Kari kambing ini memang ramai peminatnya. Walau pun begitu, kebanyakan kita akanĀ pergi kedai mamak untuk menikmati kari ini memandangkan tak mahir menyediakannya.
Tapi apa kata kita cuba pula buat sendiri, ikut Indian style perkongsian Sheena Supramaniam. Kari kambing ini memang pekat, sedap dan rasanya macam kari restoren mamak.
Perkongsian resipi Sheena ini juga mendapat lebih 58k perkongsian di Facebook Masak Apa Hari Ni. Bagusnya, beliau juga berkongsi cara yang dipraktikkan untuk menghilangkan bau hamis daging kambing sebelum dimasak.
Cara buat kari kambing pekat, Indian style
1. Sediakan daging kambing lebih kurang 1kg – 1.5kg. Cara hilangkan bau hamis kambing; cuci dengan serbuk kunyit banyak-banyak. Ini daging segar jadi saya cuci biasa 4 kali. Nanti waktu masak letak serbuk kunyit banyak sikit.
2. Kisar 10 ulas bawang putih, halia saiz ibu jari 4 – 5 ketul, bawang kecil dalam 6 hingga 10 biji. Biasanya saya tambah cili hijau 2 batang waktu kisar.
3. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan bersama jintan manis.
Ads
4. Masukkan daun kari dan tuang sekali bahan yang dikisar.
5. Bila naik bau, masukkan daging kambing.
6. Masukkan serbuk kunyit lebih kurang 1 sudu besar untuk 1kg to 1.5kg kambing.
7. Masukkan air, sukatan agak-agak sampai daging kambing tenggelam separuh. Kalau air dah kering tapi daging belum masak, boleh tambah air lagi kemudian.
Ads
8. Bila dah mendidih masukkan tomato.
9. Saya tak guna pressure cooker. Jadi alih dalam periuk dan tutup. Cara ini classic dan cepat masak. Guna api sederhana, setiap 15-20 minit buka dan kacau. Kalau daging dah masak boleh ikut step seterusnya.
10. Masukkan serbuk kari ayam/daging dalam 3-5 sudu besar (biasanya sayaĀ guna jenama Rajas, Alagappas” atau Lingams). Masukkan juga serbuk cili ikut tekak masing-masing.
Ads
11. Masukkan kentang. Yang ini US potato. Cepat masak jadi masuk akhir sekali. Masukkan garam selepas kentang.
12. Kemudian masukkan sekali lagi tomato. Tomato yang masuk awal tadi dah hancur dan sebati dalam kari. Ia akan pekat dan beri rasa masam-masam dalam kuah. Tomato ini akan nampak bentuknya.
Kalau lihat iklan ubat gigi kebanyakannya akan meletakkan ubat gigi sepanjang bulu berus. Dek kerana terikut dengan apa yang dilihat maka kebanyakan kita pun melakukan perkara yang sama.
Hakikatnya penggunaan ubat gigi tidak perlu terlalu banyak. Malah terlalu banyak menggunakan ubat gigi juga akan memberi kesan negatif pada gigi terutamanya pada kanak-kanak.
Penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun hanya perlu secalit saja atau pada kuantiti sebutir beras.
Mana kala untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas kuantiti ubat gigi yang digunakan hanya sebesar kacang pea.
Menurut Public Health Malaysia, survey yang dilakukan oleh CDC menunjukkan 80% kanak kanak menggunakan ubat gigi terlalu banyak.
Ubat gigi berflorida boleh mencegah karies gigi tetapi pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah flourosis.
Ini akan mengakibatkan permukaan gigi menjadi tidak rata dan warna gigi berubah. Gigi sebegini lebih sukar dijaga dan mudah rosak.
Pesan pada anak, jangan picit ubat gigi sepenuh berus gigi seperti dalam iklan! Itu memang nak cepat lariskan ubat gigi.
Buat sendiri kuih peneram atau dikenali juga dengan nama kuih denderam dan peniaram. Kalau selama ni kita beli boleh cuba buat sendiri terutama jika ramai dalam keluarga suka dengan kuih tradisi ini.
Nampak macam susah kan, tapi sebenarnya cara membuatnya cukup mudah. Bahan pun cuma ada tiga saja. Kali pertama cuba pun insya-Allah menjadi. Hasilnya pula memang rangup di luar, lembut di dalam. Makan waktu masih panas memang lagi sedap.
Buat sendiri kuih peneram, guna 3 bahan sajaĀ
Bahan-bahan
500g tepung beras (cap 3 Gajah)
340g gula merah
240ml air
Cara membuat
1. Masak gula merah dengan air sampai mendidih. Kemudian tapis & tuang dalam tepung ketika air gula masih panas.
2. Kacau sebati, peram semalaman atau 4-5 jam pun boleh). Peram dalam bekas bertutup saja, jangan masuk dalam peti ais.
3. Lapik plastik atas permukaan yang rata untuk mencanai adunan. Sapu sedikit minyak atas plastik tadi supaya adunan mudah diangkat nanti.
4. Canai dan tekap dengan acuan yang sesuai. Boleh gunakan mangkuk kecil dan buat lubang di tengahnya.
5. Panaskan minyak, kemudian goreng hingga garing. Angkat dan tos. Makan ketika panas lagi sedap.
TIP
Pastikan goreng menggunakan minyak yang panas, api jangan terlalu kuah atau perlahan. Goreng hingga cucur timbul, ini tanda peneram dah masak dan menjadi.
Sukatan ini menghasilkan dalam 100 biji.
Simpan dalam bekas kedap udara di suhu bilik, kuih ini boleh tahan 3 hingga 5 hari.
Pastikan ia betul-betul sejuk sebelum disimpan untuk elak lembik atau berkulat.
Blender dan pengisar di rumah kita memang selalu ada kesan kuning akibat kunyit dan juga bau cili.
Iyalah saban hari guna untuk mengisar bahan ini, sudah tentu kesannya melekat. Bila makin lama makin jelas pula malah bau blender pun tak berapa enak.Ā Ā Jadi eloklah kita ambil sedikit masa untuk bersihkan sebab caranya pun mudah saja.
1.Guna kelapa parut
Masukkan kelapa parut dan air dalam blender. Kisar campuran tersebut beberapa saat. Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah bau cili pun tiada.
2. Limau nipis dan beras
Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya. Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat. Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas. Hasilnya kena kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
3. Baking soda dan cuka
Baking soda memang banyak kegunaan untuk tujuan pembersihan. Salah satunya menghilangkan bau dan kotoran yang melekat pada blender. Caranya, ambil 1/4 cawan baking soda dan 3/4 cawan cuka.
Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa.
Lakukan tip ini beberapa kali sehingga kesan kuning hilang.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...