Kalau perhatikan tayar kereta, kita akan lihat ada pelbagai huruf dan tulisan. Semua itu menunjukkan spesifikasi tertentu.

Sebagai pemilik dan pemandukereta, sedikit sebanyak info ini perlu kita tahu. Jom kita belajar.

Info ini dikongsi oleh Dr Aid Fawzal dalam satu catatannya di Laman X.

Ketahui had laju tayar

Itu hari, ada rakan kita yang tanya betul ke tayar ni ada had laju?? Ya betul. Jom kita ulangkaji pasal spesifikasi tayar….

Pada tayar ni ada macam-macam tulisan. Tapi tulisan yang menunjukkan spesifikasi tayar adalah seperti dalam gambar pertama tu: 235/45R19 V

Ads

Tayar Kereta Ada Had Laju, Nak Tahu Tengok Huruf Pada Tayar

1) 3 nombor pertama = lebar tayar
Unitnya mm.
Pada contoh tu, 235mm lebar tayar.

2) 2 nombor seterusnya = profile tayar
Ini merujuk kepada ketinggian dinding tepi (sidewall) tayar.
Nilai yang ditulis adalah peratus daripada kelebaran tayar.
Pada contoh tu, 45% daripada 235mm = 0.45 x 235mm = 105.75mm tinggi.

Ads

3) Seterusnya nombor selepas R (atau r)
R tu bermaksud tayar ni jenis binaan ‘radial’.
Dan 19 tu merujuk kepada diameter rim yang sesuai dengannya.
Unitnya dalam inci.

4) Dan yang hujung sekali adalah huruf yang melambangkan kelajuan maksimum tayar sewaktu bawa beban penuh.
Pada contoh ni V = 240km/h.
Ada tayar yang sebelum huruf tu diletakkan dua nombor yang melambangkan kapasiti beban tayar. Lihat gambar ke 2.
Ia juga dipanggil ‘load rating’ atau ‘load index’.
Contohnya 225/40R18 92Y. 92 tu mampu tahan beban sebanyak 630kg.

Kenapa tayar boleh ada had laju maksimum?

a) Pergerakan tayar bergolek ni sebenarnya ia bergesel dengan permukaan jalan raya. Tindakan bergesel ni menyebabkan ricih (shear) dan dalam keadaan berulang, akan menghasilkan haba
Lagi laju tayar bergolek, lagi banyak haba terjana.
Getah bila panas tinggi jadi lembik, rosak.

Ads

b) Kelajuan pemanduan kereta tadi tu berkadar langsung dengan kelajuan putaran tayar. Tayar yang dipusing laju akan daya sentrifugal sangat tinggi.

Lagi laju kereta dipandu, lagi tinggi daya sentrifugal. Lagi tinggi daya sentrifugal, tayar tadi boleh berubah bentuk. Bila berubah bentuk, prestasi cengkaman tayar berubah.

Sumber: Dr Aid Fawzal

Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI