Selalu bila karpet kotor kita akan hantar saja ke kedai, susah kot nak basuh sendiri!
Tapi sebenarnya kita boleh saja basuh sendiri karpet yang kotor ni, dan caranya cukup mudah. Hanya guna mop, garam serta Dettol!
Tip ini dikongsi oleh Syarifah Farhana Syed Fadzil yang mendapat perkongsian tersebut daripada seorang pembantu rumah apa bila melihat wanita itu mengelap karpet dengan mop.
Ia dilakukan selepas memvakum agar karpet bukan saja bebas habuk tapi juga kotoran. Karpet nampak macam karpet baru malah berbau segar.
IKLAN
Bahan yang diperlukan:
Mop (jika boleh beli baru)
Air secukupnya
2 sudu garam
1 penutup Pure Detol
Cara-cara:
1. Panaskan air hingga mendidih dalam kuantiti cukup untuk menenggelamkan mop.
2. Apabila air dah mendidih curah dalam baldi mop dan letak garam dan juga Pure Dettol.
IKLAN
3. Perah mop sekuat hati, sampai tiada air menitis.
IKLAN
4. Kemudian mop karpet dengan menekan-nekan karpet (tenyeh).
5. Apabila selesai anda akan lihat air mop tadi berwarna coklat tanda kotoran. Selepas itu biarkan karpet kering.
Pesan beliau jangan marah atau menyalahkan sesiapa jika pokok yang ditanam tidak berbuah langsung. Sebaliknya sebelum tanam digalakkan membaca doa ini dengan memulakannya bersama Bismillah dan Selawat sebanyak 3 kali. Insya-Allah ada rezeki nanti.
Doa Tanam Pokok
– Berselawatlah dulu sebanyak tiga kali
-Mulakan dengan Bismilahhirohmanirohimm.
-Diikuti dengan doa …’Subhaanalwaarisu al baa isu’..
Ertinya:
‘Maha suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.’
Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan.
Kita sering terlupa bahawa benih-benih atau pokok yang kita tanam sebenarnya tumbuh dengan izin Allah.
Semoga doa ini dapat diamalkan dan menjadi sebahagian usaha kita dalam bercucuk tanam. Semoga tanaman yang di tanam hidup subur dan berkat.
Selalu terjadi setiap kali mahu bersihkan kipas siling, habis satu ruang akan dikotori debu-debu kipas.
Nak bersih kipas saja pun tapi satu ruang tamu atau bilik kotor dibuatnya, sudahnya kena tambah kerja menyapu dan mengemop lantai.
Tapi lepas tahu tip ini mungkin situasi ini takkan berlaku lagi.
Hanya perlukan sarung bantal
Untuk mengelakkan debu berterabur satu rumah ketika bersihkan kipas siling apa yang anda perlukan hanyalah sarung bantal yang sudah tidak digunakan.
1. Cuma semburkan sarung bantal dengan air untuk melembapkannya, jangan terlalu banyak sampai menitis air.
Boleh juga semburkan dengan air yang dicampur bahan pencuci atau pun cuka.
2. Masukkan bilas kipas dalam sarung bantal yang lembap tadi.
3. Selepas itu picit dan tarik bahagian tepi bilah kipas untuk membuang habuk. Bersihkan bahagian bilas kipas yang lain. Ketika ini semua habuk akan jatuh dalam sarung bantal tanpa mengotorkan lantai.
Waktu solat dah lama masuk, tapi anak kecil masih tak mahu lepas dari dukungan untuk ibu menunaikan solat. Masalah ini selalu dihadapi oleh suri rumah yang punya bayi dan tinggal sendiri.
Ada masa bayi mungkin boleh ditinggalkan seketika tapi ada ketikanya si kecil meragam. Bila diletakkan untuk memberi ruang ibu bersolat walau sekejap mulalah bayi menangis hingga kadang-kadang membuatkan ibu tak sampai hati malah hilang khusyuk.
Namun masalah ini seharusnya tidak menjadi alasan untuk para ibu melengahkan atau meninggalkan solat. Apatah lagi Islam adalah agama yang memudahkan dan sudah tentu ada cara untuk memudahkan kaum ibu dalam hal ini.
Disebut dalam hadis
Sebenarnya jika berdepan situasi ini seseorang ibu itu dibenarkan mendukung bayi sambil bersolat. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :
“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari)
Diharuskan
Dalam hal ini adalah diharuskan oleh ibu untuk mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Namun begitu sudah tentu ada syarat-syarat yang harus ibu patuhi;
1. Pastikan anak bersih dari najis, sebaiknya tukar lampin anak sebelum ibu bersolat.
2. Kawal pergerakan. Pergerakan yang dibenarkan atau tidak membatalkan solat iaitu tidak bergerak melebihi tiga kali berturut-turut.
3. Dada sentiasa mengadap kiblat.
4. Hanya dilakukan ketika keadaan memaksa. Adalah lebih baik anak dijaga seketika oleh orang lain ketika ibu bersolat.
Cara solat sambil mendukung bayi
Anak yang didukung harus dibersihkan dari sebarang najis.
Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
Baca surah al-fatihah seperti biasa dan sudah pilihan jika keadaan mengizinkan.
Rukuk dengan tangan memegang erat bayi, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
Semasa mahu sujud, letakkan bayi dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
Tanda beras usang adalah apabila sudah ada kehadiran bubuk atas kutu beras. Ulat kecil ini akan 'berkampung' bila beras lama tak digunakan atau lama disimpan.