Walaupun tinggal jauh di Sweden namun dia tular di laman sosial negara ini gara-gara kecomelannya.
Dengan kulit yang putih, mata yang bulat dan serta bulu mata lentik ramai netizen terutama wanita geram dan tak puas melihat Dhuhaa Sophea Stumbrys yang berusia sembilan bulan ini.
Sebagai ibu kepada bayi yang tular ini Siti Safuraa Hamzah turut terima tempiasnya. Cerita anak kelahiran Besut Terengganu yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka Rusia ini selain pengikut di media sosial bertambah, dia juga menerima banyak pertanyaan.
Namun katanya soalan paling ‘hot’ atau kerap ditanya terutama para ibu adalah apa amalan yang dilakukan sewaktu mengandung sehingga lahir anak yang comel.
“Memang ramai yang tanya soalan ini, sama ada mesej saya secara peribadi, di ruangan komen termasuk ketika buat live.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa pemakanan khusus waktu mengandung dulu. Mungkin ini rezeki kurniaan Tuhan buat saya dan suami.
“Cuma masa hamil dulu saya suka baca dan dengar ayat suci al-Quran. Surah yang paling saya gemari adalah surah Ar Rahman.
“Waktu itu saya sangat sensitif, mudah menangis dan bila dengar surah tu saya rasa kuat dan sangat terkesan sampai ke jiwa.
Ads
“Selebihnya saya banyakkan zikir dan berdoa agar Allah sentiasa lindungi saya dan kandungan,”ujarnya yang tinggal di Sweden selepas mendirikan rumah tangga dengan Asadullah.
Suami tak berapa suka tapi akur akhirnya
Meski bukan selebriti namun Siti Safuraa & suami, Asadullah Stumbrys, 33 sudah dapat menerima perhatian yang diberikan terhadap anaknya.
Ini kerana di Sweden sendiri ke mana saja Dhuhaa pergi dia selalu menjadi tarikan orang sekeliling yang melihat dirinya.
“Mana-mana kami bawa memang akan ramai memandang dan menegur dia. Malah ada juga yang nak ambil gambar.
“Baru-baru ini kami ke Lithuania ke rumah mentua. Situasinya pun sama, memang banyak mata yang memandang dia dan berbisik. Kata mentua mereka suka lihat Dhuhaa,”ujar Siti Safuraa ketika dihubungi.
Ads
Bercerita penerimaan suami terhadap reaksi netizen di Malaysia kepada Dhuhaa jelas Siti Safuraa walaupun awalnya kurang senang bila dia memuat naik gambar anak tapi akhirnya suami dapat menerima dan terbiasa dengan keadaan tersebut.
“Peringkat awal suami memang tak berapa suka saya muat naik gambar Dhuhaa di instagram sebab dia bukan jenis yang terbuka. Suami saya tiada akaun Facebook atau instagram.
“Dia tak berminat untuk bersosial dengan cara ini. Tapi lama kelamaan dia macam dah redha sebab isterinya memang suka dan aktif di media sosial.
“Tapi saya pastikan perkongsian yang dibuat tidak berlebihan atau menonjol. Suami juga dah terbiasa Dhuhaa jadi perhatian. Dia sendiri alaminya di sini bila orang selalu tegur dan nak ambil gambar anaknya.
“Cuma kami sendiri pun kena hati-hati, takut juga berlaku perkara yang tak elok,”luahnya yang menyambut hari raya di Sweden.
Ads
Tak mahu anak jadi model
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, mungkin juga Dhuhaa mewarisi potensi ibu yang dulu pernah menjadi model.
Menyentuh tentang perkara ini kata Siti Safuraa, soal masa depan memang tidak boleh dijangka namun dia cuba mengelak anak ke arah itu.
“Dia masih kecil tapi kalau boleh saya cuba elakkan dia untuk ke arah itu melainkan kalau itu memang dah rezeki dia. Saya memang tak simpan hasrat untuk dia ceburi bidang modelling.”
