Model Korea tapi berkulit hitam, memang rare. Keistimewaan ini juga menyebabkan Han Hyun Min, 17,  telah tersenarai sebagai The 30 Most Influential Teen of 2017 oleh Time Magazine.

Han yang memiliki bapa berasal dari Nigeria dan ibu dari Korea ini mula memasuki pentas peragaan buat kali pertama pada tahun 2016 dalam Seoul Fashion Week.

Perbezaan warna kulit pada satu sisi menyebabkan dia cepat dikenali. Han menjadi model Korea berkulit hitam yang pertama menyertai pertunjukan fesyen di negara itu.

Tertarik dengan foto di instagram

Kerjayanya sebagai model bermula bila seorang ejen melihat foto instagramnya dengan gaya berjalan yang tersendiri.

Walaupun tahu mengambil Han sebagai model cukup berisiko kerana dia kulit hitam namun ternyata percaturannya berjaya.

Awalnya ramai pereka fesyen yang menolak kehadiran Han tapi ada juga yang menyukai gayanya. Sejak menjadi model dia telah terlibat dalam 30 pertunjukan dalam Seoul Fashion Show. Ia merupakan permulaan yang cukup baik untuk model baru seperti Han.

Ditipu dan disindir kerana warna kulit hitam

Tapi akui Han untuk mendapat tempat dalam dunia peragaan di Korea bukanlah mudah. Dia berdepan dengan banyak cabaran kerana warna kulitnya.

“Ia lebih sukar dari apa yang saya jangka. Saya ditipu dan selalu disindir kerana warna kulit yang berbeza. Tapi kata-kata ayah bahawa saya adalah istimewa dan ada perkara baik berlaku selepas ini membuatkan saya bersemangat kembali,” kata Han yang mempunyai lebih 95 ribu pengikut di instagramnya.

Sumber: www.allkpop.com

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: