ketepikan.
Bahan untuk kulit ropa
300g tepung gandum
2 biji telur
2 sb minyak masak
600 ml air
1 sk garam
2 sb tepung jagung
1/2 sk pewarna kuning
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas kacau rata. Kemudian kisar semua bahan.
2. Kemudian gunakan pan atau kuali tak melekat, ambil satu senduk tuang dan ratakan atas kuali. Macam buat kulit ketayap.
3. Dah masak angkat. Ulang sampai habis adunan.
4. Ambil kulit yang siap dan isikan inti ikan di tengah. Lipat jadi empat segi memanjang seperti kuih popia.
5. Kemudian goreng kuih ropa ini menggunakan sedikit minyak. Angkat dan tos, sedia dihidangkan.
Selalu terjadi setiap kali mahu bersihkan kipas siling, habis satu ruang akan dikotori debu-debu kipas.
Nak bersih kipas saja pun tapi satu ruang tamu atau bilik kotor dibuatnya, sudahnya kena tambah kerja menyapu dan mengemop lantai.
Antara cara yang memudahkan kita membersihkan kipas siling ini tanpa mengotorkan lantai adalah menggunakan sarung bantal. Boleh guna sarung bantal yang dah tak digunakan ya.
Hanya perlukan sarung bantal
Untuk mengelakkan debu berterabur satu rumah ketika bersihkan kipas siling apa yang anda perlukan hanyalah sarung bantal yang sudah tidak digunakan.
1. Cuma semburkan sarung bantal dengan air untuk melembapkannya, jangan terlalu banyak sampai menitis air.
Boleh juga semburkan dengan air yang dicampur bahan pencuci atau pun cuka.
2. Masukkan bilas kipas dalam sarung bantal yang lembap tadi.
3. Selepas itu picit dan tarik bahagian tepi bilah kipas untuk membuang habuk. Bersihkan bahagian bilas kipas yang lain. Ketika ini semua habuk akan jatuh dalam sarung bantal tanpa mengotorkan lantai.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...