Bercerita tentang Dhuhaa lagi, katanya yang menyambut hari raya Aidilfitri di Sweden, meskipun manja namun anak sulungnya itu cukup senang diurus.
“Alhamdulillah dia jenis yang tak banyak ragam melainkan jika dia betul-betul penat atau tidurnya terganggu.
“Kalau semuanya ok, dia tak meragam. Saya boleh buat kerja dan dia tak kacau pun,”ujarnya.
Selepas hampir dua tahun menjalinkan hubungan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Tan Sri Tony Fernandes telah mengahwini teman wanitanya yang berbangsa Korea.
Perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung semalam di Cote d’Azur, Perancis di hadapan keluarga dan teman dekat.
Gambar perkahwinan pasangan ini telahpun dikongsi melalui WhatsApp dan media sosial yang lain sejak pagi tadi.
Tony segak dengan sut manakala isterinya Chloe kelihatan menawan dengan gaun pengantin berwarna putih.
Tidak banyak yang diketahui tentang isteri termasuk nama penuhnya. Bagaimanapun Chloe yang berusia sekitar 20-an dikatakan seorang yang mudah didekati dan peramah.
Antara tetamu VVIP yang didakwa menghadiri majlis dan penerimaan itu ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafizah Aziz
Ibu bapa yang memberi kebebasan penggunaan telefon kepada anak-anak mereka perlu lebih berhati-hati selepas ini.
Ia berikutan kewujudan Momo Challenge, cabaran baru yang tular menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.
Daily Mail melaporkan Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.
Keadaan tersebut menyebabkan pihak berkuasa di seluruh dunia telah mengeluarkan amaran kepada ibu bapa tentang challenge (cabaran) baharu yang semakin tular menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.
Cabaran itu meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’. Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.
Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.
Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.
Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit akan menjadi mangsa pertama Momo Challenge.
Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook. Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku.
Walau kejadian berlaku di luar negara tak mustahil dengan teknologi media sosial yang canggih ia akan sampai ke negara kita.
Selepas kes susu tiruan satu jenama dilaporkan hingga menyebabkan kejadian bayi terpaksa dimasukkan ke hospital, syarikat pengeluar susu terbabit tampil membuat penjelasan.
Dalam satu kenyataan syarikat terbabit juga turut memberikan tip untuk pengguna mengenali susu tiruan. Berikut adalah kenyataan yang dikongsi di Facebook Enfagrow A+ Malaysia.
Kepada ibu bapa sekalian,
Mead Johnson Nutrition bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru. Pemeriksaan yang di buat di pasaran yang dijalankan minggu lalu ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh MJN dari hasil siasatan syarikat.
Hanya babitkan pek 1.8kg
Hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru. Produk yang terlibat ialah Enfalac A+ Langkah 1 pek 1.8 kg (tiga pek foil dalam setiap kotak) – dan hanya dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari. Pemeriksaan yang luas dalam pasaran telah mengesahkan bahawa produk palsu hanyalah di dapati dalam format pembungkusan 1.8 kg dan hanya di kesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.
Dalam kerjasama yang kami jayakan bersama pihak berkuasa Malaysia, pemeriksaan di pasaran setakat ini hanya mendapati 210 pek tiruan, tetapi siasatan lanjut masih berterusan bertujuan menghapuskan produk tiruan sepenuhnya. Pihak berkuasa Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusan susu tiruan dan memastikan pihak yang berkaitan akan didakwa dan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak yang berwajib.
Periksa pek foil
Penyiasatan kami – dan pemeriksaan runcit baru-baru ini – menunjukkan bahawa insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang di beli. Cara paling mudah untuk mengenal pasti produk tiruan adalah memeriksa pek foil individu.
Pek tiruan udara kurang, perhati lipatan
Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek. Manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat. Bungkusan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisi nya, manakala lipatan tidak ada pada pek foil tulen, seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil dalam produk yang dibeli, sila hubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam) dengan segera untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.
Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan produk gantian.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...