Lauk asam pedas antara lauk yang biasa disajikan dan kebanyakan kita ada resipi tersendiri untuk memasak hidangan ini. Tapi tak salah jika kita mencuba tip dan petua untuk menyedapkan lagi asam pedas ini.
Salah satunya seperti yang dikongsi oleh Nurhayati Maleq iaitu dengan meletakkan buah keras. Katanya tip ini diperoleh dari seorang chef. Hasilnya asam pedas akan jadi pekat dan rasa berlemak. Beliau turut berkongsi resipi asam pedas jenahak menggunakan buah keras. Cubalah…
Resipi asam pedas ikan jenahak, letak buah keras
Bahan- bahan
1 ekor ikan jenahak
1-2 kuntum bunga kantan dibelah 2
4-5 helai daun limau purut (buang urat)
2 biji tomato dibelah 4
1 sudu besar pes asam jawa
1 genggam asam gelugor
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis
Garam secukupnya
Mushroom seasoning
Bahan kisar
3 senduk cili kisar
2 biji bawang besar
10 biji bawang putih
½ inch lengkuas
1½ kunyit hidup
1 inch halia
2 inch belacan bakar
5 biji buah keras
Ads
Cara memasak
1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Setelah naik bau dan pecah minyak bolehlah masukkan air, asam jawa dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila sudah mendidih masukkan ikan jenahak, bunga kantan dan daun limau purut.
Ads
4. Biarkan ikan mendidih sekali lagi atau biar sehingga ikan masak. Kemudian masukkan kiub ikan bilis, tomato dan perisakan dengan garam dan mushroom seasoning.
5. Gaul rata dan siap untuk dihidang!
Ads
TIP: Nama pun asam pedas jadi lauk mestilah rasa masam dan pedas. Jangan takut-takut untuk letak asam jawa atau asam gelugor banyak.
INFO: Buah keras adalah sejenis kacang yang boleh menghasilkan minyak sendiri dan banyak digunakan dalam masakan berkuah sebagai pemekat.
Dah dekat nak raya nanti mesti akan sibuk nak bersihkan rumah pulak. Salah satu yang kena bersihkan dah tentulah sawang kat siling dan juga habuk tebal yang melekat kat kipas.
Nak bersihkan bahagian ini biasanya kita kena pakai tangga dan cari pula penyapu atau kain lap. Kena turun naik berulang kali untuk bersihkan.
Tapi ada saja cara mudah nak bersihkan sawang dan habuk pada siling dan kipas ini. Terutama kalau gayat naik tangga. Caranya guna Microfiber Extendable Feather duster ini.
Nampak macam pendek tapi sebenarnya panjang. Boleh tarik sampai cecah siling dan kipas.
Kalau nak bersihkan kipas bahagian pembersih habuk ini juga boleh dibengkokkan. Jadi senang nak bersih bilah kipas. Cuma bengkokkan dan tarik panjang pemegang. Nak bersihkan rak yang tinggi atau aircond pun pun guna duster ini. (Klik SINI untuk link di Shopee)
Nak bersihkan sawang yang melekat dekat siling pun mudah. Cuma kalau siling rumah terlalu tinggi, kena pakai kerusi juga. Kalau siling biasa boleh saja guna pemegang yang ada.
Lagi satu bahagian pembersih habuk ini jugak ada fungsi elektrik statik, jadi habuk tak terbang. Kalau kotor boleh basuh dan keringkan.
Ada alat ini senang terutama kalau nak bersihkan rumah papan kat kampung. Boleh bersih dinding kayu bahagian yang tinggi sekali. (Klik SINI untuk link di Shopee)
Kalau tengok review di Shopee, ramai yang beri 5 star tanda puas hati. So bolelah beli harga pun tak sampai RM20.
Kereta rosak di tengah jalan atau tengah highway yang sibuk? Bagi yang pertama kali mengalaminya pasti akan panik.
Kalau kereta rosak hingga tak boleh bergerak, jawabnya memang kena panggil lori towing atau kereta tunda. Tapi khidmat ini biasanya mahal, makan beratus-ratus ringgit juga, nak baiki kereta lagi! Duduk tepi jalan pun boleh pening kepala dibuatnya memikir duit yang akan melayang.
Tapi sebenarnya kita tak perlu pun keluarkan duit untuk menggunakan perkhidmatan towing ini. Ada saja yang percuma dan cara tersebut dikongsi oleh Farhan.com melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya sekiranya kereta rosak di tengah jalan berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan khidmat towing percuma.
Dalam pada itu beliau juga berkongsi langkah selamat yang perlu dilakukan sementara menunggu lori towing tiba.
1. Berhenti di laluan kecemasan, buka lampu kecemasan dan bonet belakang. Letak juga segi tiga kecemasan di belakang kereta .
