
Bila usia kereta dah lama sikit, lebih dari 5 tahun bukan saja keadaan cat pudar tapi juga lampu kereta.
Lampu kereta terutama bahagian depan akan nampak kedam. Selain akan buat kereta nampak lama, ia juga menyebabkan cahaya lampu kurang jelas.
Memang boleh dikilatkan kembali di car wash, bengkel atau pusat aksesori kereta tapi kalau nak jimat kita boleh DIY untuk kilatkan kembali.
Ada banyak cara yang dikongsi antaranya guna kertas pasir dan produk khas. Tapi cara yang dikongsi oleh pengguna Tik Tok Ridzuan Zubir ini memang lebih mudah.
Cuma sental lampu kereta yang kedam ini menggunakan lemon dan baking soda. Caranya
1. Belah dua buah lemon.
2. Kemudian tabur serbuk baking soda atas permukaan lemon yang dibelah.
3. Sental pada semua bahagian lampu sehingga lampu nampak terang dan berkilat semula. Boleh tambah serbuk baking soda hingga dapat hasil yang diingini.
4. Siram dengan air. Hasilnya akan nampak serta merta. Berkilat!
Untuk lebih jelas boleh tonton video ini.
@ridzuanzubir75smlm suara robot, ada plak org komplen xde muzik…. hrni kita masuk muzik daaaa….♬ The Final Countdown (Originally Performed by Europe) [Instrumental Version] – Hit The Button Karaoke
Selepas viral, cara ini turut dicuba oleh pengguna Tik Tok lain dan hasilnya memang sama, berkilat!
Sumber: Ridzuan Zubir
Cara Selesaikan Masalah Tanah Pusaka Ada Banyak Nama Dengan Bahagian Makin Mengecil

Tanah pusaka sering jadi isu terutama kalangan adik beradik, pada masa yang sama sering juga dilengah-lengahkan urusannya. Tambah lagi kalau tanah pusaka ada di kampung dan banyak nama yang nak dibahagi, dengan bahagian makin kecil.
Bagi yang berdepan masalah ini berikut adalah cadangan dari peguam allahyarham Salkukhairi Abd Sukor untuk menyelesaikannya. Jangan sampai berbalah sesama adik beradik kerana perihal tanah.
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milik kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA)
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut. Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Sumber: SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Nasi Impit Lambat Basi, Tahan Lebih Seminggu. Masak Guna Cara Ini

Isi Kandungan
ToggleTip nasi impit lambat basi ini berguna waktu sekarang maklumlah hidangan nasi ini wajib ada ketika raya kerana ia dimakan dengan pelbagai lauk antaranya rendang, kuah kacang, lontong, soto dan sebagainya.
Sayang pula jika dah masak banyak nasi impit basi pula, baru sehari esok dah berlendir. Supaya tak membazir terutama jika memasak nasi impit dalam kuantiti yang banyak boleh gunakan tip dikongsi oleh Zaty.
Tip masak nasi impit elak cepat basi dan berlendir
1. Masak nasi impit seperti biasa hingga masak.
2. Selepas masak terus angkat dan tos seketika.
3. Kemudian terus lalukan atau bilas nasi impit dengan air paip atau air bertapis. Seterusnya tos hingga kering airnya.
4. Selepas betul betul sejuk baru potong. Cara ini nasi impit akan tahan pada suhu bilik selama dua hari.
Kalau nak tahan lebih seminggu, guna cara ini
Dalam pada itu netizen juga turut berkongsi tip lain di ruang komen untuk mengelakkan nasi impit cepat basi. Antaranya seperti berikut;
Ganti air waktu masak
Sewaktu masak nasi impit ganti air beberapa kali. Contonya jika masak selama 4 jam tukar air rebusan empat kali selain letak daun pandan dan garam.
Cara ini nasi boleh tahan seminggu tanpa simpan dalam peti ais. Boleh juga kukus nasi impit ini selepas empat hari.
Rendam lama
Selepas nasi impit masak, rendam lebih lama agar lambat basi. Kemudian tos, simpan nasi impit yang tak mahu digunakan lagi alam peti ais. Sebelum dihidangkan, kukus dulu dan biarkan sejuk. Cara ini nasi impit boleh tahan hingga seminggu lebih.
Selamat mencuba.
Baca Lagi: Teknik Rebus Nasi Impit Cepat Masak, Cuma 30 Minit. Jimat Gas & Masa
Cara Urus Wayar Berselirat Di Kabinet TV, Guna Alat Ini Supaya Kemas, Tak Sakit Mata

Melihat wayar yang berselirat di bahagian kabinet tv atau meja komputer boleh menyakitkan mata terutama bagi yang pengemas.
Tak puas hati selagi nampak masalah wayar tak teratur. Bagi mengatasi masalah ini perkongsian idea daripada Khalidah Khairizam boleh membantu.
Sebenarnya ada banyak alat yang boleh kita gunakan untuk uruskan wayar tv, sound system, wifi, yang selalu diletakkan di satu tempat hingga buat ia nampak tak terurus.
Antaranya menggunakan Cable Management Panel dan juga Wire Holder Clip Cable.
Guna alat ini
- Panel hitam itu Cable Management dan pek kecil putih itu clip cable.
2. Cable Management Panel, lekatkan guna double sided di belakang kabinet. Kemudian masukkan semua cable dalam ni. Penutup depan panel ini boleh sile untuk buka.
3. Kemudian kita kemaskan wayar berselirat itu guna clip cable. Cuma tampal sebab di belakangnya memang dah ada double sided.
4. Extension plug boleh lekat guna double sided juga di belakang kabinet. Boleh guna brand 3M.
Dah kemas.
Klik SINI untuk beli Cable Management Panel
Klik SINI untuk beli
Sumber: Khalidah Khairizam via #kemasrumahwithhani