Di sebalik senyuman dan sikap profesional pelakon veteran Datuk Jalaludin Hasan dalam lakonan, ramai tak tahu dia sebenarnya memendam rindu yang cukup mendalam pada arwah isterinya yang pergi mengadap Ilahi November tahun lalu.
Disimpan sendiri, kisah ini hanya tersingkap setelah diceritakan oleh sahabatnya selepas empat bulan Datin Hashimah Aksan menghadap Illahi.
Ads
Perkongsian menyentuh jiwa itu dibuat oleh Ustaz Abdullah Khairi dalam laman Facebook miliknya beberapa hari lalu yang ternyata menyentuh hati netizen yang membacanya.
Kalau ditanya pada kaum ibu terutama yang bekerja pasti bila masa mereka berehat rasanya ramai yang ambil masa untuk berfikir.
Sebabnya, mereka tiada masa untuk berehat. Apa tidaknya lepas seharian di tempat kerja, kebanyakannya akan kelam kabut pulang mengambil anak dari sekolah, rumah pengasuh atau pun taska.
Sampai di rumah tak sempat tukar baju kaum ibu terus ke dapur menyiapkan makanan anak. Kemudian menyiapkan makanan seterusnya melakukan kerja rumah yang tak berkesudahan.
Walau pun bahagia melakukannya demi insan tersayang tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat.
Ini tanda sebenarnya ibu sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan.
Paling utama cik suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat.
Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.
Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.
Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.
Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.
Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.
Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.
Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.
Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.
Anak dua orang pun rumah boleh jadi huru hara, ini kan pula ada tujuh, enam orang pulak tu lelaki. Memang hebatlah kalau ada mak yang dapat pastikan rumah kemas dengan anak-anak yang ramai macam ni.
Tapi semua ini tak mustahil, ada saja kaum ibu yang memang ada sistem khas untuk pastikan rumah sentiasa kemas. Macam perkongsian yang dibuat oleh Khairul Hakimin Muhammad.
Itu hari saya duduk dengan seorang ibu yang dah lama pencen dari sector perguruan. Beliau ini ramah ya ampun. Asalnya beliau merupakan seorang peserta kelas brownies beberapa tahun lalu. Namun sekarang dah jadi macam kawan.
Beliau bersembang tentang 4 orang menantunya yang berbagai-bagai ragam. Seronok mendengarnya. Ibu kepada 7 orang anak ini, punya 6 orang anak lelaki dan seorang sahaja anak perempuan.
Yang sulong itu anak gadisnya yang sudah punya 3 orang anak, kemudian ada 3 anak lelaki yang sudah berkahwin. Yang lain masih bujang trang-tang-tang.
Dalam banyak-banyak hal yang kami sembang, beliau nasihatkan saya tentang saya kena bertegas dengan orang rumah bab-bab mengemas, bab mencuci dan sebagainya kena bertegas walau beliau seorang yang bekerja. Kalau tak bekerja lagilah kena kuat tegasannya itu.
Beliau kata, sepanjang jadi guru dan 10 tahun terakhir dapat jadi pengetua, beliau dapat suami yang sangat tegas bab itu.
Oleh kerana anak lelaki pula sangat ramai, dan memang susah ya amat nak pastikan rumah itu sentiasa kemas, namun sebagai isteri memang kena kreatif bab-bab menguruskan rumah. Sebab, semua inilah menunjukkan kebijaksanaan seorang wanita.
Kita memang boleh cakap “suami, tolonglah sama mengemas juga,” Itu boleh kata dalam mimpi pun susah nak jumpa. Memang ada, namun susah. Jadi dah bertukar status sebagai isteri, beliau cakap beliau reda sahaja namun kena kreatif.
Ini yang saya belajar.
Sebab suami tak suka nak mengemas seperti dia, dan dia juga seorang yang bekerja dan penat ya ampun menjadi seorang guru ini. Di sekolah dah beratus anak murid, di rumah ada 7 orang yang jenis terbang nakal bukan main. Jadi beliau buat ini;
Beli banyaknya organizer untuk baju, seluar dalam, seluar, baju tidur, baju sukan, baju sekolah dan segala-gala untuk anak-anak ini beliau beli jenis rak macam toyogo yang ada laci itu.
Seorang anak, ada 1 organizer dan mereka kena uruskan semuanya sendiri termasuk mencuci, melipat dan memasukkannya di dalam organizer tersebut. Tak ada baju, memang kena libas kerana boleh jadi tak ke sekolah.
Ampaian ini perlu ada beberapa, senang untuk anak-anak gantung baju dan ambil sahaja. Oleh kerana rezeki beliau punya anak perempuan yang jadi anak sulong, maka si kakak ini banyak tanggungjawab membantu adik-adik dan beliau bersyukur kerana dari si kakak ini kecil lagi beliau sudah ajar untuk enjoy buat kerja.
Si kakak ini memang jadi ratu gosok baju untuk adik-adik. Mana yang cari pasal dengan kakak, pastinya tak akan digosok bajunya. Jadi semua kena behave dan layan kakak baik-baik.
2 perkara ini benda penting yang wajib ada dalam rumah. Bakul mainan ini perlu diajar kepada anak-anak tentang apabila ambil, kena simpan semula. Kalau tidak, buang. Jadi ibu, bab ini kena bertukar menjadi rasaksa.
Biasanya anak-anak sangat sayangkan mainan mereka, jadi jika mereka tidak kemas, kasi buang. Namun, kalian ‘buang’ diam-diam dalam stor.
Setelah beberapa lama, hadiahkan mainan tersebut kepada orang lain. Ia lebih bermanfaat dari membuangnya. Anak akan dapat pengajaran, ibu bapa juga tidak membazir.
Wajib letak dalam bakul kain seperti cadar, sarung bantal, dan segala jenis mak nenek pakaian yang belum dicuci termasuk tuala. Sekiranya tak buat, terus penjarakan mereka untuk bermain di padang selama 1 minggu.
Ia memang menjadi dengan sangat baik dan semua anak-anak lelaki cikgu ini sangat menjaga bilik mereka sendiri.
Sentiasa sediakan sabun, pencuci muka, pencuci segala semuanya kepada anak-anak. Dan di dalam bilik air, yang ini tak payah kedekut. Pastikan anak belajar tentang kebersihan. Dan ianya akan melekat di jiwa anak-anak.
Sampai ke tahap, nanti akhirnya anak sendiri akan tahu tentang pentingnya bersih, tentang pentingnya menyusun semua perkara.
Beliau cerita yang mana anaknya yang kecil-kecil, apabila beliau sudah didik abang dan kakak yang dah besar, yang kecil-kecil akhirnya mengikut. Rumahnya sentiasa kemas walau anak-anak banyak mainan. Dirinya sendiri juga tak stress suruh laki bantu kemas.
Iya benarlah, isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, hahaha. Macam lagu. Namun, itu semua betul, kan?
Rumah kita adalah yang memberi hilangnya gelisah, ianya disempurnakan oleh isteri yang cerdik, bijak dalam mengatur segalanya di dalam rumah.
Itulah emak-emak kita semua. harapnya isteri kita juga akan begitu selama-lamanya! Cewah!
Di laman Facebook, tular kisah seorang suami yang bercerita kisah serba kalut melayan hal rumah tangga apabila isterinya sakit dan perlu dimasukkan ke wad. Kekalutan itu menyebabkan lelaki yang menggunakan nama Wan Syaiful Azhar ini mula sedar susah payah isteri mengurus rumah tangga sekali gus mengajak para suami menghargai pengorbanan isteri.
“Insaflah para suami” isteri kau sebenarnya super power kalau mereka bekerja bagi membantu kau cari rezeki.
Aku ada anak seorang je boy2,4 tahun arshad namanya. Selama ni aku rasa aku seorang suami yang dah cukup membantu isteri sebab aku memasak untuk famili. Yes, percaya atau tidak dah dua tahun aku memasak hampir setiap hari untuk makan malam anak bini. Aku juga bantu basuh baju dan sidai baju. Bagi aku wow dah cukup power aku ni..mana ada suami lain macam tu..hahaha.
Tak! Salah kalau aku nak bangga diri dengan semua tu. Apa yang aku buat tu hanya sebahagian kecil dari susah jerih isteri aku. Selama ni aku tak nampak benda pagi2 buta sampai lah malam apa bini aku buat ( melayan karenah anak) yup, ini kerja paling berat. Kenapa anak manja dgn ayah..sebab ayah jenis bagi je semua dia mintak..gula2 ais krim..apo laie manja la budak tu dgn apak die. Mak la yang mendidik anak sebenarnya..bukan mak kedekut.
Alkesah bini aku warded sejak awal ogos aritu, jangka smp awal bulan 9. So bermulah hidup aku sebagai single dad dah hampir 3 minggu alhamdulillah. Ini kisah jerih aku bagai nak gila tiba2 semua benda kena buat sorang2.
Sebagai peniaga online, hidup aku lebih aktif sebelah malam, buat posting, buat iklan. Siang pulak aku settle pos laju, kadang2 buka street stall kat taman permainan.
Selama ni bab anak hampir 80% isteri aku settlekan. Pkul 6.30 pagi or 7am bgun smyg subuh. Kejut anak aku mmg susah nak bgun. Merengek je lah. Dah bgun pun kene pegang bawak masuk tandas mandikan, kalau tak teman or mandikan mmg tak bergerak la die. Habis mandi die dah cergas! Nak lap air kat badan jenuh kejar aku! Nak kasi pakai baju pun jenuh bergusti..ada je benda lain yg dia nak buat time aku nak pakaikan seluar n baju die. Ok tu bab siapkan die. Lepas tu kena bagi susu sebab dia mmg kebulur time bgun tido. Pastu turun bawah kasi dia layan tv kejap sementara aku bersiap, klu tidak..buat perangai la die.