2. Kemudian lihat bahagian belakang road tax, ambil nombor telefon insuran yang tertera.
3. Cari tempat yang selamat dan hubungi nombor telefon insuran tadi. Mereka akan bertanya bebeberapa soalan sebelum menghantar lori towing dan ervis ini adalah percuma.
Tambah Farhan lagi semasa menunggu lori towing pastikan kita tidak duduk di dalam, di depan atau di belakang kereta yang diletakkan di lorong kecemasan. Ia untuk mengelakkan risiko dirempuh oleh kenderaan lain. Sebaiknya cari tempat selamat jauh sedikit dari kereta untuk menunggu.
Dalam mata pelajaran Matematik, sifir memang cukup penting. Mahu tak mahu memang kena hafal kalau tak susah untuk anak membuat penyelesaian kira-kira.
Bagi anak-anak yang lemah matematik kerana tak hafal sifir boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Mohamad Hakim yang juga guru Matematik sendiri.
Sebenarnya ada banyak cara dan tip dalam aktiviti penghafalan sifir. Cumanya kali ini aku nak kongsikan langkah-langkah yang aku praktikkan untuk anak murid di sekolah. Ianya berkesan!
Tetapkan masa. Baca sifir secara kuat berpandukan buku tulis dan sifir yang ada. Ulang dalam 5-6 kali. Oh ya, mungkin ada yang akan bertanya, cara mana yang lebih berkesan.
1 x 2 =2
atau
2 4 6 8
Bagi aku mana-mana cara pun tak ada masalah. Mana-mana pun boleh. Tapi aku lebih suka yang hafal jawapan terus. Ia mengecilkan skop nombor bagi sesuatu sifir.
Selepas beberapa minit, sifir ni mesti ditulis semula. Ia sebagai aktiviti pengukuhan. Terjemahkan apa yang sudah dihafal tadi. Masa ni lah nak tunjuk power dengan kawan-kawan.
Boleh gunakan cara segi tiga atau baris ke bawah terus. Kalau aku, aku buat segi tiga dulu kemudian baru baris ke bawah.
Cari pasangan. Seorang baca dan seorang lagi semak kemudian saling bertukar peranan. Bila murid semak, dia akan alert dengan jawapan rakan. Bila dia yang baca, dia akan alert dengan jawapan sendiri. Membantu untuk hafal sebenarnya.
Kemudian, panggil dua-dua ke hadapan. Seorang-seorang baca. Salah, dua-dua kena hukum. Jadi, mereka hafal sifir bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk elak rakan dari dihukum.
Banyak jenis latih tubi yang ada. Antaranya aku suka buat pertandingan. Rujuk pada gambar, aku panggil seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Lawanlah siapa cepat dan betul.
Budak-budak ni kalau bertanding kalian faham-faham sahajalah. Teruja dia lain macam sampaikan boleh bergaduh. Tak apa. Yang penting semangat tu mesti ada. Membantu bukan?
Oh ya, kalian juga boleh gunakan latihan mentalis yang aku dah buat tu. Berkesan!
Jangan banyak sangat sifir dalam satu hari. Paling banyak 1 sifir untuk 1 hari. Lagi bagus 1 sifir 1 minggu. Jangan 1 tahun 1 sifir dah lah. Lambat!
Budak-budak ni suka show off. Bagi aku tak salah kalau benda ni boleh bantu mereka untuk hafal sifir. Tapi bila dah janji memang tak boleh buat main. Dimarahnya aku balik sebab tak panggil diorang baca sifir di tapak perhimpunan.
Cuma cara aku, aku akan inform mereka pagi tu tanpa pengetahuan orang lain yang dia akan dipanggil. Aku nak dia bersedia dan tak nak isu memalukan di hadapan nanti.
Yang ni paling membantu. Masuk sahaja ke Tahun 6, aku bakar line. “Murid tahun 3 pun dah hafal sifir 8. Tak kan kamu tak boleh. Mesti boleh!”
Tercabar lah beb. Haha. Satu hari nanti aku nak buat pertandingan sifir antara kelas. Biar mereka teruja!
Setiap hari aku tinggalkan pesan akan pentingnya sifir. Sambil mandi tu, kamu baca lah sifir. Sebelum tidur, baca. Dalam kereta pun boleh baca. Dengan harapan supaya mereka baca sifir dimana pun mereka berada.
Ini sebagai catalyst dan ianya sangat berkesan. Kalian letak sahaja rotan di sisi. Pasti membantu! Bila salah jawapan tu, hayunkan sedikit rotan tu. Haha.
Zaman kita dulu-dulu puas dah kena rotan dan marah ni. Hasilnya, sampai sekarang sifir dalam ingatan. Bukan sifir sahaja, tetapi momen disebat juga pasti akan dikenang sampai bila-bila. ….
Ini antara langkah-langkah yang aku guna. Semoga ianya membantu.
Bagi aku, murid yang dah hafal sifir, dia akan bergerak laju dalam menyelesaikan satu-satu soalan matematik.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...