Tanam bawang pada batang pokok pisang? Mesti ramai tak pernah tak terfikir batang pokok ini boleh jadi tapak semaian untuk bawang merah untuk hasilkan daun bawang yang subur.
Kalau selalu kita tengok batang pisang dilonggok atau dipotong-potong jadi baja organik, kali ini kita guna dengan cara lebih kreatif untuk tanam daun bawang! Hasilnya daun bawang tumbuh segar tanpa tanah pun!
Kaedah penanaman ini boleh dipraktik kalau di rumah memang tanam pokok pisang ini. Langkahnya dikongsi oleh Ibrisam Wossali.
Langkah Tanam Bawang Guna Batang Pisang
Ads
1. Pilih batang pisang yang baru ditebang. Lepas ambil buah pisang yang dah masak, tebang batangnya. Pilih bahagian batang yang masih segar dan tidak kering.
2. Buat lubang ikut saiz bawang. Guna pisau untuk tebuk lubang kecil pada batang. Saiz lubang cukup untuk menampung sebiji bawang.
3. Sediakan bawang merah, potong sedikit bahagian atas dan bawah bawang merah. Ini bantu percepatkan proses akar tumbuh dan daun keluar.
Ads
4.Letak bawang dalam lubang yang dah disediakan. Tak perlu tanah atau air berlebihan, batang pisang dah cukup lembap untuk sokong pertumbuhan.
Ads
Kenapa cara ini berkesan?
Batang pisang menyimpan banyak air dan nutrien semula jadi. Ia bertindak seperti span, mengekalkan kelembapan dan memberi medium lembut untuk bawang berakar. Ini menjadikan kaedah ini mesra alam, murah, dan sangat sesuai untuk pekebun bandar atau sesiapa yang tiada ruang besar.
Penjagaan
Batang pisang boleh tahan lembap untuk beberapa minggu, cukup untuk bawang mengeluarkan daun beberapa kali.
Bila daun dah panjang, boleh potong dan guna dalam masakan. Bawang tu pula boleh terus dibiarkan untuk hasil daun berkali-kali!
Jadi lepas ni, jangan buang batang pisang dulu. Boleh buat untuk tanam daun bawang supaya dapur tak putus stok.
Daun pudina selain guna dalam masakan, letak dalam teh pun sedap. Jadinya memang berbaloi tanam sepasu dua di rumah. Bila nak guna petik saja.
Cara nak tanam pudina ini juga mudah. Cuma keratan dan pucuk kemudian cucuk pada tanah. Langkahnya dikongsi oleh Pyan Sempoi.
Cara semai pokok pudina guna keratan & pucuk
Pilih ranting yang sihat & berdaun lebar.
2. Buang daun bahagian bawah, sisakan pucuk 2 helai.Potong separuh daun tu.
Tujuannya untuk mengurangkan pengewapan. Tapi kalau tak nak potong pun boleh cuma pastikan daun tak banyak.
3. Cucuk ke media yang telah dilembapkan. Minimum 1 ruas(mata tunas) ditanam, 2-3 lebih baik. Media yang saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam sawit.
4. Letak di tempat teduh nak sungkup atau tutup boleh. Tak sungkup pun ok asalkan tak kena panas/hujan sebelum tumbuh tunas baru.
5. Siram sikit-sikit jika media dah kering.
6. Selepas seminggu jika masih fresh, insya-Allah akan berjaya & hidup subur. Ini hasil setelah 18 hari semai. Daun yang dipotong separuh masih ada lagi.
Potong buah tabur serbuk asam boi memang syok makan. Kalau suka makan buah bersama asam boi ini, apa kata buat saja sendiri di rumah.
Buat banyak terus, nanti senang bila nak makan. Tabur saja, jimat pun jimat dan yang penting boleh buat serbuk asam boi ini ikut cita rasa kita, nak kurang kan manis, lebih masam boleh saja. Bagi yang nak cuba boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Siti Khadijah.
Buat sendiri serbuk asam boi, makan dengan buah potong memang sedap
Takde masak apa cuma nak share cara buat serbuk asam boi. Tabur atas jambu, mangga memang sedap. Kalau beli pun dah berapa kan harganya. Buat je sendiri, buat stok. Senang, jimat pun jimat.
Bahan-bahan:
Asam boi
Gula pasir
Plum powder
Cara membuat:
1. Asingkan biji dari asam boi.
2. Kisar halus (blend kering). Letak dalam satu bekas.
3. Kisar gula bersama plum powder. Blend halus juga.
4. Satukan dengan asam boi yang sudah dikisar tadi. Gaul sebati. Boleh juga masukkan dalam satu bekas kemudian goncang-goncang. Siap!
Nota:
Resipi tiada sukatan sebab buat ikut naluri.
Saya tak tambah garam sebab asam boi dah ada rasa masin. Tapi boleh ikut selera masing-masing. Dah siap cuba rasa.
Jika nak manis lagi boleh tambah gula. Nak masin boleh tambah garam. Boleh adjust ikut selera.
Buat sendiri kuih peneram atau dikenali juga dengan nama kuih denderam dan peniaram. Kalau selama ni kita beli boleh cuba buat sendiri terutama jika ramai dalam keluarga suka dengan kuih tradisi ini.
Nampak macam susah kan, tapi sebenarnya cara membuatnya cukup mudah. Bahan pun cuma ada tiga saja. Kali pertama cuba pun insya-Allah menjadi. Hasilnya pula memang rangup di luar, lembut di dalam. Makan waktu masih panas memang lagi sedap.
Buat sendiri kuih peneram, guna 3 bahan saja
Bahan-bahan
500g tepung beras (cap 3 Gajah)
340g gula merah
240ml air
Cara membuat
1. Masak gula merah dengan air sampai mendidih. Kemudian tapis & tuang dalam tepung ketika air gula masih panas.
2. Kacau sebati, peram semalaman atau 4-5 jam pun boleh). Peram dalam bekas bertutup saja, jangan masuk dalam peti ais.
3. Lapik plastik atas permukaan yang rata untuk mencanai adunan. Sapu sedikit minyak atas plastik tadi supaya adunan mudah diangkat nanti.
4. Canai dan tekap dengan acuan yang sesuai. Boleh gunakan mangkuk kecil dan buat lubang di tengahnya.
5. Panaskan minyak, kemudian goreng hingga garing. Angkat dan tos. Makan ketika panas lagi sedap.
TIP
Pastikan goreng menggunakan minyak yang panas, api jangan terlalu kuah atau perlahan. Goreng hingga cucur timbul, ini tanda peneram dah masak dan menjadi.
Sukatan ini menghasilkan dalam 100 biji.
Simpan dalam bekas kedap udara di suhu bilik, kuih ini boleh tahan 3 hingga 5 hari.
Pastikan ia betul-betul sejuk sebelum disimpan untuk elak lembik atau berkulat.