Belum lg bab baju apa kena pakai g sekolah. First week anak aku smp taska pkul 8-8.30. Hari sepatutnya pakai baju sukan aku pakaikan uniform taska ??. Beg tertingal, bekas air tertinggal, baju untuk rumah pengasuh aku tak lipat masuk beg. Dalam kekalutan semua ni sampai hilang kunci kereta misplace hampir seminggu, nasib la kereta dua biji?.
Otw pegi taska mcm2 karenah dia, nak kuih la..nak air pink la, nak bwk bantal masuk kereta, mainan semua die nak bwk.??. So semua ni isteri aku buat setiap hari dengan dia kena masuk opis pkul 8.30am. Bayangkanlah, wife aku kerja HR. Tanya orang lain yang keja HR mesti diorang usap dada.
?yes kat atas tu semua berlaku dlm 2 jam pertama waktu pagi weekday. So lepas antar die ke sekolah, baru lah aku leh pegi ngopi n settlekan kerja2 aku.
Ptg aku pegi ambil dia kat umah pengasuh, tengoklah kadang2 awal, kadang lewat aku ambil. Dr pintu rumah pengasuh nak masuk kereta je mcm2 dia wat hal, nak berdukung, nampak mesin telur mainan pun die nak, dah masuk kete owh mainan pulak tertingal kat umah pengasuh..meraung kalau tak g amik, so kene gak ambil. Untung juga aku pengasuh die merangkap mak usu wife aku, rasa selamat dan dia sangat memahami kesusahan jantan yang baru belajar jaga budak kecik sorang2 ni. Baju2 arshad kadang2 dia basuhkan.
Dah masuk kereta, otw balik nampak air orang jual tepi jalan, nak beli..so aku pun berhenti la beli, masuk kereta sedut skit, “xnak lah tak sedap” katanya.
So smp rumah tenaga ada 30%, buka je pintu rumah, mainan semalam dia main tak kemas lagi..bersepah ruang tamu, segala gula2 celah kerusi dia tinggalkan bersemut. Dalam kepala nak smbahyang ke nak kemas ke nak masak dulu, ke nak mandikan die dulu, wah baju tak basuh lagi, kain berlongok tak lipat lg, adui byk online posting kena buat, menu apa nak msk ni, dalam masa yg sama arshad duk suruh buka tv nak tgk kartun, masa tu gak dia minta susu, masa tu juga dia nak terkencing sgt smp picit bird tak kasi kuar, last2 kuar jugak dlm suar dia. So waktu ni lah sebenarnya ujian tuhan nak bagi aku, aku hampir2 nak menangis nak menjerit nak je aku upah pengasuh jaga arshad terus sebulan. Smp mcm tu sekali aku pikir.
Selepas solat aku bertenang, buat semua satu2 smp habis, makan arshad pandai makan sendiri tp maybe satu jam baru abis lah klu dia makan sendiri, so kene suapkan klu nak cepat, suapkan pun jenuh la berperang..sekali pangil sekali dia buka mulut. Nasib acad dah besar, kalau masa kecik dulu, aku perasan nasi suap acad nasi tu juga la bini aku makan, belum lg acad wat hal g luah balik nasi dlm pingan ko tgh makan???.Hari yg tak baik dia tak nak makan lansung wlupon ko dah masak hempas pulas, rasa cam grrr…macam tu lah bini korang rasa kalau dia masak tp ko g main futsal n makan kat luar.
Habis makan, putar baju mesin basuh, basuh pinggan mangkuk, kemas dapur, baju kena suar kencing kena rendam dulu, jgn campur skl..nnt habis bju lain bau hancing.
Pkul 10 aku dah lalok ngntuk kaw2. Eh selama ni aku berjaga smp pukul 2 3 pagi tiap ari xda hal pun. Nampak tak beza bila jd suri rumah dan bekerja. Selama ni aku pelik wife aku pkul 9 pun dah terlelap depan tv. So skrg arshad pkul 11 ke 12 baru naik tdo sbb mcm2 aku kena buat sebelum ajak die tdo. Lepas die tdo aku kne bangun balik untuk buat kerja2 online bisnes aku.
Bab nak tido ni, kena bancuhkan susu, kena mandikan dulu, kena suh kencing sebelum masuk tdo. Klu idak sama ada dia kencing tilam atau die kejut ko tgh pagi buat suh temankan die kencing.
Dah baring nak tido, dah teringat baju putar tadi tak sidai lagi..???. Mati la nak. So begitulah..belum part weekend bila sehari suntuk aku jaga dia..baju n suar yg aku pakaikan tak pernah yang match, macam badut jadinya arshad.??. Nak cite semua tak habis smp minggu depan.
Owh ni semua berlaku dalam satu hari.
So kalau isteri korang bekerja, korang tgk baliklah apa yg korang buat utk bantu dia. Bagi duit je tak jalan woih.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...