Barli rebus selalu kita sediakan bila demam atau panas badan. Tapi ia sebenarnya bukan sekadar minuman penyejuk badan, barli ini kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan.
Antaranya membantu turunkan kolesterol, kawal berat badan, elak sembelit dan bantu stabilkan gula dalam darah. Malah, air barli juga dikenali sebagai minuman yang sesuai untuk ibu mengandung dan ibu menyusu.
Cuma, kalau setiap hari nak rebus barli, memang leceh dan makan masa. Sebaiknya rebus sekali dan simpan dengan kaedah ini supaya tahan lama.
Ads
Cara Buat Stok Barli Rebus Simpan Dalam Peti
-Rebus satu cawan barli bersama tiga cawan air. Guna api perlahan, biarkan barli masak sampai lembut dan air jadi sedikit pekat.
-Tutup api, biarkan sejuk sepenuhnya. Kemudian masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
-Setiap kali nak minum, ambil dua sudu besar barli rebus tadi, campur dengan satu gelas air panas mendidih. Biarkan lebih kurang 30 minit sebelum diminum. Amalkan dua kali sehari untuk kesan yang lebih baik.
Ads
-Sebaiknya jangan tambah gula supaya lebih sihat. Sebelum rebus, basuh barli sekejap untuk bersihkan kotoran.
TIP
Stok barli rebus ini tahan dalam peti sejuk selama tiga hingga empat hari. Kalau nak buat lebih, boleh simpan dalam bekas kecil supaya mudah nak ambil bila perlu.
Boleh tambah lemon atau daun pudina masa nak bancuh untuk rasa lebih segar dan sedap.
Minuman simple macam barli ni memang banyak kelebihan, jimat masa, jaga kesihatan dan mudah diamalkan setiap hari.
Setiap kali raya jadi macam kemestian untuk kita memberi duit raya pada anak-anak. Selain itu ramai juga anak-anak yang ada tabung sendiri. Bila dikumpul jumlahnya memang agak banyak, mungkin dah mencecah ratusan ringgit.
Agar tidak dibazirkan, ada baiknya ibu bapa menyimpan duit tabungan anak terutama yang masih kecil untuk kegunaan masa depan.
Baik, berikut adalah beberapa pilihan yang kita ada untuk menyimpan duit tabungan/ simpanan anak-anak kita.
1. AHB – Amanah Hartanah Bumiputra
Ia adalah sejenis dana amanah yang melabur hanya di sektor hartanah. Keuntungannya adalah dari pemilikan aset hartanah dan penyewaannya. Dana ini memberikan pulangan setiap 6 bulan. Ini bermakna 2 kali setahun (bulan Mac dan September).
Kadar dividen adalah 6.6% setahun. Dividen ini dimasukkan terus ke akaun simpanan atau semasa Maybank. Jadi kita boleh pindahkan ia ke instrument lain seperti Tabung Haji. Amaun minimum adalah RM100 untuk membuka akaun dan RM50 untuk menambah simpanan berikutnya. Boleh semak kuota di Maybank dan Ambank. Ia adalah terhad.
2. Tabung Haji
Ia adalah simpanan untuk mengerjakan haji. Sekiranya anak kita belum mendaftar haji, bolehlah kita fokus bagi mencukupkan amaun didalam akaunnya untuk pendaftaran haji.
Ketika anak saya baru lahir, saya gunakan duit hadiah dari orang ramai kepadanya untuk membuka dan mendaftarkan haji untuknya. Gilirannya adalah apabila dia berumur 60 tahun. Kadar bonus adalah 4.25% + 1.5%. Bonus ini akan terus dimasukkan kedalam akaun yang sama.
3. Emas
1 kaedah yang sangat jarang orang tahu. Ia adalah 1 lagi alternatif pelaburan jangka panjang. Kita kini boleh membuka akaun simpanan emas untuk anak-anak kita. Kini terdapat akaun emas yang disokong oleh emas sebenar. Jadi kita boleh mengambil emasnya apabila perlu. Kelebihannya ialah ia terlindung dari kesan kejatuhan ringgit dan ketidakstabilan ekonomi.
Jika dilihat dari data 13 tahun, emas menunjukkan keuntungan purata 21.95%. Sekiranya perlu menggunakannya, kita hanya perlu menjual atau pajak sahaja. Amat sesuai dijadikan sebagai dana pendidikan. Sekiranya anda berminat menyimpan duit raya anak tersayang ke dalam akaun emas, klik disini.
4. ASB – Amanah Saham Bumiputera
Ia adalah dana yang melabur dipelbagai sektor. Ada pelbagai pendapat mengenai status syariahnya, namun Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan ia adalah harus. Kadar dividen tahunan purata adalah 7.2%
5. SSPN-i
Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Ia adalah 1 cara menyimpan dana pendidikan. Syarat untuk melayakkan anak kita membuat pinjaman PTPTN adalah memiliki simpanan dalam akaun SSPN-i. Pelbagai tawaran di sediakan kepada penyimpan disini antaranya takaful (hanya untuk pakej berlian), geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai (terhad RM6000 setahun.
Nilai ini akan ditolak dari nilai pendapatan kena cukai. Jika anda adalah pembayar cukai, ini adalah peluang terbaik. Kadar keuntungan purata untuk RM6000 ini boleh naik kepada 24% hasil tambahan untuk purata 4% dan 20% pengecualian cukai). Kadar keuntungan purata adalah 4%.
Jadi kini kita boleh memilih untuk menyimpan duit raya anak kita dimana-mana instrument yang dinyatakan. Jangan duit raya habis beli mercun
Nasi sejuk selain dari buat nasi goreng, letak dalam cucur kita juga boleh buat apam nasi.
Ada dua cawan lebihan nasi pun dah boleh buat apam nasi. Caranya boleh ikut perkongsian Rashida CikDa. Lagi mudah resepi ini guna sukatan cawan saja, hasilnya memang lembut dan gebu.
Selalu buat donut akan guna telur dan juga marjerin. Tapi rupanya boleh juga jika tidak menggunakan dua bahan ini dan hasilnya tetap gebu dan lembut. Kalau nak cuba untuk hidangan petang atau pagi boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ida Zaida.
Donut tanpa telur dan marjerin
Semalam tertengok resipi kat TikTok. Dalam resepi tak guna telur dan marjerin. Terfikir juga boleh jadi ke sebab 2 bahan ini macam bahan wajib dimasukkan dalam donut. Saya cuba buat, ini la hasilnya gebu, lembut elok,makan pun tak ada rasa muak.
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
1 paket mauripan
6 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar baking powder
1 1/2 senduk minyak masak
Air secukupnya
Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan tadi, gaul dan masukkan air secukupnya uli sampai jadi doh yang licin.
2. Rehat dalam setengah jam selepas tu uli lagi sekali.
3. Boleh cetak doh ikut apa saja kuih yang diingini. Dari satu adunan ini boleh dapat macam-macam jenis kuih.
4. Dah siap bentukkan donut, tunggu kembang kemudian bolehlah di goreng. Tabur dengan gula halus, siap.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...