
Baik bekerja atau masih belajar kebanyakan kita akan melakukan tugasan menggunakan komputer riba atau laptop. Untuk melancarkan kerja, sebolehnya laptop mesti dalam prestasi yang baik.
Jika prestasi peranti ini perlahan atau lembap, kerja kita pun jadi lambat. Kadang-kala bila dah perlahan sangat boleh buat kita hilang sabar.
Masalah laptop lembap ini kebiasaannya dikaitkan dengan ruang storan yang sudah penuh atau laptop tersebut telah ‘dijangkiti’ virus, spyware dan malware. Bagi yang sedang hadapi masalah ini boleh cuba tip mudah yang dikongsi oleh @dayangverycantik di TikTok untuk melajukan semula laptop.
Caranya buat 3 langkah ini;
1. Cuma tekan butang Windows & huruf R di keyboard.
2. Taip %temp% dan tekan OK
3. Select all file dan delete semuanya. Siap
Untuk lebih jelas boleh lihat video yang dikongsi oleh beliau.
@dayangverycantik Hack part 3!! #student #studentlifehack #fyp ♬ original sound – xxtristanxo
Mudah saja kan! Boleh cuba ya.
Sumber: @dayangverythecantik
Subscribe juga YouTube Vanilla Kismis untuk video menarik
Kalau Nak Bayam Brazil Yang Ditanam Daunnya Lebar Dan Gemuk, Buat 2 Tip Ini!

Bayam Brazil ini antara pokok sayur yang banyak ditanam di kediaman sejak diviralkan dulu. Tambahan pula ia mudah dijaga dan cepat untuk dituai. Tapi tak semua yang tanam sayur ini dapat hasil yang diinginkan.
Ada yang pokoknya kurus dan daunnya kecil. Supaya bayam Brazil yang ditanam daunnya gemuk dan lebar boleh ikut info yang dikongsi oleh Alin Lin ini. Selalu berkongsi tip bercucuk tanam melalui pengalaman beliau, ini adalah soalan yang selalu diaju soalan-soalan ini tentang bayam Brazil.
1. Macam mana nak bagi pokok bayam ni besar dan lebar daunnya?
Bayam ini suka air. Banyak air tanah lembab dan cukup baja daunnya memang besar. Ini dua tip untuk dapat hasil daun yang lebar dan gemuk.
2. Kenapa saya tanam daun kecil daun kuning?
Sebab terlalu panas dan kurang air
3. Kenapa saya tanam pokoknya tinggi dan tak rendang?
Sebab tak dipotong, bila pokok bayam sedia untuk di tuai keratlah batangnya nanti akan tumbuh tunas yang baru.
4. Baja apa yang sesuai untuk pokok bayam ni?
Baja daun.
5. Bolehkah saya tanam di tempat yang redup?
Boleh jika ada cahaya matahari pagi dan redup sebelah petang. Daunnya lagi cantik dan hijau.
Tip supaya bayam brazil mudah merebak, segar & tahan lama
Bayam Brazil juga cantik dijadikan hiasan kerana bentuk daunnya yg beralun dan nampak segar. Bayam Brazil juga boleh ditanam dalam pasu akan tetapi sampai tahapnya bila akar mula penuh bolehlah cabut dan tanam semula kerana akarnya tak dapat berkembang dan daun menjadi kecil.
Begitu juga jika ditanam atas tanah bila sampai satu tahap ia sering dipotong daunnya juga akan mengecil cuma jangka hayat di atas tanah lebih lama berbanding di dalam pasu. Tanam di atas tanah lebih mudah merebak, lebih, besar, segar dan tahan lama.
Semoga bermanfaat
Sumber: Alin Lin
Cara Basuh Beras Yang Betul Untuk Kurangkan Kandungan Arsenik Dalam Nasi

