Perasan tak kalau diperhatikan anak-anak perempuan sekarang period atau haid awal berbanding kita dulu. Rata-rata anak perempuan sekarang sudah pun mengalami haid ataupun akil baligh pada usia bawah 12 tahun malah ada yang mengalaminya seawal 8 tahun sedangkan kita dulu haid pada umur 16 tahun.

Fenomena kanak-kanak perempuan cepat akil baligh sekarang sudah seakan perkara biasa tapi hakikatnya ia agak merisaukan ibu bapa. Manakan tidak, usia masih budak tapi secara fizikalnya dia kelihatan matang. Bila haid datang, bentuk badan sebagai seorang wanita sudah dapat dilihat malah secara biologinya  sudah boleh mengandung.

 

Soya & Ayam Disuntik Hormon Antara Punca Anak-anak Perempuan Sekarang Haid Awal. Awas Ia Sebenarnya Tak Normal!

Persoalannya kenapa kanak-kanak perempuan sekarang mengalami haid awal,  VK mengajukan isu ini kepada Dr Nurliyana Ahmad Zaki. Menurut beliau walaupun ramai yang menganggap ia sebagai biasa bagi anak perempuan sekarang namun hal ini sebenarnya tidak normal.

Menurut Dr Lyana, kanak-kanak dikatakan termasuk dalam kategori awal akil baligh apabila datang haid pada usia 9 tahun ke bawah. Hal ini tidak normal sebenarnya.

8 tanda anak perempuan akil baligh

Dr Lyana menyenaraikan tanda-tanda akil baligh yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa terhadap anak-anak perempuan mereka iaitu:

IKLAN

1. Pertumbuhan fizikal (pertambahan berat dan tinggi yang mendadak)
2. Pertumbuhan payudara.
3. Berpeluh dan mulai mengeluarkan bau badan.
4. Mulai tumbuh bulu badan di ketiak dan kemaluan.
5. Kulit mulai berminyak dan berjerawat
6. Fizikal lebih berbentuk
7. Ada keputihan dari faraj.
8. Datang haid.

Elak soya dan ayam disuntik hormon

Mengulas tentang proses kedatangan haid bagi anak perempuan kata Dr Lyana proses akil baligh bermula apabila sistem reproduktif kita diaktifkan melalui ‘hypothalamic-pituitary-gonadal (HPA) axis activation’.

Selain itu:  Trend Majlis Aqiqah Macam Majlis Nikah Tak Perlu Diteruskan. Buat Ikut Sunnah Bukan Sebab 'Class'

Dalam bahasa mudahnya, otak bertindak mengeluarkan hormon yang kemudiannya merangsang penghasilan hormon oleh kelenjar seks, seperti ovari (perempuan) dan testis (lelaki). Ini seterusnya menghasilkan perubahan fizikal dan emosi kepada seseorang individu yang mencapai akil baligh.

“Dalam kes tertentu, ‘HPA axis’ ini mungkin belum diaktifkan secara semula jadi di peringkat otak. Namun hormon untuk akil baligh telah terdapat dalam kuantiti yang signifikan dalam badan dan menyebabkan perubahan fizikal dan emosi dalam akil baligh.

Contohnya, obesiti atau dengan mengambil makanan yang tinggi kandungan hormon estrogen secara berlebihan, seperti soya dan ayam ternakan yang telah disuntik hormon ini untuk mempercepatkan pertumbuhannya.”

Soya & Ayam Disuntik Hormon Antara Punca Anak-anak Perempuan Sekarang Haid Awal. Awas Ia Sebenarnya Tak Normal!

IKLAN

Soya & Ayam Disuntik Hormon Antara Punca Anak-anak Perempuan Sekarang Haid Awal. Awas Ia Sebenarnya Tak Normal!

 

Kesan buruk haid terlalu awal

“Apabila kanak-kanak perempuan akil baligh terlalu awal, mereka ini selalunya keliru dengan keadaan diri sendiri. Umur masih budak tapi emosi mereka sudah ke arah lebih matang. Mereka mungkin segan nak bermain-main macam kanak-kanak lain, malu bercampur dengan kawan-kawan kerana fizikal yang sudah berbeza berbanding rakan sebaya mereka.

“Malah mereka juga lebih cenderung nak mengetahui lebih lanjut mengenai seksualiti. Wujud rasa nak ‘explore’ diri sendiri. Di sinilah bahayanya apabila kanak-kanak cepat matang dan tidak dibimbing oleh ibu bapa untuk memahami perubahan fizikal dan emosi mereka. Ibu bapa perlu pantau hal ini,” ujar Dr Lyana.

Ibu bapa kena bimbing anak

Apabila anak perempuan anda sudah datang haid, bermulalah peranan ibu bapa terutamanya ibu menerangkan hal sebenar. Ibu perlu terangkan pada anak bahawa akil baligh dan datang haid ialah situasi yang semua orang perempuan akan lalui, sesetengahnya mungkin lebih awal sedikit. Nasihatkan mereka supaya jangan takut kerana datang haid ialah perkara biasa.

Selain itu:  3 Tahun Menanti, & 3 Tahun Saja Allah Pinjamkan. Semoga Kita Bertemu di Jannah...! Luahan Rindu Safura Sambut Ulang Tahun Arwah Anak

“Terangkan mengenai kebersihan. Cara nak pakai, cuci dan buang tuala wanita. Bimbing anak cara nak pakai tuala wanita dengan betul untuk elak kebocoran. Kebiasannya ibulah yang membimbing.

IKLAN

Namun, jika anda seorang bapa tunggal dan merasa kekok berkaitan hal akil baligh anak perempuan; dapatkan bantuan daripada wanita dewasa lain yang dekat dan rapat dengan anak. Misalnya ibu saudara, nenek atau guru anak-anak anda. Biar anak anda selesa untuk berbincang mengenai hal ini,” kata Dr Lyana.

Apabila seseorang kanak-kanak telah menunjukkan tanda-tanda akil baligh awal, seeloknya ibu bapa bawa anak berjumpa doktor perubatan atau doktor kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.

Hal ini untuk memastikan anak tidak mengalami proses akil baligh abnormal disebabkan masalah perubatan, contohnya tumor pada kelenjar adrenal/ovari/testis atau hypotiroid. Walaubagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana kes-kes sebegini sangat jarang berlaku dan kebiasaannya tiada punca perubatan dapat ditemui.

Dr Lyana turut menegaskan ibu bapa perlu bersikap terbuka dan mengambil tahu tentang proses akil baligh anak-anak perempuan mereka. Bantulah anak-anak lalui proses ini supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.

Bendung fenomena akil baligh awal

Dalam pada itu katanya ibu bapa boleh mencegah masalah obesiti dalam kalangan anak dengan cara memberikan makanan sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal sejak awal lagi.

Selain itu elakkan anak terdedah dengan rangsangan luar yang tidak sepatutnya, seperti menonton pornografi. Hal ini didapati berpotensi untuk merangsang proses akil baligh awal.

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI