Tidak lengkap masak rendang tanpa adanya daun kunyit. Dan biasanya kita akan beli dalam kuantiti banyak.
Namun hanya menggunakannya sehelai dua sebagai penambah rasa dalam masakan. Dan lebihan daun kunyit yang disimpan pula akan menjadi kuning dan layu menyebabkan dibuang begitu sahaja.
Ads
Simpan dalam zipper bag.
Tetapi sebenarnya ada penjagaan tertentu bagi memastikan daun kunyit tahan lama dan tetap segar walaupun sudah berminggu-minggu menyimpannya.
Jadi selepas ini jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan.
Ads
Tip Daun Kunyit Kekal Segar & Tahan Lama
Bahan diperlukan Zipper bag
Rahsia daun kunyit kekal segar.
Cara membuatnya:
1. Bersihkan daun kunyit dengan menggunakan air. Biarkan kering.
2. Hiris halus-halus.
Dihiris halus.
3. Masukkan ke dalam zipper bag dan simpan dalam peti sejuk beku.
4. Jika memerlukan daun kunyit untuk masak, keluarkan dan rehatkan pada suhu bilik sehingga ais pada daun itu cair.
Nak bercucuk tanam tapi malangnya tanah di laman rumah pulak keras atau tanah merah yang nak cangkul pun susah. Kalau macam ni memang tak hiduplah tanaman.
Jika keadaan tanah macam ini, jangan putus asa. Masih ada harapan untuk pulihkan tanah ini jadi gembur supaya sesuai untuk bercucuk tanam.
Boleh cuba petua yang dikongsi oleh Zawiyah Mohid. Caranya tanam kacang tanah!
Awalnya tanah merah, cangkul pun payah
Alhamdulillah, cuba menanam kacang tanah tepi rumah, bila timbang dapatlah sekitar 6 kilo. Cukuplah makan anak beranak.
Kenapa saya tanam kacang tanah? Sebabnya ialah untuk pulihkan tanah agar gembur. Tanah di rumah ni merah awalnya sangat keras, apa lagi bila tak hujan. Memang jadi macam batu.
Waktu awal menanam saya terpaksa cangkul tanah keras setakat ada sedikit lekuk pada tanah, kemudian atas lekukkan itu saya bubuh tanah bakar hitam agar benih boleh bercambah dan tumbuh dengan elok.
Kalau tak letak tanah hitam, harus benih tak mahu tumbuh sebab keadaan tanah sangat keras.
Akar kacang tanam akan buat ‘kerja’ gemburkan tanah
Saya buat sebab saya teringat pesan orang tua saya, katanya kalau nak gemburkan tanah dan nak bagi tanah elok, hidup maka tanam kacang tanah.
Nanti akar-akar pokok kacang tanah tu buat “kerja” untuk pulihkan tanah agar gembur. Tak tau apa kelebihan pada akar kacang tanah tu.
Tapi memang betul, lepas saya cabut pokok-pokok kacang, tanah jadi gembur dan mudah nak cangkul. Saya nak tanam yang lain pun akan jadi mudah nanti.
Boleh amalkan petua ini ya kalau tanah di rumah macam ini. Selamat mencuba!
Bendi antara sayuran yang selalu ditanam di rumah, kerana mudah. Dalam polibeg pun boleh dan hasilnya tetap subur dan gemuk, jika ikut penjagaan yang betul.
Bagi yang nak cuba tanam dalam polibeg boleh ikut cara ini.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polibeg
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
Pilih benih berkualiti.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
Semaian bendi.
5. Letak di tempat redup tetapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Pindahkan ke polybag.
Tip pokok rendah, dan berbuah
Kalau mahu berbuah rendah dan berbuah, pangkas pucuknya. Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.
Sejak akhir-akhir ini aktiviti berbasikal menjadi satu trend dan pilihan riadah paling popular.
Malah kebanyakan dari mereka menunggang basikal secara berkumpulan dan menjadi aktiviti wajib bagi setiap minggu.
Aktiviti berbasikal semakin popular.
Namun begitu, timbul isu apabila sesetengah penunggang basikal ini terdedah bahaya di mana mereka berkayuh di jalan raya sesak hingga mengganggu pengguna jalan raya lain.
Terpanggil dengan isu ini, jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang memberi teguran dan nasihat berguna kepada ahli berbasikal lain.
Menurutnya, dia melihat melalui video dikongsikan ada segelintir yang berkayuh di jalan raya secara tidak mengikut peraturan dengan melanggar lampu isyarat dan sebagainya.
Tambah Azizul, jalan raya bukan tempat seperti bermain saidina, apabila tersilap boleh ulang semula.
Sebaliknya dia turut memberi ingatan agar mereka yang melakukan kayuhan sosial, untuk kesihatan atau secara kompetitif agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.
Sentiasa patuh peraturan jalan raya.
Azizul juga berkongsi beberapa tip sangat berguna bagi mereka yang menggemari sukan berbasikal ini untuk mengurangkan risiko kemalangan.
1. Kalau boleh rapat dengan line jalan, cuba untuk tidak ke tepi dan ke tengah macam zig-zag.
Kalau boleh pilih tempat kayuhan yang selamat dan kurang kesesakan kenderaan lain. Apabila berkayuh, kalau boleh rapat dengan line jalan, cuba untuk tidak ketepi dan ketengah macam zig-zag. Apabila berkayuh dalam group kecil, buat satu line panjang sahaja dan boleh buat swap turn.
2. Jangan lupa beri isyarat untuk ingatan pada rakan di belakang
Begitu juga dengan kayuhan dalam group besar, buat dua line dan cuba untuk rapat dengan bahu jalan. Apabila hendak membelok, pastikan anda memberikan isyarat tangan, sama juga apabila ada lubang atau halangan diatas jalanraya, jangan lupa untuk beri isyarat supaya tidak jadi apa-apa pada rakan di belakang, seperti terjatuh dan lain-lain.
3. Lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang
Kalau bercadang untuk berkayuh dalam group yang besar, adalah lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang. Ini boleh elakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
4. Tolong berhenti apabila lampu merah.
Paling penting sekali, tidak kiralah sewaktu tengah cruising ke, tengah high speed ke hatta tengah memecut dan sedang membayangkan anda adalah Peter Sagan tak pun Celeb Ewan, tolonglah berhenti apabila lampu merah. Tidak rugi satu sen pun kalau timing anda slow ke, tertinggal dari group ke ataupun yang jenis concern data-data powermeter tak pun strava ini ke, apa yang penting nyawa anda tidak melayang.
Gambar sekadar hiasan.
4. Tolong respect pengguna jalan raya yang lain
Yang terakhir, tolong respect pengguna jalan raya yang lain. Mereka bayar cukai jalan dan mereka ada hak yang lebih berbanding kita. Bak kata omputih ‘Treat people the way you want to be treated’.
5. Jangan timbullkan kemarahan orang lain
Jangan timbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain kerana impaknya nanti semua orang kena. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Orang kalau dah marah most of the time hilang pertimbangan. Maka perlulah ada integrasi sesama pengguna yang lain seperti mana kita hidup berintegrasi sesama kaum dan bangsa di Malaysia ini.
Kod tayar kereta, kena tahu cara baca supaya tak terbeli tayar 'expired'Bagi pemilik kereta biasanya sudah tahu bila waktu untuk tukar tayar kereta. Bila...