Isi Kandungan
ToggleKita makan nasi hampir setiap hari, kadang kala 2-3 kali sehari. Tapi ramai yang belum maklum bahawa dalam nasi yang kita makan itu mengandungi unsur arsenik yang yang juga dikenali sebagai racun.
Ia hadir secara semula jadi semasa proses penanaman namun begitu ia juga berisiko kepada kesihatan kita. Pengambilan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser, pengakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut dan banyak lagi.
Salah satu cara supaya kita tidak terus mengambil arsenik dalam nasi ini adalah dengan menggunakan kaedah memasak nasi yang betul. Paling penting mengamalkan cara basuh beras seperti yang dikongsi oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Cara masak nasi kurangkan kandungan arsenik
Saya masak nasi dengan kaedah kukusan, untuk kurangkan kandungan arsenik dalam nasi. Arsenik ni sejenis elemen semulajadi yang ada pada air, tanah, udara, haiwan dan tumbuhan. Ada jugak arsenik buatan yang digunakan dalam racun serangga untuk tanaman.
Dalam beras, hampir 10 – 20 kali lebih banyak arsenik berbanding bijirin lain sebab beras terendam dalam sawah padi, sentiasa bertakung dengan air. Ada jugak yang disembur dengan racun serangga dari arsenik buatan.
Menurut WHO, jika kita terdedah dengan arsenik dalam tempoh yang lama, ia boleh menyumbang kepada penyakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut, kanser dan juga masalah neurologi. Antara simptom lain, sakit perut, sakit kepala dan cirit-birit.
Kita makan nasi hari-hari. Kalau cara pemilihan, pengendalian beras dan cara memasak yang betul kita amalkan, insyaAllah dapat kurangkan kandungan arsenik dalam nasi untuk keluarga kita makan.
Setiap jenis beras ada kandungan arsenik yang berbeza. Padi yang ditanam di kaki bukit contohnya padi beras basmati, kandungan arsenik nya kurang berbanding padi di sawah yang ada takungan air. Sebab air membanjiri padi setiap masa di sawah, maka kandungan arsenik makin tinggi.
Basuh beras kena betul
Saya kongsikan cara kendalikan beras supaya kandungan arsenik berkurang dalam nasi yang kita dan keluarga makan di rumah.
1. Basuh beras sampai air basuhan jernih
– Basuh, basuh dan basuh sampai jernih. Sambil selawat, tak sedar pun dah 4 5 kali basuh.
– Arsenik ni larut air, makanya lagi banyak ia tersingkir jika kita basuh berkali-kali.
– Nutrisi memang akan hilang sedikit bila kita basuh beras banyak kali, tapi singkir arsenik lebih penting untuk kita utamakan.
2. Rendam beras
– Rendam beras semalaman mampu kurangkan kandungan arsenik lebih banyak berbanding hanya dibasuh berkali-kali.
– Boleh rendam malam sebelumnya, dan kurangkan portion air waktu masak nasi esoknya.
3. Lebihkan air sewaktu memasak
– Gaya yang kebanyakan atuk nenek kita dulu-dulu tanak nasi. Mereka lebihkan air waktu tanak nasi, bila nasi dah hampir nak masak, buang air yang berlebihan, dan masak macam biasa.
– Kajian menyatakan jika kita masak dengan porsi beras dan air sebanyak 1:5, kandungan arsenik dapat berkurang sampai 50 peratus tau.
– Guna air yang banyak masa masak nasi, dan kita buang air larutan arsenik tersebut.
4. Rendam beras, basuh berkali-kali dan lebihkan air sewaktu memasak
– Buat ketiga-tiga step yang saya kongsi di atas tadi.
– Ini cara paling terbaik untuk kurangkan kandungan arsenik hingga mencecah 80 peratus.
Dengan cara masak begini kanji dari nasi akan keluar bersama-sama melalui air. Nasi kita akan kurang kanji dan akan rendah Glycemic Index (GI).
Saya kongsikan 4 cara kita nak kurangkan arsenik dalam nasi yang keluarga makan. Tak semestinya perlu buat semua. Kalau dapat buat 1 je pun, cukup syukur dah kan.
Kadang tak sempat rendam beras, berkejar nak masak. Takpe, basuh je sampai air jadi jernih pun dah dapat kurangkan sedikit kandungan arsenik.
Yang penting kita ada usaha untuk masak nasi yang terbaik buat keluarga. Sama-sama kita cuba ya, insya-Allah.
Semoga bermanfaat
Sumber: Dr Mazliana Mazlan
Kenali Beza EDP, EDT & Eau De Cologne Sebelum Beli Minyak Wangi

Isi Kandungan
Toggle
Ketika memilih minyak wangi korang tentu perasan perkataan dalam bahasa Perancis yang tertera pada botol. Wangian yang dipilih itu deskripsinya mungkin salah satu dari empat kategori minyak wangi ini iaitu parfum, eau de parfum (EDP), eau de toilette (EDT), dan eau de cologne (cologne).
Tapi tahu tak bezanya. Kategori ini sebenarnya menjelaskan kandungan minyak wangi dan ketahanan harumannya bila ia digunakan. Jadi sebelum beli perhatikan juga perkara ini ya.
Parfum
Ia mempunyai ketumpatan pati minyak wangi yang paling tinggi (20-30 peratus). Wangian jenis parfum biasanya lebih tahan lama daripada yang lain. Ia boleh kekal wangi sehingga lapan jam.
Eau de parfum
Memiliki ketumpatan kedua tertinggi. Biasanya eau de parfum mengandungi 15-20 peratus pati minyak wangi. Eau de parfum biasanya boleh bertahan antara empat hingga lima jam.
Eau de toilette
Pati minyak wangi jenis ini biasanya berada di bawah 5-15 peratus jadi wangiannya akan bertahan selama lebih kurang tiga jam saja. Namun, dalam minyak wangi lelaki, eau de toilette boleh disamakan dengan eau de cologne.
Eau de cologne
Biasanya eau de cologne lebih murah daripada parfum dan eau de parfum. Ini kerana kandungan pati minyak wangi di dalamnya hanya lima peratus. Anda mungkin perlu menyemburnya kembali selepas dua jam.
Sumber : bustle.com