Kalau dulu kobis kita selalu beli tak terfikir nak tanam sendiri macam tanam sayur lain.
Tapi sekarang semakin ramai yang dah cuba tanam sendiri sayur ini. Berbaloi sebab sayur ini memang kita selalu makan. Lagi satu cara penanamannya pun mudah. Kalau tanam banyak di halaman nampak cantik.
Bagi yang nak cuba tanam kobis boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsi oleh Noramira Kassim Nurul.
Ini cara saya tanam kobis
1. Sediakan tanah (boleh beli di nurseri, saya guna tanah bakar campur tanah biasa).
2. Semai biji benih dalam tray semaian, 1 biji 1 lubang (saya beli benih di pasararaya saja sebab murah).
3. Waktu semai siram pagi sahaja untuk lembapkan tanah, letak tray di tempat k tempat separuh panas.
4. Bila dah berdaun 4 helai boleh ubah ke pasu besar cuma letak tanah separuh dan bila pokok makin besar dan meninggi baru tambah tanah untuk tutup batang pokok, cepat kobis terbentuk.
Ads
5. Waktu ubah anak pokok ke pasu letak di tempat redup selama 3-4 hari supaya pokok tak layu. Selepas itu boleh letak tempat panas.
6. Siram pagi dan petang (bergantung pada kelembapan tanah) siram di bahagian batang, kalau siram dari atas kobis yang dah terbentuk, kobis jadi busuk.
Ads
7. Baja 2 minggu sekali, sukatan ikut jenis baja yang digunakan(saya guna baja tahi ayam, baja kopi dan baja npk 15.15.15 (baja-baja ini saya bubuh 2 minggu sekali ikut giliran ya bukan letak semua sekali gus).
8. Kawalan serangga seminggu sekali(saya guna cuka kayu,5ml untuk 1 liter air).
9. Dalam masa 3 bulan kobis dah terbentuk dan boleh dituai tapi bergantung juga pada cara penjagaan kita.
Tandas dan bilik air kita gunakan setiap hari. Kalau dibiar seminggu, dua minggu atau berbulan tidak dibersihkan, anda akan ‘azab’ nak mencucinya nanti. Mungkin perlu sejam untuk menyentalnya.
Supaya jimat masa dan tenaga kita boleh guna tip yang dikongsi oleh Fizan Rahman bagi membersihkan bilik air di rumah.
Tip mudah bersihkan bilik mandi dan tandas
Setiap tip yang diberikan sangat berguna untuk anda jimatkan masa membersihkan ruang yang sangat penting dalam rumah. Jom tengok.
Tip1: 5 minit setiap hari
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span atau berus dan gosok dinding, sinki serta lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
Tip 2: Tuang peluntur dan biarkan selama sejam
Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
Tip 3: Seminggu sekali bersihkan dinding dan lantai
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus
Mudah saja kan? Bila amalkan tip ini, barulah tandas dan bilik mandi sentiasa bersih. Kita pun tak perlu ambil masa lama nak basuh tandas dan bilik mandi. Senang je rupa-rupanya.
Duduk di bandar, kebanyakan rumah tak punya laman yang luas. Bagi yang minat bercucuk tanam, alternatif mereka adalah tanam dalam pasu.
Antara yang ditanam dalam pasu adalah pokok limau purut yang tak dinafikan banyak gunanya dalam masakan. Memang tak rugi menanamnya.
Tapi nak tanam dalam pasu ada cara penjagaannya supaya pokok limau subur dan sentiasa berbuah. Izham Alias berkongsi tip melalui pengalamannya.
Tip pokok limau purut tanam dalam pasu sentiasa subur
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Rahsianya adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu saya ambil dan letak dalam pasu.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Cuka kayu semestinya. Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Hampir setiap hari kita akan makan hidangan berlemak dan berminyak. Tak mustahil kolesterol pun tinggi.
Supaya tak terjadi masalah lain berkait dengan kolesterol tinggi ada baiknya kita amalkan langkah pencegahan. Lagi elok kalau guna cara semulajadi tak perlu makan ubat.
Antara caranya adalah amalkan air perapan lemon madu seperti yang dikongsi oleh Siti Hasnah AR. Seperti yang ramai maklum buah lemon dan madu itu sendiri memang banyak khasiatnya.
Cara buat stok lemon madu untuk detoks & turunkan kolesterol
Caranya
Ambil 6 biji lemon rendam sekejap bersama air dalam selama 10 minit.
2. Kemudian basuh bersih, potong nipis dan buang biji.
3. Masukkan dalam mangkuk, boleh tambah halia jika suka.
4. Masukkan 300ml madu asli, secubit garam dan 1 senduk gula perang jika suka. Jangan tambah air.
5. Gaul hingga sebati dan masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk, esok hari dah sedia untuk digunakan.
Cara penyediaan
Ambil pati lemon madu ini dalam 2 sudu besar dan tambah air panas, minum sebelum tidur tanpa gula tambahan untuk detoks dan kurangkan kolesterol. Boleh juga minum waktu pagi.
Walaupun perap dengan kulit lemon tapi rasanya tak pahit. Kulit lemon pun banyak khasiat rugi beli mahal kalau buang.
INFO
Ada yang tanya tak letak air tapi macam mana nampak penuh balang dengan air. Itu memang air semula jadi yang terhasil dari perapan ini. Sungguh tak tipu. Mungkin ada yang tak tahu bahawa lemon ada air tersendiri ciptaan Allah, bila dah gaul dgn gula dan madu maka terjadi la begitu.
Jangan bimbang ini juga tak buat kita sakit perut. Asalkan jangan minum terus air pati sampai sebalang. Itu pati ya, kena campur air.
Jika rasa nak letak lemon dan madu saja pun boleh. Jika nak letak stevia, pastikan waktu sediakan minuman, jangan perap sekali sebab boleh hilangkan khasiat stevia. Tapi sebaiknya untuk detoks dan kurangkan kolesterol amalkan tanpa gula tambahan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...