Selepas hampir dua tahun menjalinkan hubungan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Tan Sri Tony Fernandes telah mengahwini teman wanitanya yang berbangsa Korea.

Perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung semalam di Cote d’Azur, Perancis di hadapan keluarga dan teman dekat.

IKLAN

Gambar perkahwinan pasangan ini telahpun dikongsi melalui WhatsApp dan media sosial yang lain sejak pagi tadi.

Tony segak dengan sut manakala isterinya Chloe kelihatan menawan dengan gaun pengantin berwarna putih.

IKLAN

Tidak banyak yang diketahui tentang isteri termasuk nama penuhnya. Bagaimanapun Chloe yang berusia sekitar 20-an dikatakan seorang yang mudah didekati dan peramah.

IKLAN

CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes Kahwin Senyap-senyap Di Perancis

Antara tetamu VVIP yang didakwa menghadiri majlis dan penerimaan itu ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafizah Aziz

Selain itu:  Kate Middleton Selamat Lahirkan Anak Ketiga. Ramai Kagum Penampilan Segar Kate Lepas Bersalin
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI