Bergelar selebriti memanglah penampilan kena nampak cantik dan sedap mata memandang. Senang kata, selebriti ni dah dianggap bagai hal masayarakat. Setiap apa yang dipakai dan digayakan menarik perhatian.
Pun begitu, bagi pengacara, Uyaina Arshad, cantik itu subjektif. Dia lebih selesa menjadi diri sendiri dengan menjaga badan dan kulit wajah mengikut cara tersendiri sebagaimana ibu dan adik-beradiknya.
Ads
Detoks cuka epal
Uyaina menyatakan bahawa dia berketurunan Arab. Justeru badannya mudah naik jika terlebih makan dan kurang bersenam. Salah satu cara untuk memastikan perut tidak buncit selain melawaskan pembuangan, Uyaina mengamalkan cuka epal. Uyaina minum cuka epal 1 sudu besar setiap pagi ketika perut kosong.
Selain itu, untuk memastikan badan kekal langsing, Uyaina mengehadkan pengambilan nasi. Dalam seminggu dia hanya makan nasi dua atau tiga kali sahaja. Selebihnya dia makan sesuatu yang mengenyangkan selain nasi misalnya roti.
“Saya tak boleh hari-hari makan nasi. Saya ni keturunan Arab jadi memang badan mudah sangat nak naik. Kena hati-hati. Selain itu, saya juga bersenam. Selalunya lari atas treadmill selama 30 minit hingga sejam. Tu memang kena buatlah nak jaga badan dan juga stamina.”
Ads
Minum air sayur
Nak tahu apa rahsia kulit Uyaina yang licin macam telur kena kupas ni? Kata Uyaina, dia selalu minum air tomato, lobak merah dan timun yang dikisar halus.
“Lepas kisar semua sayur tu, saya masukkan sikit stevia. Jangan bubuh gula pula. Minum air sayur ni membuatkan kulit lebih lembap dan berseri. Kalau ikut emak saya, mak suka yang pahit macam daun betik. Minum air rebusan daun betik pun bagus untuk cantik dan sihat,” katanya.
Basuh mekap bersih-bersih
Disebabkan selalu tampil di kaca televisyen dan penggambaran lain, wajah Uyaina selalu dikenakan mekap. Mengakui bahawa penggunaan alat mekap dalam masa panjang boleh menjejaskan kulit namun Uyaina berkongsi panduan yang dilakukan supaya kulit wajah kekal cantik.
Ads
“Perkara utama yang saya amalkan ialah jangan sesekali tidur tanpa bersihkan mekap. Kena basuh bersih-bersih semua solekan barulah boleh tidur. Nak kulit sihat, saya pakai pelembap dan sun block. Dalam keluarga, saya seorang yang ada masalah kulit sensitif. Jadi saya kena lebih berhati-hati dan lebih suka gunakan bahan semula jadi untuk jaga kulit muka.”
Juara Puteri Muslimah Asia 2018
Pada Mei lalu, Uyaina telah menjadi juara untuk program Puteri Muslimah Asia yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Mewakili Malaysia, Uyaina menewaskan peserta dari Indonesia, Turki dan Brunei.
Sebagai wanita berhijab, sudah semestinya fesyen yang seksi tidak sesekali akan digayakan. Dia lebih selesa menggayakan pakai yang ringkas namun tetap nampak menawan.
“Pilihan saya ialah blaus yang labuh hingga ke lutut dan dipadankan dengan seluar. Itu memang gaya saya ketika keluar ke mana-mana. Senang dan selesa,” katanya menutup bicara.
Nak kulit wajah putih tapi takut untuk gunakan produk yang ada di pasaran. Sebabnya kita sendiri maklum bahawa banyak produk memutihkan wajah di pasaran yang menggunakan bahan-bahan terlarang terutama hidrokuinon.
Lihat saja kebelakangan ini ada banyak produk kecantikan termasuk untuk memutihkan wajah yang ditarik balik dari pasaran kerana perkara ini. Malah ada antaranya produk jenama tempatan yang kita biasa dengar.
Tapi selepas tahu cara nak buat krim pemutih sendiri ni, anda dah tak perlu beli lagi. Dijamin selamat sebab cuma guna sengkuang dan langsung tiada bahan kimia. Nak buat pun senang, so kalau habis boleh buat saja lagi.
Bahan-bahan
1 biji sengkuang saiz sederhana
2-3 sudu makan air lemon
1 sudu makan madu / minyak zaitun
1 gelas air
Langkah membuat
1. Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah menjadi pekat.
2. Kemudian tapis dengan penapis. Perah untuk dapatkan ekstrak.
3. Simpan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.
4. Keesokkan harinya anda akan dapati ada mendapan atau ekstrak putih dari pati sengkuang. Buang air yang ada di permukaannya. Ambil mendapan itu saja.
5. Kemudian masukkan air lemon dan madu, kacau hingga sebati dan jadi krim.
6. Masukkan krim dalam bekas yang sesuai. Siap untuk digunakan.
Cara penggunaan
Gunakan krim itu untuk jadikan sebagai krim pelembab muka anda seharian, pakai secara teratur serta teratur 2 kali sehari. Dalam 1 minggu, anda bakal mendapat kulit putih, bersih dan halus.
Khasiat sengkuang
Mencerahkan kulit malah kerana faktor inilah ia kerap digunakan dalam produk kecantikan termasuk masker.
Melambatkan penuaan melalui vitamin C yang terkandung di dalamnya.
Kandungan air yang tinggi dalam sengkuang juga memberi kelembapan pada wajah menjadikan kulit lebih sihat dan segar.
Cili solok atau lada solok ini popular di Kelantan tapi nak cari di luar negeri Cik Siti Wan Kembang memang payah sikit. Cili jenis ini tak berapa pedas dan banyak diguna dalam masakan, yang paling popular solok lada.
Kalau susah sangat nak jumpa lada solok ini, apa kata cuba tanam sendiri. Boleh ikut perkongsian Ben Safwan ini.
Tip pokok lada solok berbuah lebat
Ben nak kongsi macam mana nak dapatkan pokok lada solok yang berbuah lebat, tahan penyakit seperti lalat buah, bena putih dan sebagainya. Daun pula subur menghijau tidak kerinting.
1. Semai dari anak benih atau nak senang,terus beli pokok yang hampir usia hampir 2 bulan dah di Sopi Ben. Dah stabil dah subur.
2. Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 bag 28 liter dicampurkan dengan 2 beg tanah merah yang dijual di nurseri dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben.
Nak senang terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16 . Saiz ini sesuai sangat untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3-4 polibeg untuk setiap isian.
3. Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Terus masukkan sekali dari polibag lama ke polibag baru.
Putik bunga dah keluar walaupun pokok kecil lagi
4. Permulaan 4-5 hari letak anak pokok direct terima cahaya matahari pagi – tengahari lepas tu letak tempat redup. Selepas tempoh masa ini baru letak di bawah cahaya terus. Pokok cili suka cahaya terus.
Cara siram dan pembajaan serta tip
Siram 1 liter air paip setiap 2 hari sekali . Kalau saiz polibag /bekas kecil,siram hari-hari pada awal pagi/lewat petang.
Spray plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur,kuat,elak serangan racun serangga,bena putih dan lain-lain.
Minggu 1 guna baja subur ,Minggu 2 baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kfc dan ikut tumbersaran pokok pada jarak 5-10 cm dari pangkal pokok.
Bila buah dah lebat,stop dulu baja buah. Teruskan dengan baja subur.
Buang daun yang tak diperlukan sebelum ranting Y dan juga jika tengok daun di bawah terlebih besar
Terlebih daun akan sebabkan nutrien tak sampai kepada buah, sebab daun yang serap nutrien tapi kena ingat. Daun ialah pekerja yang akan hasilkan buah yang lebat. Jadi kena berpada – pada pilih buang daun.
Jangan lupa cakap-cakap dengn pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah.
Mungkin kurang menyerlah dari segi penampilan tapi menang dan istimewa dari sudut lain. Suami yang dapat isteri yang jarang mekap juga sebenarnya cukup bertuah.
Kecantikan isteri dia, hanya dia yang tahu. Tapi kelebihannya bukan setakat itu saja, ada lagi…
Cepat siap, tak tunggu lama
Kalau bangun lambat pun masih ok lagi. Cari baju, lilit tudung dah boleh keluar tanpa perlu habiskan masa 15 hingga 30 minit untuk mekap. Suami juga tak lama menunggu kalau nak keluar bersama.
Poket selamat
Mereka yang terlalu menjaga kecantikan biasanya perlu modal yang banyak untuk membeli produk kecantikan. Bukan itu saja, bila dah tersalah guna produk kosmetik kemungkinan wajah timbul jerawat. Dah tentu kena keluarkan duit untuk membuat rawatan atau beli ubat. Dalam hal ini isteri itu sendiri dah banyak jimat, poket suami pun selamat
Bersedia dengan perubahan wajah isteri di hari tua
Dah tua nanti takkan nak mekap jugak kan. Dah tentu kulit yang berkedut akan terserlah. Bagi orang yang jarang mekap ini tak jadi masalah.
Dia tak takut terima hakikat kulit wajah sudah tidak tegang dan berkedut kerana tak pernah melindunginya. Suami pun sama sudah dibiasakan dengan paras di hari tua.
Tanda isteri yakin diri
Jarang mekap bukan bermakna tak menjaga penampilan. Mekap hanyalah pilihan untuk nampak lebih cantik. Isteri sebegini sebenarnya yakin dengan diri. Tak perlu kata apa-apa untuk membuktikannya, ia terserlah dari penampilannya.
Kurang rasa cemburu
Satu lagi kelebihan isteri yang jarang mekap mereka ini sebenarnya bahagia dengan apa yang ada pada diri mereka. Dia tak mencari kebahagiaan dengan cara bermekap agar dilihat cantik dan sempurna.
Lagi pun kalau isteri mekap cantik-cantik, suami pun takut. Silap haribulan isteri tak boleh keluar dan kerja sebab suami jelous.
Sekali sekali mekap, boleh buat orang ternganga
Biasa keluar tak mekap tapi bila sekali-sekali tampil dengan solekan pasti suami terkejut. Cantik rupanya bila dah bermekap tapi sengaja diselindungkan kecantikan itu untuk tatapan suami.