Salah satu cara yang selalu dikongsi sebagai solusi untuk pokok buah yang enggan berbuah adalah teknik torehan atau girdling.
Memang ada pokok berjaya berbuah tapi ada juga sebaliknya. Untuk buat torehan ini ada cara dan teknik yang perlu diikuti. Jika tidak memang tak menjadi.
Perlu diketahui, teknik ini dilakukan pada kulit dahan pokok dan bukan pada batang pokok. Jika salah toreh, tak pasal-pasal pokok mati. Supaya tak keliru baca info dan cara yang betul tentang teknik girdling yang dikongsi oleh Mahadzir Hashim.
Cara betul buat teknik torehan atau girdling pada pokok
Saya terpanggil untuk menjelaskan teknik ini agar kita tidak mendapat maklumat yang salah.
Teknik ini adalah teknik membuat satu torehan kulit pada dahan pokok. Ia tidak dilakukan pada batang pokok. Jangan keliru.
Ads
Tujuan teknik ini dilakukan ialah untuk menghasilkan bunga yang banyak dan buah yang lebih besar. Tidak digunakan untuk memaksa pokok berbuah. Dua perkara yang sangat berbeza.
Teknik toreh kulit pokok, cara girdling yang betul
1. Umur pokok tidak boleh kurang dari 4 tahun. Hanya pokok buah-buahan yang sesuai dengan teknik ini.
2. Hanya dahan besar melebihi 5cm ukur keliling yang boleh digunakan.
Ads
3. Teknik torehan pembuangan kulit adalah berbentuk S. Di mana tempat mula torehan tidak bertemu dengan tempat berakhir torehan. Sebaiknya jarak adalah 1 inci atau 2.5 cm. Ertinya kulit pokok tidak boleh terputus terus dari batang pokok dan menyekat penghantaran bahan-bahan mikro nutrient oleh akar dari tanah(lihat gambar).
4. Teknik ini tidak boleh dibuat kerap lebih dari 2 kali dan akan menyebabkan jangka hayat pokok menjadi singkat.
Teknik ini sebaiknya dibuat oleh mereka yang telah terlatih kerana salah cara pokok boleh mati.
Ads
INFO
Cara yang paling baik untuk membungakan dan menggalakkan pokok supaya berbuah adalah melalui pembajaan yang betul.
Kelemahan ketara pada teknik ini ialah kecenderungan pokok mudah diserang penyakit pada kulitnya yang terluka selama mana ia terdedah. Mengakibatkan dahan kelamaan mereput dan mati.
Hidangan roti jala memang selalu dihidang, baik untuk makan pagi atau petang. Cicah dengan kuah kari memang gabungan mantap.
Bagi yang suka buat roti jala dalam jumlah banyak untuk makan sampai ke petang atau malam tip dari T-hah T-hah kena praktik supaya roti jala kekal lembut.
Malah kalau nak buat malam untuk hidangan pagi hari pun tiada masalah. Roti jala tetap lembut tak keras. Caranya boleh ikut perkongsian beliau yang juga menjual hidangan ini.
Cara bancuh & ‘kirai’ roti jala supaya kekal lembut
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
2 biji telur A
1/2 tin susu cair(1 cawan)
150ml minyak masak
1500ml air
Sedikit garam
Pewarna kuning telur
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan, kisar hingga sebati. Sedia untuk dimasak.
2.Sediakan kuali non stick. Jika guna kuali leper seperti masak daging burger lengser sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama. Seterusnya tak perlu.
3.TIP PENTING; jika nak buat makan waktu pagi boleh kirai atau buat waktu malam. Boleh mula jam 10 malam.
4.Selesai ‘mengirai’, biarkan roti betul-betul sejuk baru tutup bekas. Insya-Allah takkan basi. Boleh juga sejukkan bawah kipas.
Masalah beli roti keping ni bila beli yang kecil tak cukup. Beli yang besar tak habis pulak. Ada masa langsung tak luak roti sampai ‘expired’. Membazir pula bila berkulat, harga roti kan dah naik.
Untuk elak membazir, sebelum expired olah terus roti keping jadi roti telur ‘berhantu’ ini. Berhantu sebab kalau buat memang sedap dan berebut makan. Cepat saja licin. Caranya dikongsi oleh Cheyah Saripuddin.
Buat roti telur berhantu kalau roti tak habis dah nak expired
Ngeri pulak rasa tajuk roti telur berhantu. Tapi betul taw. Sekali kau dah rasa tak boleh stop makan. Lagi-lagi makan waktu panas memang best!
Senang nak buat pula tu sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu. Ajarkan anak-anak masak gini seronok mereka nanti. Selamat mencuba!
1. Bahan-bahannya. Sesuai untuk 6 keping roti kalau dua biji telur.
2. Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat. Kacau bancuhan hingga sebati.
3. Celup roti, kedua-dua belah bahagian.
4. Gorenglah tanpa minyak atau kuranga sebab kalau banyak ia meresap. Makan minyak la.
5. Dah nampak manis warnanya boleh la angkat.
6. Roti ini takkan keras, tetap lembut. Lagi sedap makan panas-panas.
Stok bawang goreng memang kena sentiasa ada di rumah. Boleh tabur dalam kebanyakan hidangan sebagai penyedap rasa dan wangi.
Kalau biasa beli, apa kata cuba buat sendiri guna cara yang paling mudah, resipi asal bawang goreng orang tua-tua dulu. Tak letak garam atau tepung tapi tetap rangup dan wangi. Caranya dikongsi oleh Ahmad Salehuddin Amirwan.
Bawang goreng stail mak
Di rumah ini abang memang kena selalu ada stok bawang goreng. Sebab bila nak makan apa apa pun tabur bawang goreng ni jadi wangi saja. Disebabkan ramai yang tanya jadi abang share resepi di sini ye.
1. Mula mula kupas kulit bawang dulu, nak mudah rendam dengan air panas supaya senang kupas kulitnya.
2. Kemudian hiris bawang nipis nipis. Abang potong manual saja sebab takde alat hiris. Untuk senang boleh guna set pisau Cuoco Grade ini kerja menghiris dan memotong.
3. Lepas hiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering.
4. Lepas dah kering bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena betul-betul panas baru masukkan bawang. Kena rajin gaul supaya bawang masak sekata.
5. Bila dah kekuningan garing boleh angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.
Ini bawang goreng dari 2kg bawang dapat lah 1 bekas tu, kena rajin dan sabar ya nak buat ni.
Tip dari mak
Bila warna bawang dah mula kekuningan bolehlah perlahankan api gas supaya tak hitam dan hangus. Sini lah biasanya orang terlepas pandang sebab hitam bawang itu akan jadi pahit, tak sedap.
Sentiasa kacau bila dah perlahankan api sampailah ia garing. Dah garing bolehlah angkat.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...