Sewaktu usia Ryan baru 3 tahun dia cukup asyik menonton review barangan permainan yang dibuat oleh kanak-kanak di saluran YouTube.
Sehinggalah sampai satu masa dia meminta ibu bapanya membuat satu saluran untuk dirinya sendiri. Melihatkan minat anak itu, ibu bapanya mengikut saja.
Video awal Ryan memaparkan dia membuka kotak Lego dan membuat binaan dan bermain dengannya. Seperti dijangka memang tiada banyak tontonan pun untuk video yang dimuat naik.
Tapi kemudian ibunya mendapat satu idea yang mana membawa rezeki mencurah curah kepada mereka. Si Ibu telah merakam video Ryan sedang bermain dengan lebih 100 mainan dari siri kartun Pixar ‘Cars’ yang diletakkan dalam satu bungkusan berbentuk telur. Video ini dimuat naik dalam dan menjadi viral.
Ads
Dari situ dia membuat satu demi satu review mainan. Kini pada usia 6 tahun dia sudah mempunyai 10 juta subcribers YouTube dan ada antara videonya telah berjaya mennarik lebih 1 billion tontonan. Ini yang menjadikan keluarga Ryan kaya raya.
Tahun lepas saluran You Tube yang dikenali Ryan’s ToysReview telah mendapat 11 juta yuran pengiklanan sekali gus menjadikan Ryan personaliti You Tube ke lapan paling berjaya di dunia.
Saluran Ryan’s ToysReview telah dihasilkan oleh keluarga anak kecil ini sendiri. Dan demi menjaga keselamatan, mereka tidak mendedahkan nama penuh Ryan ataupun nama ibu bapa dan juga tempat tinggal mereka.
Ads
Apa yang diketahui adalah ayah Ryan merupakan adalah seorang jurutera manakan ibunya pernah bekerja sebagai guru kimia di sekolah menengah sebelum mengambil keputusan berhenti untuk mengendalikan saluran tersebut secara sepenuh masa.
Setiap hari semenjak dua tahun lalu, mereka merakam dua video yang memaparkan Ryan bermain dengan barang permainan atau bercerita.
Bagi kita yang dewasa video Ryan ini mungkin tidak menarik tapi ia cukup mengujakan bagi kanak-kanak berusia antara 3 hingga 7 tahun.
Melalui facebook, seorang penulis, Khairul Hakimin Muhammad berkongsi mengenai tip untuk menguatkan memori bagi kanak-kanak berusia 7 hingga 13 tahun. Hal ini sebenarnya amat penting untuk membina jati diri bagi seseorang individu.
Jom kita lihat 10 tip yang dikongsikan.
Kanak-kanak mesti ada tidur yang cukup, 8-10 jam sehari. Boleh minta mereka dapatkan masa tidur sekejap pada waktu tengah hari (30-45 minit) kemudian tidur malam seperti biasa pada 9 malam hingga 6 pagi esok. Tidur siang (waktu tengah hari tersebut) akan memberi cas tenaga yang kuat kepada mereka.
Untuk menguatkan minda dan otak, makanan yang bagus ialah badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan. Dikatakan, sekiranya ia memberikan daya mengunyah kepada anak-anak semasa makan, terutama menjamah buah-buahan, ia akan meningkatkan oksigen ke kepala dan membantu menaikkan fokus dan perhatian.
Wajib memberikan waktu mereka bermain di luar setiap hari dengan minimum 30 minit per sesi. Sekiranya anak-anak tidak bergerak dan sentiasa duduk atau baring melihat tab atau telefon bimbit, pergerakannya terbatas dan menyebabkan mindanya tidak aktif untuk memproses data untuk diingat.
Dr. Eelco V. Van Dongen dari Radbound University mengatakan pergerakan anak-anak akan menyebabkan sel otak bergerak dan sentiasa menjana dunia kreatif dan aktif. Ia akan membantu otak bekerja untuk membuka kompartment memori dengan lebih banyak.
Beri anak-anak masa yang tenang semasa mahu ke sekolah, bersukan, makan, menonton tv, belajar, dan semasa mahu tidur. Tak boleh biarkan anak-anak melalui semua aktiviti itu dengan stress atau dalam keadaan baru dimarahi. Jika tidak, otaknya akan cedera dan mereka akan hilang fokus.
Sentiasa duduk dengan anak minimum 30 minit sehari untuk buka semua buku yang beliau belajar pada hari tersebut sekadar untuk ulangkaji dan ulang semula apa yang dipelajari di sekolah.
Feeding anak-anak dengan pembacaan dan permainan yang ada huruf dan nombor supaya mereka ingat perkataan dan kira-kira. Perbanyakkan game seperti membaca plat kereta apabila di dalam kenderaan dan membuat matematik mudah seperti mengira berapa jumlah orang yang menyeberangi jalan dan sebagainya.
