Hampir setiap bulan akan ada sale di Shopee. Elok kalau kita ambil kesempatan ini beli barang-barang yang memudahkan kita di rumah. Murah pun murah.
Daripada beli barang entah apa apa kan, boleh ikut cadangan daripada Peah Ismail. Barang barang ini boleh membantu rumah jadi lebih kemas dan juga memudahkan kerja di rumah
Stok cili kisar memang wajib ada dalam peti ais untuk memudahkan kerja memasak. Tapi masalah bila buat banyak cili kisar adalah, bila simpan dalam peti lebih seminggu akan muncullah kulat putih.
Sudahnya stok cili kisar yang masi banyak tadi terpaksa dibuang. Macam macam petua ada untuk elak tapi selalunya akan timbul juga. Tapi cara yang dikongsi Huda Zainal ini macam tak pernah dengar lagi jadi boleh dicubanya.
Katanya untuk elakkan cili kisar berkulat dia menggunakan kaedah yang dikongsi oleh Youtuber Melisa Maker. Caranya tak letak apa-apa pun cuma simpan cili kisar dalam botol/balang terbalik.
Semenjak kahwin memang tak pernah beli cili boh atau cili giling ready made. Ni sebab terinspirasi dengan ibu mertua.
Cuma masalah utama kalau dah buat stok banyak-banyak cili blend ni akan naik kulat putih bahagian atas. Bukan tak pernah cuba macam-macam petua. Blend dengan minyaklah, masuk bawang putihlah, letak asam kepinglah. Namun lebih daripada 3 minggu kulat putih tu tetap akan muncul.
Semenjak guna method Youtuber Melisa Maker ni. Alhamdulillah, lebih daripada sebulan pun langsung tak naik kulat.
Teknik ni Melisa Maker guna untuk simpan cheese dan yogurt. Sebab cheese dan yogurt pun akan muncul kulat bahagian atas.
Jadi terfikir untuk buat simpanan terbalik ni untuk cili blend. Sekarang dah nak hampir setahun guna teknik simpan terbalik ni. Bila terbalik, udara akan berada di atas. Ruang vakum akan terbentuk. Itulah punca kulat tak muncul.
Cuma masalah nak simpan terbalik ni, memang kena cari balang yang betul-betul kedap supaya tak terkeluar atau meleleh air cili. Mula-mula dulu sebelum betul-betul nak pastikan penutup balang jenis kedap. Akan terbalikkan dalam bekas lain dulu.
Kalau ada air meleleh keluar maknanya, penutup tu tak cukup kedap. Sekurang-kurangnya dia meleleh atau terkeluar pun dalam bekas. Tak lah jenuh kita nak mengelap satu peti ais kan?
Saya guna balang kaca paste tomyam Thai aje. Alhamdulillah elok kedap tak meleleh air cili blend tu. Dah lebih setahun saya buat teknik ni.
Minum air sejuk terutama berais memang menyejukkan tekak terutama pada hari panas terik. Tapi ramai yang mengamalkan pantang minum air ini kerana dikatakan tak elok untuk kesihatan. Betulkah?
Sebenarnya minum air sejuk juga baik untuk tubuh tapi haruslah pada waktu yang sesuai. Berikut dikongsi kebaikan minum air sejuk dan waktu yang tepat untuk anda mengambilnya agar bermanfaat pada kesihatan tubuh.
Sewaktu bersenam, suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.
Minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibanding air panas.
Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi.
Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.
Elak minum air sejuk ketika sedang makan termasuklah ketika hendak berbuka. Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambat pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut.
Tak lengkap jika tak huraikan tentang manfaat minum air panas atau suam yang mana cukup baik diamalkan.
Menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.
Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit.
Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suami dan minum setiap pagi.
Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.
Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekali gus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkannya.
Di rumah kita selalunya ada saja kabinet lama yang nampak dah uzur tapi sebenarnya masih boleh pakai. Sebab itu kita jadi sayang nak buang.
Kalau ada boleh buat makeover begini. Kaedahnya mudah cuma gunting dan tampal wallpaper yang memang khusus untuk perabot, bukan untuk dinding tu tau. Dah siap tampal terus nampak macam kabinet baru.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...