Biskut atau cookies ini memang kegemaran ramai, terutama anak-anak. Tapi biasanya kita akan beli atau tempah saja untuk hidangan raya.

Walhal cara nak buatnya tak susah sangat pun. Tahun ini kita cuba buat sendiri ikut resipi perkongsian Norliza Ali. Ujarnya sudah 30 tahun dia menggunakan resipi ini dan ramai yang menggemarinya. Nak buat berniaga pun boleh katanya.

Chocolate Chip Almond Cookies, 30 tahun punya resipi

Resipi ini saya dah pakai dekat 30 tahun lamanya. Alhamdulillah, ramai orang suka My own version of Chocolate Chip Almond Cookies.

Bahan-bahan:

250gm butter
140gm gula kastor
120gm brown sugar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla.
200gm nibbed almonds/ badan cincang
400gm chocolate chips
370gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

Cara membuat: 

IKLAN

1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul 250gm butter dengan 140gm gula kastor dan 120gm brown sugar sehingga kembang.

2. Tambahkan 2 biji telur, sebiji dahulu pukul sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.

3. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla.

4. Ayak 370gm tepung gandum biasa, 1 sudu teh bicarbonate soda dan 1 sudu teh garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.

IKLAN

5. Masukkan 200gm nibbed almonds dan 400gm chocolate chips.

6. Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik. 

IKLAN

7. Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit.

8. Sejukkan biskut sebelum simpan dalam bekas yang kedap udara.

Rajin rajin lah buat ya. Nak berniaga pun bagus.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Norliza Ali.