Jika anak-anak membuat silap, tegas dan didik supaya dia tidak ulangi. Jika hanya marah dan membebel membabi buta, anak akan lupa dan akan buat lagi dan lagi. Buat simulasi dan beri dia peluang belajar supaya perkara itu jadi pelajaran besar buatnya.
Sesekali (2 kali seminggu), minta anak-anak kita membaca dengan mendengar suara sendiri. Ia akan mengasah otak supaya bekerja dengan relaks dan kool. Apabila kita sendiri mendengar apa yang kita baca, ia akan lebih mudah diingati.
Sekiranya anak-anak penat, minta dia tidur. Tak perlu paksa untuk dia lawan. Biasanya melawan arus akan menjadikan memorinya terjejas dan dia akan berterusan penat hingga akhirnya merosakkan keupayaan dia untuk berfikir kreatif.
Bercakap dengan bahasa yang dia faham, dan biasanya mereka ini perlu diberi gambaran. Sekiranya dia tidak faham, maka penjelasan kepadanya perlu visual, ringkas dan padat. Tak perlu guna perkataan bombastik untuk beri anak-anak daya fikir yang luar biasa. Anak-anak adalah sama sahaja, yang membezakannya ialah bagaimana kita layan, kita berkawan dan cara kita menjawab soalannya.
Semua yang di atas adalah dari:
– Jennifer Heisz, McMaster University.
– BrainLab.
– Amanda Morin, Understood.org.
Berat badan susah nak turun, ini keluhan biasa untuk ibu baru bersalin terutama yang bersalin secara pembedahan atau caesarean.
Ada yang ambil masa setahun untuk dapat berat badan asal dan ramai juga tak dapat dah bentuk badan dulu. Cutting lari habis.
Tapi ibu ini lain pula, setel pantang 44 hari dari berat 83kg dia berjaya dapatkan bentuk badan langsing 43kg.
Tak lokek ilmu, Sahira Lim berkongsi amalan berpantang yang dipraktikkan, sesuai untuk ibu yang bersalin secara caesarean yang tak dapat berbengkung.
Berpantang ni memang remeh tapi kalau nak cantik kenalah buat ya! Jom ikuti perkongsian Sahira Lim.
Haa meh mama syaurah pulak nak share cara mama syaurah berpantang dari berat 83kg-43kg dalam tempoh berpantang dan memang terbaik untuk wanita yang bersalin secara ceaser amalkan.
Untuk anda kembali ramping, perut kemas, pinggang ramping, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, mama tidak sembelit . Luka baik cun punya dalam tempoh 44 hari berpantang !
Sepanjang tempoh anda berpantang. Sila lakukan perkara penting yang akan beri kesan jangka panjang dan untuk seumur hidup anda!
Dalam erti kata lain perbuatan yang boleh sebabkan badan masuk angin / badan kembang / badan sentiasa sakit. Perkara ini ibu jangan buat lagi.
Ini tip berpantang keturunan Ira, keturunan Ira umur 60 muka nampak muda remaja, semua sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping dan sihat walaupun dah tua.
Alhamdulillah anak dah berusia 2 tahun 1 bulan Ira masih mampu fully bf tanpa miss sehari pun .
Ini tips berpantang ira! Boleh amalkan . Nak share pun boleh!
Bagi yang dah terlepas pantang ni anak baru nanti mulakan semula in sha Allah badan luaran dan dalaman boleh kembali muda remaja semula! Goodluck!
Dalam keseronokan nak menyambut Aidilfitri di kampung di rumah ibu ayah kita ramai yang terlepas pandang tentang bajet raya. Meski beraya di kampung takkanlah nak biarkan mak ayah kita menanggung segala perbelanjaan selama kita berada di sana.
Belanja ini bukan sedikit yalah bila dah ramai keperluan makanan dah tentu banyak, itu belum masuk hidangan untuk tetamu, dan juga barang kegunaan rumah. Jadi tanggungjawab anak untuk melangsaikannya.
Supaya tak terbeban, boleh ikut cara Musleha Mohd Tahrir bekerjasama mengatur bajet raya mereka. 7 adik beradiknya sepakat menyimpan sejak awal untuk memastikan segala keperluan ketika mereka berada di kampung beres dan tidak menyusahkan orang tua.
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yg kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dgn Mak Bapak di Pagoh pada tahun yg sama. Jadi semua org boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak rm1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yg kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yg diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kg. Semua org terlibat dari yg kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yg baby lah kan… hihi…
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yg terror masak ni. Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yg perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh. Ini menu wajib yg tak pernah lagi diderhakai(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing- masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu.
Dan masa rosak tu, masa saya yg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yg pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu². Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka.
Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yg tukang baca senarai AJK tu.Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yg diketuai oleh Bapak. Siap ada yg jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...