Kena letak kereta bawah panas terik, kemudian bila nak masuk dia punya panas memang bahang! Ini situasi biasa yang kita hadapi setiap hari bila masuk kereta tengah hari.
Tapi ada cara untuk kita kurangkan bahang bila meletak kenderaan di bawah panas terik. Memang ada tersedia dalam kereta cuma kita saja tak gunakannya. Caranya buka flap air cond bila parking tengah panas.
Tip kurangkan bahang dalam kereta bila parking bawah panas terik
1. Tutup flap aircond bila memandu
Flap aircond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk (rujuk gambar atas).
Sewaktu memandu pastikan tutup flap aircond kereta. Ini berfungsi agar pengudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.
Ads
2. Tapi bila parking kereta pastikan flap aircond dibuka
Sewaktu parking di tempat panas, tidak berbumbung buka flap aircond (seperti gambar di bawah), jangan tutup.
Biarkan terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta. Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas.
Ads
Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk curi kereta kan?
3. Buka flap air cond seketika lepas masuk kereta
Lagi satu bila dah masuk dalam kereta yang di parking bawah panas terik jangan terus tutup flap air cond, sebaliknya biarkan seketika. Kemudian barulah ditutup.
Ads
Biarkan angin luar masuk dalam kereta untuk kurangkan panas. Fungsi ini akan bantu turunkan suhu dalaman kereta dengan gantikan dengan angin baru. Bila dah kabin kereta dah mula sejuk, barulah tutup flap aircond untuk fungsi ‘kitaran dalam’.
Ini akan bantu sistem air-con anda berfungsi dengan lebih baik kerana hanya perlu menyejukkan angin yang separa sejuk berbanding angin luar yang panas. Secara langsung dapat mengurangkan pengguna bahan api.
Ketika ini banyak kediaman yang menggunakan batu bata hiasan ataupun decorative bricks mahupun stone verner untuk mencantikkan lagi kediaman, sama ada dalam atau luar rumah.
Namun bagi memastikan kesan rustik dari penggunaan batu ini ini kekal cantik, berkilat dan nampak mewah ada tip penjagaan yang perlu dilakukan. Tip ini dikongsi oleh アリフ モクタル.
Tip untuk jaga stone verneer atau decorative bricks (boleh juga facing bricks)
Gunakan Glass Finish Topcoat ini (acrylic base atau special blend untuk jenama bricks) untuk:
Naikkan warna semula jadi bata (seperti red bricks). Warna akan jadi lebih ‘deep’, ‘darker’ dan evergreen.
2. Kesan berkilat atau glossing effect. Nampak ‘mewah’ sikit.
3. Waterproofing, untuk mengelakkan air hujan/ lembapan masuk ke celah-celah rekahan grouting atau liang-liang bricks (porousities). Lapisan pertama kena sapu topcoat pada semua bahagian, liang-liang, rekahan antara bata dan grouting. Guna berus dan roller.
Water repellent effect
4. Kalis kotoran / stain proofing, untuk mengelakkan kotoran (air hujan dan tanah) yang merecik kepada bata melekat. Hanya dengan sembur air senang hilang kotorannya. Lumut pun susah nak lekat atas permukaan yang telah ‘coat’.
Beza uncoated dengan gloss coated (2 layers). Yang tak coated (tiada gloss effect) sudah berumur 4 tahun. Yang baru coated baru sebulan dinaikkan (outdoor stone table) dan terus coat.
INFO
Pastikan sapu minimum 2 lapisan dan dibuat ketika cuaca kering dan panas, minimum 30-60 minit tempoh pengeringan antara coating pertama dan coating kedua.
NOTA: Saya adalah DIY Guy, bukannya professional, cuma berkongsi apa yang saya telah buat, dan hasilnya memuaskan.
Selama tempoh PKP ini hampir semua rakyat duduk di rumah. Kalau semua ada di rumah faham-faham sajalah dengan penggunaan elektrik.
Kipas, lampu, tv mungkin sepanjang masa. Itu belum masuk lagi penghawa dingin, gajet yang mungkin digunakan lebih daripada 12 jam sehari. Boleh jangka bil nya nanti.
Tapi berita baiknya, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan sebelum ini pengguna kediaman juga diberikan diskaun untuk bil elekrik.
Malah boleh dapat diskaun sehingga 50 peratus! Ya, tapi ada syaratnya! Kita kena usaha untuk turunkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. Lagi sikit penggunaan, lagi banyak diskaun dapat.
Kadar diskaun bergantung pada jumlah penggunaan
Berikut adalah kadar diskaun yang akan diperoleh pengguna domestik/kediaman berdasarkan TNB
Jumlah Penggunaan Sebulan
Kadar Diskaun
0-200 kWh atau sehingga RM43.60
50%
201 hingga 300 kWh atau RM43.70 sehingga RM77
25%
301 hingga 600kWh atau RM77.10 sehingga RM231.80
15%
Lebih dari 600kWh atau RM231.90 dan ke atas
2%
Pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk mendapatkan diskaun ini. Ia diberikan secara automatik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September.
Hujung minggu ni ramai yang dah nak balik kampung untuk sambut raya. Salah satu masalah kaum wanita terutama sekali jika sudah berkeluarga ketika hendak pulang ke kampung atau bercuti dalam tempoh lama adalah untuk mengemaskan barang.
Sering terjadi barang yang perlu dibawa tidak cukup untuk dimasukkan di dalam beg walau pun beg dah besar. Sudahnya kita akan bawa beberapa biji beg untuk pulang ke kampung. Itu baru nak letak pakaian, belum masuk lagi kuih raya dan alatan lain.
Boleh ikut cara packing ini
Agar semua barang yang diperlukan boleh dibawa bersama walaupun banyak, anda mungkin perlu mengikut cara packing yang cepat lagi efisyen oleh Rachel Grant ini.
Pelakon dan bekas Gadis Bond ini telah memuat naik video di Youtube memaparkan cara menyimpan dan memasukkan 100 barang sebahagian besarnya adalah pakaian serta keperluan wanita lain dalam sebuah beg travel yang kecil.
Antara caranya adalah dengan mengumpul dan memasukkan beberapa barang dalam zip lock dan bekas khusus sebelum disimpan di dalam beg.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...