Selalu dengar mereka yang bercucuk tanam yang kecewa dengan tanaman habis diserang ulat, kutu dan hama.
Bagi mengelakkan tanaman terkena sekali lagi masalah ini antara semburan yang berkesan untuk digunakan untuk menghapus dan mencegah serangga perosak adalah air tembakau.
Cara menyediakan air tembakau ini dikongsi oleh D’Pro A’nas.
Bahan-bahan
Air Tembakau = 100ml / 1 batang rokok
Cuka Kayu = 3ml (boleh beli secara online/nurseri)
Sabun Pencuci = 2 kali picit/ 5ml
Penyukat 20 ml = Untuk sukat
Botol Spray = 1 Liter
Cara membuat & penggunaan
2. Cara penggunaan, sembur saja pada keseluruhan pokok dari pucuk ke bawah, batang, daun dan tanah.
3. Amalkan seminggu atau dua minggu sekali sebagai cara untuk menghapus dan benteng mencegah serangan ulat perosak.
4. Waktu sesuai untuk lakukan semburan adalah pukul 5 petang ke atas. Ini kerana serangga, kutu dan hama aktif pada waktu malam.
Antara masalah kediaman yang kerap dialami tak kira di rumah bertingkat atau teres adalah dinding yang bercapuk, lembap hingga cat menggelupas dan bertompok.
Kalau dah sakit mata melihat dinding begini, elok juga kita cat semula untuk menutup cela di dinding ini. Tambahan pula dah dekat nak raya ni.
Cuma untuk cat dinding sebegini ada tekniknya supaya masalah yang sama tak berulang. Dikongsi oleh Ashura AT ini cara yang digunakan.
Kalau ada mempunyai masalah dinding lembap, bercapuk dan cat tak melekat, saya mengalami masalah yang sama dan Alhamdulillah masalah tu selesai. Semoga manfaat!
Dinding rumah kami yang bermasalah di ruang tamu, sebelah dinding ruang tamu jiran. Tiada isu kebocoran, mungkin isu lembapan daripada bangunan apartment tu sendiri yang dah lama.
1. Undercoat 2 layers
Mulakan mengecat dengan undercoat 2 layers. Kalau brand Jotun dipanggil primer. Brand Nippon dipanggil wall sealer. Texture primer memang cair, boleh refer gambar 2 beza aplikasi primer & finishing.
2. Finishing
Kami gunakan Jotun Cover Plus untuk finishing, dulu dikenali sebagai Easy Clean. 1 layer je InshaaAllah dah perfect, tapi ada bahagian kena cover lagi 1 layer sebab dinding lama warna gelap.
3. Cat tak campur air
Kami tak campur air/thinner dengan cat sebab saya nak larutan cat perfect. Ada tukang cat buat sebab nak saving cat & nak cepat kering. Terpulang. Sebelum cat pun dinding dibersihkan & scrap cat lama yang nak tertanggal. Kalau pakai undercoat & finishing bagus, inshaaAllah ok je ‘re-coat’ tanpa tanggal semua cat lama.
4. Untuk dinding bercapuk
Dinding bermasalah boleh menyebabkan undercoat & finishing tak melekat kat dinding. Dalam gambar di atas, kami ada masalah dinding lembap & jadi kekuningan. Ada juga dinding bercapuk, tak blend dengan cat baru.
Solusi kami pakai wall sealer Acrylic 5170 Nippon. Harga keras, 1 liter je almost RM30. Tapi Alhamdulillah 2 kali coating, settle masalah. Saya coated kawasan problem je dan cat finishing semula. Bau dia memang kuat chemicals berbanding primer biasa.
6. Cat rangka pintu
Untuk rangka pintu & pintu nanti kami cat guna Nippon 9000 Gloss Finish. Gloss ni memang sesuai cat bahagian pintu berbanding matt (kami dah cuba, matt tak lawa).
So far cat Jotun kami pakai memang bagus. Bau tak kuat, mesra alam & coating dengan baik permukaan dinding. Cuma, kalau dinding bermasalah, boleh ikhtiar pelbagai jenis Wall Sealer brand Nippon.
Ikut pengalaman kami juga, boleh saja nak upah orang cat dinding. Cuma, cadangan saya beli cat siap-siap yang kita nak & pesan jangan campur air untuk ketahanan lebih lama, terutama kalau rumah cat semula.
Kita suka makan pedas tapi ada pulak dalam rumah yang kurang pedas. Supaya tak kena masak banyak lauk, caranya sediakan siap-siap sambal padang ini.
Senang kerja bila dah ada sambal segera ini, buat satu atau dua lauk ceduk sambal ini untuk puaskan cita rasa pedas kita dan makan lauk yang ada. Setel masalah.
Cara nak membuatnya juga mudah saja dan dikongsi oleh Khabbab Jamaludin.
Kalau di rumah ada yang kurang pedas, terutama anak-anak sambal ini kena buat supaya tak perlu banyak lauk. Caranya;
1.Kisar semua bahan bahan dalam gambar, kuantiti terpulang.
Bawang besar sikit
Bawang putih sikit
Cili Merah
Cili Hijau (lebih murah)
Cili Api
2. Masukkan semua dalam blender, tambah air sikit. Kisar kasar jangan hancur.
3. Panaskan minyak (betul-betul panas) dan tumis bahan kisar. Minyak lebih kurang separuh dari jumlah bahan kisar tadi.
4. Bila warna cili dah bertukar sikit, perlahankan api. Tutup guna tudung periuk atau yang sesuai. Kacau sekejap-sekejap.
5. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit sikit dengan minyak
masukkan asam keping, gula, garam dan daun limau purut. Boleh juga masukkan serbuk perasa. Kacau dan tutup sekejap.
6. Selepas 5 minit boleh tutup api.
7. Sambal ini memang nampak berminyak tapi itulah yang buat sambal tahan lama. Selepas sambal sejuk masukkan dalam bekas kaca dan letak dalam peti sejuk (bukan beku).
8. Bila nak makan, senduk masuk dalam mangkuk dan panaskan dalam microwave 1 minit. Dah boleh makan.
Guna untuk terung sambal pun boleh.Selamat mencuba.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...