Bayi comel bernama Zarif Zawari ini hanya demam, memang biasa buat anak-anak sekecil ini. Tapi pada masa yang sama masih lagi mampu tersenyum dan ketawa.
Namun tak sangka tiga hari selepas itu, bayi berusia lapan bulan itu meninggal dunia.
Ini sebahagian daripada cerita gadis bernama Shiffa yang juga sepupu kepada arwah Zarif. Kisah Shiffa ini mendapat perhatian warga Twitter yang turut bersimpati kepada ibu bapa bayi berkenaan.
“Kepada ibu bapa tolong jangan ambil mudah bila anak demam, kita tak tahu apa sebenarnya yang baby ni rasa,”pesan Shiffa.
Sememangnya inilah juga tujuan perkongsian kisah ini. Sayu membacanya apatah lagi melihat gambar anak kecil yang tersenyum ini.
Ads
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Pagi yang hiba, sepupu saya dah tak ada jam 3.30 pagi tadi (21 Januari 2018). Syurga buatmu, Zarif Zawari.
“We just lost the happiest kid in our family. I just can’t imagine how his mom’s feeling right now. Again, thanks for those yang ucapkan takziah. And for those yang tertanya arwah sakit apa, arwah tak sakit apa pun. Cuma demam panas.
“Hari pertama masih boleh senyum gelak-gelak. Tak ada langsung petanda nak pergi jauh. Hari ketiga demam, arwah pergi. It happened so fast. Like out of sudden, he just gone. Rasa sekejap sangat. Please beritahu ini semua mimpi.
Ads
“I just can’t help myself to stop thinking and crying dari tahu dia dah tak ada sampailah sekarang. Ketiadaan dia sangat- sangat memberikan kesan sebab dia baik sangat-sangat. Masa demam pun dia masih boleh gelak-gelak lagi. Tetapi Allah lebih sayangkan dia. So He took him back.
Ads
“Anyway thank you. Kalau baby demam, please bawa pergi ke hospital segera,” pesan Shiffa.
Kepada ibu bapa lain, moga ambil pengajaran daripada kisah ini. Takziah buat keluarga arwah Zarif.
Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Adam Corrie berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata.
Memuat naik foto beliau dengan sekeping gambar scan bayi dalam kandungan. Dalam catatannya Adam menyifatkan tempoh 10 tahun hidup berdua itu sebagai tempoh bulan madu atau honeymoon sebelum bertiga.
“Alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanMu. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah . Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.
“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.
Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.
Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah.
Kami doakan juga pasangan yang masih berusaha dapatkan zuriat berikan zuriat yang soleh dan solehah. Aamin allahumma aamin,” demikian tulis Adam dalam satu status di instagram semalam.
Namun di sebalik kegembiraan ini sebenarnya ramai yang tak tahu sebelum ini isteri Adam Corrie iaitu Fazema Mohd Fuad pernah melalui tiga kehamilan sebelum ini.
Namun belum rezeki untuk mereka ketika itu menimang cahaya mata bila mengalami keguguran. Meski belum punya cahaya mata tapi kata Fazema diberi peluang hamil itu dia sudah bersyukur dan setiap kali mendengar orang sekelilingnya akan menimang cahaya mata, dia akan menangis kerana gembira.
Kita sangka wanita bekerja punya rutin yang cukup memenatkan, maklumlah selesai bekerja sambung pula tugas di rumah.
Tapi hakikat sebenarnya wanita yang tidak bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa adalah lebih memenatkan.
Menurut kajian terbaru tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain.
Tinjauan melibatkan jadual mingguan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun.
Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi, lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain memulakan hari mereka.
Sementara tugas harian mereka, sama ada berkaitan pekerjaan atau penjagaan anak hanya selesai jam 8.31 malam.
Ini bermakna seorang suri rumah bekerja 14 jam sehari atau secara purata 98 jam seminggu.
Kajian yang dijalankan Welch’s sebuah syarikat jus di United Kingdom pula mendedahkan, suri rumah hanya mempunyai 1 jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk diri sendiri.
Waktu tersebut dikategorikan lebih sedikit berbanding waktu rehat tengah hari dalam sektor pekerjaan yang lain.
Laporan The Independent pula mendapati 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh senarai tugas yang tidak pernah berakhir.
Baru saja menerima berita gembira menimang cahaya mata kembar tapi bapa ini terpaksa akur menerima takdir paling sayu kehilangan isteri yang baru melahirkan.
Inilah hakikat yang perlu dilalu oleh lelaki bernama Alif Adam yang kisahnya viral di Twitter. Luahan kerinduan malah kekagumannya terhadap pengorbanan isteri yang sanggup mempertaruhkan nyawanya semata untuk memberikannya zuriat cukup menyentuh hati.
Isterinya Alia Sumayyah Ali Khalbi menghembuskan nafas terakhir sehari selepas dia melahirkan bayi kembar mereka Adam Luth Syafie dan Adam Lutfi Syarif pada 7 Oktober lalu.
Bercerita tentang detik akhir sebelum pemergian isteri ujar Alif ia berlaku ketika mereka mahu solat berjemaah bersama isteri.
“Dia minta saya mengimamkan solat Maghribnya sebelum rebah masa nak solat. Itulah kali terakhir saya berbual dan menatap matanya sebelum dia pergi tinggalkan saya selamanya.”
“Dan saya juga masih ingat ayat terakhirnya sebelum menghembuskan nafas, dia berpesan supaya saya terus kuat sekiranya Allah menjemputnya pulang.
“‘Jangan pernah salahkan takdir Allah, kerana itulah lumrah kehidupan setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan’,” ujarnya sayu.
Alif turut mengakui dia belum kuat untuk menerima kenyataan ini namun harus akur semua yang berlaku dalam hidupnya ini adalah ketentuan daripada-Nya.
“Pada bulan pertama perkahwinan Alhamdulilah isteri saya disahkan mengandung. Namun kandungan itu tak bertahan, isteri saya keguguran.
“Doktor beritahu rahim isteri saya tidak kuat untuk mengandung. Allah bagi lagi rezeki siapalah kami untuk menolaknya dan isteri saya disahkan mengandung. Tetapi dalam masa yang sama doktor mengesahkan juga isteri saya menghidapi kanser servik,” jelas Alif, 26 memetik laporan mStar Online.
Menurut Alif, doktor menyarankan supaya kandungan isterinya digugurkan.
“Saat itu isteri menangis teruk dan enggan melakukannya. Dia bertekad untuk melahirkan zuriat untuk saya.
“Isteri saya juga kerap dimasukkan ke hospital. Saya bersetuju dengan saranan doktor demi kebaikan isteri, dia tetap tidak mahu kerana rasa dirinya tidak sempurna sebagai isteri sekiranya tidak dapat melahirkan zuriat.
“Isteri saya boleh meneruskan untuk melahirkan tetapi hanya pada awal tujuh bulan kandungannya untuk proses pembedahan.
“Sehari selepas pembedahan melahirkan bayi kembar, isteri saya pergi buat selama-lamanya.
“Walaupun dalam kesedihan, saya turut bersyukur kerana kedua-dua bayi saya (Adam Luth Syafie dan Adam Lutfi Syarif) yang kini masih di hospital kerana lahir tidak cukup bulan berada keadaan sihat, tiada komplikasi.
“Dan saya juga masih ingat ayat terakhirnya sebelum menghembuskan nafas, dia berpesan supaya saya terus kuat sekiranya Allah menjemputnya pulang.
“‘Jangan pernah salahkan takdir Allah, kerana itulah lumrah kehidupan setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan’,” ujarnya sayu.
Mengimbas kembali perkenalan awal dengan arwah isterinya, Alif mengakui isterinya itu seorang yang ‘jual mahal’ dan pemalu.
“Saya baharu mengenalinya dua tahun lalu. Tetapi sebenarnya saya selalu nampak dia sejak berusia 16 tahun. Kawan baik saya tinggal berjiran dengan arwah.
“Selepas arwah habis sekolah saya cuba minta tolong kawan saya untuk kenalkan saya dengan isteri.
“Saya cuba banyak kali dan akhirnya pada Julai tahun lalu saya beranikan diri membawa keluarga meminangnya dan kami berkahwin pada awal tahun ini.
“Isteri saya baru berumur 19 tahun, semestinya perangai berjiwa remaja. Namun apa yang saya suka dia yang sangat merendah diri, dia seorang niqabis.
“Dia jaga akhlak sebagai seorang isteri. Walaupun masih muda namun dia seorang yang sangat matang dan bijak menguruskan keperluan saya. Dia seorang yang mudah tersentuh dan mudah terhibur.
“Terlalu banyak detik manis kami bersama, tetapi, masa tak mengizinkan kami untuk terus bersama,” katanya.
“Kehadiran anak-anak membuatkan saya tetap kuat. Arwah isteri ada pesan jika dia tak sempat membesarkan anak-anaknya , dia berharap saya dapat pengganti tempatnya dengan seorang ibu yang baik.
“Saya rasa tidak, cukuplah saya untuk mereka. Menggantikan tempatnya tidak mungkin. Saya berazam untuk membesarkan anak-anak saya dengan penuh kasih sayang. Saya akan selalu mengingatkan mereka tentang ibu mereka walau tidak pernah berjumpa.
“Cukuplah ada keluarga dan mereka yang tidak henti mendoakan kami, terima kasih kerana selalu memberi sokongan penuh sehingga ke hari ni. Saya berharap doa dan sokongan mereka tidak akan putus untuk keluarga kecil saya ini,” katanya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...