Tanam pokok buah tapi masalahnya tak juga berbuah walaupun dah bertahun-tahun menanti. Ada yang berbuah tapi cuma boleh dikira dengan jari.
Kalau pokok buah di rumah ada masalah ini, mungkin boleh cuba praktikkan cara yang dikongsi oleh Kak Chah ini. Mudah sangat caranya cuma tuang minyak masak terpakai. Daripada buang, kita buat baja.
Minyak masak terpakai jadi penggalak buah
Sebelum ini pernah berkongsi tip pokok mangga yang saya tanam berbuah lebat sampai patah dahan. Sehingga sekarang buahnya masih lebat.
Kali ini saya kongsi kisah anak saudara yang turut menggunakan tip saya untuk pokok jambu di rumahnya.
Alhamdulillah, pokok itu berbuah lebat yang luarbiasa dan juga hingga patah dahannya kerana menanggung berat buah itu.
Ads
Caranya;
1.Sediakan minyak masak terpakai terutama bekas goreng ikan masin, ikan bilis, atau ayam ikan. Kuantiti tak perlu banyak. Jangan guna minyak masak baru ya.
2. Korek lubang kecil pada pangkal pokok dan tuang minyak terpakai itu. Letak dalam satu atau dua senduk saja. Jangan campur air.
Ads
3. Buat petua ini seminggu sekali, insya-Allah akan nampak hasilnya.
Minyak masak terpakai yang sudah keruh ini memang tak lagi digunakan. Dulu buang dalam longkang saja tapi sekarang saya buat sebagai fertilizer penggalak buah.
Ads
INFO
Tip guna minyak masak terpakai sebelum ini saya buat pada pokok mangga. Memang berbuah lebat luar biasa hingga merunduk dahan dan ada yang patah.
Tip ini diperoleh selepas melihat video dari petani luar negara yang menggunakan cara ini sebagai fertilizer. Minyak ini ditanam dalam jarak 2-3 kaki dari batang pokok. Daripada dibuang dan jadi punca pencemaran, lebih baik buat begini.
Petang-petang layan churros pun sedap juga. Cuma kalau nak beli mahal sikit harganya. Lebih baik buat sendiri, lagi puas makan.
Kalau nak cuba buat ikut perkongsian dari Myra Abdul. Katanya churros yang dihasilkan dengan resepi ini memang rangup di luar dan gebu serta lembut di dalam. Kalau simpan sampai esok pun masih lembut lagi.
Cara buat churros yang rangup di luar, gebu dan lembut di dalam
Churros saya buat ni acuan nya besar. kalau panas, luar rangup, dalam gebu lembut. Dan masih lembut sampai ke esok nya.
Bahan-bahan
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A
Cara membuat:
1. Didihkan air, masuk butter, gula, garam & esen vanila. Tutup api.
2. Masukkan tepung gandum, kaup balik sampai sebati.
3. Masukkan telur , kacau juga sampai sebati.
4. Masuk adunan dalam piping bag & guna nozzle bunga.
5. Paipkan terus dalam minyak atau boleh juga paip dulu atas dulang utk dapat saiz yg sama.
Cara buat dip coklat
1. Sediakan coklat Beryl’s dan susu cair/susu fullcream
Cuaca panas macam sekarang ni kita akan lebih banyak guna aircond. Tekan saja remote dan letak pada suhu paling rendah dan letak cool mode supaya cepat sejuk.
Sebenarnya selain cool mode, kita ada satu lagi pilihan pada remote aircon iaitu dry mode. Berikut ada perkara yang perlu kita fahami tentang dry mode aircon dan bagaimana ia membantu penjimatan tenaga elektrik, selain elakkan kita selesema.
Tip ringkas aircond
Selalunya pengguna aircond terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode. Betul tak?
Biasanya pada alat kawalan jauh dry mode ditunjukkan dengan lambang titisan air manakala cool mode dengan lambang empingan salji.
Untuk penjimatan tenaga yang efisen, kita digalakkan untuk guna dry mode kerana untuk mod ini kompressor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.
Sensor akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara. Dan yang paling penting kita pun tak mudah selesema.
Bunga kantan antara yang selalu kita guna dalam masakan. Harga pun boleh tahan mahalnya. Jadi kalau kerap menggunakannya elok juga tanam sendiri di sekitar rumah.
Bagi yang nak cuba tanam pokok kantan ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Ibrisam Wossali. Cara yang dipraktikkan ini katanya bukan saja membolehkan pokok kantan yang ditanam hidup subur tapi juga tak pernah putus berbunga.
Tip pokok kantan yang ditanam tak putus berbunga
Pokok kantan saya ni memang rajin berbunga. Tak pernah putus berbunga. Seawal umurnya hampir setahun lepas tanam dah belajar berbunga.
Saya dapat tunjuk ajar dan petua menanam pokok kantan ni dari seorang rakan berkebun.
Mengikut pengalamannya nak tanam pokok kantan kena kawasan 100% kena cahaya matahari.
Sediakan lubang tanaman dengan tanah campuran baja organik. Biarkan seminggu lebih.
Selepas seminggu lebih, boleh tanam rizom kantan ataupun anak pokok kantan yang dah ditanam dalam polibeg terlebih dahulu.
Selepas tanam, buat sungkupan di sekeliling perdu pokok. Bertujuan mengekalkan kelembapan tanah. Siram dua kali sehari.
Bila pokok dah besar sikit beri baja NPK hijau ataupun baja kopi. Waktu ini kena selalu tabur serbuk kulit telur. Serbuk kulit telur ini menjadi baja kepada pokok kantan.
Alhamdulillah saya ikut caranya seperti yang diajar. Setelah hampir setahun pokok kantan saya berbunga buat pertama kalinya.
Sampai sekarang dah hampir 3 tahun pokok kantan saya tak pernah putus berbunga. Itulah rahsianya saya selalu tabur serbuk kulit telur dan beri baja NPK biru.