Sejak kelahiran Siti Aafiyah, cahaya mata Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Jiwa atau Datuk K ramai sungguh yang datang melawat.
Tidak ketinggalan adalah KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Namun ziarah yang paling manis bila baru-baru ini Siti menerima kunjungan dari bekas isteri Datuk K sendiri iaitu Datin Tengku Zawyah Tengku Izham.
Foto ketika berada di rumah penyanyi nombor satu itu turut dimuat naik oleh keduanya dalam laman instagram masing-masing.
IKLAN
“Melawat puteri Siti Aafiyah. Terima kasih atas layanan baik Datuk Seri Siti dan Datuk Seri Khalid. Moga puteri kecil ini memenuhi hati kamu dengan limpahan kebahagiaan,Tulis Tengku Zawiyah dalam entri di instagramnya.
“Alhamdullillah.. My pleasure DS Kak Tengku .. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga .. amin ya rabb,” demikian balas Siti.
IKLAN
Melihat ukhuwah yang terjalin indah antara mereka, netizen sendiri turun merasa kagum malah terharu.
Sejuk hati
Wanita kuat & berhati mulia
IKLAN
Indahnya suasana…
Meskipun sudah berpisah dan Tengku Zawyah sendiri telah pun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rayyan Joseph King, jalinan silaturrahim dua keluarga ini tidak putus. Malah masing-masing dilihat saling bertemu pada majlis-majlis keluarga.
Makanan sudah tentunya mempunyai tarikh luput. Namun, ada beberapa lagi barang yang selalu kita gunakan yang tidak disangka punya tempoh had penggunaannya.
Dipetik daripada Reader Digest, berikut adalah barang-barang yang turut mempunyai tarikh luput. Hmm… kaca mata hitam pun ada ya…
1. Uncang Teh
Uncang teh yang belum digunakan tidak akan segar selama lamanya. Kualiti teh ini akan berkurang selepas dua tahun.
2. Kaca mata hitam
Menurut kajian dari Universiti of Sao Paulo, Brazil selepas lama digunakan kaca mata hitam akan kurang kualitinya. Ini berikutan pemakaian dan kesan gores yang merosakkan kanta.
3. Kasut sukan
Semakin rajin anda bersukan, semakin menurun kualiti kasut sukan yang anda gunakan. Ia boleh meningkatkan risiko kecederaan. Kebanyakan pembuat kasut sukan menyarankan untuk menggantikannya selepas berjalan minimum 482 – 965km.
4. Cat
Artis mencadangkan untuk tidak menggunakan cat yang sudah dibuka selepas dua hingga empat tahun. Cat minyak yang belum dibuka boleh bertahan sehingga 15 tahun manakala cat lateks 10 tahun.
5. Ubat gigi
Ubat gigi baik elok digunakan selama dua tahun dari tempoh pembuatannya.
6. Sabun
Sabun buku tidak akan memberi kesan bersih pada tubuh jika sudah sampai tarikh luputnya. Disarankan menggunakannya dalam tempoh tiga tahun. Buang jika sabun kelihatan kering dan retak.
7. Krim pelindung cahaya matahari
Kebiasaannya krim pelindung cahaya matahari ini hanya efektif selama tiga tahun saja, selepas itu manfaatnya akan berkurang.
8. Pelembap
Gunakan pelembap dalam tempoh enam bulan. Ini kerana penggunaan dengan jari akan menyebabkan bakteria berkembang di dalamnya. Pelembap yang sudah berusia dua tahun dan baru dibuka kesannya tidak akan sama seperti baru.
Kalau anda menyimpan stok petrol untuk kecemasan pastikan tidak lebih dari lima tahun. Minyak selepas tempoh itu akan berubah konsistensinya dan mungkin memberi kesan pada mesin.
10. Hidrogen Peroksida
Ia salah satu bahan untuk pemutih dan pencuci. Cairan ini sebaiknya digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dibuka. Jika masih ditutup, ia tahan selama tiga tahun.
11. Helmet
Peluh akan membuatkan bahagian dalam helmet jadi kotor, begitu juga sinar matahari. Sebaiknya ganti helmet setiap dua tahun.
12. Penyembur serangga
Paling lama penyembur ini bertahan selama tiga tahun. Selepas tempoh itu ia tidak akan membantu menghindarkan kita dari serangan nyamuk atau seranggga.
13. Maskara
Sila gunakan maskara dalam tempoh tiga bulan selepas ia dibuka. Selepas digunakan ia mungkin tercemar dengan bakteria yang bahaya jika digunakan pada mata. Jangan tambah dengan air kerana ia akan menambah lagi bakteria.
14. Span mandi atau Loofah
Disarankan menggantikannya setiap tiga atau empat minggu. Sel kulit mati yang terperangkap pada span ini menjadikan ia tidak bersih.
15. Bateri
Sila perhatikan tarikh luput bateri sebelum menggunakannya. Ia mungkin tidak berbahaya tapi fungsinya tidak sama jika digunakan selepas tamat tempoh.
Cinta itu buta dan jodoh tak kenal siapa. Asalkan hati bertaut, jiwa mencinta, maka sesiapa pun layak untuk bahagia.
Baru-baru ini seorang jurugambar Thailand, Yusree Yusohem telah memuat naik foto pasangan jururawat dan penoreh getah di laman facebook. Gambar ini menjadi viral dengan lebih 11,000 perkongsian di facebook. Menurut jurugambar tersebut, ini merupakan foto praperkahwinan kliennya.
Apa yang menarik, bakal raja sehari ini mengenakan pakaian yang menjadi rutin mereka. Jururawat mengenakan uniform, manakala si penoreh mengenakan pakaiannya sebagai penoreh. Jimat kos namun sangat menarik. Untuk tampak lebih unik, lokasinya ialah di kebun getah. Best, kan?
Menurut Yusree, Sunita Salaemae yang merupakan bekas pelajar di Fakulti Kejururawatan, Universiti Surat Thani Rajabhat. Manakala penoreh getah itu ialah Adeelan Salae.
VK kagum betul dengan cinta merpati dua sejoli ni. Ikhlas si wanita menerima si jejaka. Semoga jodoh mereka berpanjangan dan kekal hingga ke akhir hayat. Gambar pun cantik sungguh!
Semua tahu adik beradik Rozita Che Wan atau Che Ta memang cantik-cantik belaka malah bergaya. Mereka ini juga kerap menarik perhatian netizen di instagram bila selalu berkumpul untuk berposing bersama-sama.
Cuma sejak beberapa bulan lalu, salah seorang adik Che Ta iaitu Ruby Che Wan tampil berbeza daripada sebelum ini.
Jika dulu Ruby yang juga isteri Lan Pet-Pet ini bergaya ranggi tapi sejak kepulangannya dari mengerjakan ibadah haji tahun lalu tudung litup yang labuh mengganti imej lamanya.
Memang sejuk mata memandang penampilan baru Founder Putih Ajaib by RCW ini. Malah netizen juga memuji imej baru Ruby yang dilihat cukup manis dan makin cantik meskipun tidak bermekap.
Ruby dan Lan Pet-Pet berangkat ke Makkah pada hari ulangtahun perkahwinan mereka dan ia diibaratkan sebagai hadiah yang paling istimewa buat keduanya.
Ternyata pemergiaannya ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu memberi impak yang besar buat Ruby.
Tanda beras usang adalah apabila sudah ada kehadiran bubuk atas kutu beras. Ulat kecil ini akan 'berkampung' bila beras lama tak digunakan atau lama disimpan.