Rasanya ramai isteri yang berdepan situasi ini. Paling stres bila suami habiskan lebih banyak masa dengan hobi berbanding anak isteri.

Hanis Zalikha pula siapa tak tahu punya suami yang kaki memancing. Bagi yang follow instagram Hairul Azreen mesti akan nampak ada saja pose pelakon ini dengan hasil tangkapannya dalam trip memancing.

Bukan itu saja, Hairul ini juga suka buat aktiviti lasak. Melihat situasi inilah seorang peminat Hanis telah meminta nasihatnya. Bagaimana cara Hanis berdepan dengan suami yang keluar melakukan hobinya dan meninggalkannya hingga ada masa berhari-hari.

Jawapan daripada Hanis memang sempoi

I get this question a lot ‘suami & hobi’

Ini bukan nasihat, ini perkongsian. Selama kami berkawan pun, Keknis dah sentiasa sokong / sertai hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba dan memancing kat muara. So I don’t think that should change just because we got married.

Lelaki kalau dah minat, dia memang akan fokus dan bersemangat. Macam masa dia nak ngorat kita, macam tulah. Takde siapa boleh halang Jadi lelaki yang berhobi ni bagus, berjiwa besar & berdaya saing bila dia SALURKAN tenaga & semangat dia kepada aspek lain dalam hidup (keluarga & kerjaya).

Kena tahu logik dan toleransi

Tapi dia kena tahu logik, dan juga toleransi. Logiknya, dah kahwin taklehlah seminggu sekali nak berhobi kemainnn. Toleransinya, dia ada hobi, isteri pun kena ada hobi (atau masa untuk buat benda yang disukai).

He can go on his fishing trips, I can go on my girls trip. But the number one rule is: Lepas kahwin, boleh teruskan hobi, tapi kena pandai jaga anak dulu. (Takleh mulakan dengan ‘anak taknak kat I, nak dekat you je’. Takleh. Dari pantang dah kena involve jaga anak 😌).

You really do not want to take that away from him. The passion, the drive and the happiness from doing the things he loves makes him the person you admire so much. So appreciate your man and his passion. A man full of life, can love you better.

InsyaAllah.

I get this question a lot 🤔 Suami & hobi. / Ini bukan nasihat, ini perkongsian. Selama kami berkawan pun, Keknis dah sentiasa sokong / sertai hobi dan minat dia. Main paintball dengan kawan-kawan dia, badminton, selam skuba dan memancing kat muara. So I don’t think that should change just because we got married. / Lelaki kalau dah minat, dia memang akan fokus dan bersemangat. Macam masa dia nak ngorat kita, macam tulah. Takde siapa boleh halang 😂 Jadi lelaki yang berhobi ni bagus, berjiwa besar & berdaya saing bila dia SALURKAN tenaga & semangat dia kepada aspek lain dalam hidup (keluarga & kerjaya). / Tapi dia kena tahu logik, dan juga toleransi. Logiknya, dah kahwin taklehlah seminggu sekali nak berhobi kemainnn. Toleransinya, dia ada hobi, isteri pun kena ada hobi (atau masa untuk buat benda yang disukai). He can go on his fishing trips, I can go on my girls trip. But the number one rule is: Lepas kahwin, boleh teruskan hobi, tapi kena pandai jaga anak dulu. (Takleh mulakan dengan ‘anak taknak kat I, nak dekat you je’. Takleh. Dari pantang dah kena involve jaga anak 😌). / You really do not want to take that away from him. The passion, the drive and the happiness from doing the things he loves makes him the person you admire so much. So appreciate your man and his passion. A man full of life, can love you better. / InsyaAllah.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Sumber:  haniszalikha

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: