Selalu tengok sawi kurus, yang ini besar. Tiga pokok saja boleh cecah tiga kilogram. Nak tanam sawi giant ini pun mudah saja.
Lagi bagus buat tiga pusingan macam yang diajar oleh Azuan Abdullah ini. Setiap 3 minggu semai 10-15 pokok saja.
Insya-Allah takkan beli sawi lagi, sentiasa ada bekalan sawi di rumah siap boleh kongsi dengan ahli keluarga lagi. Makan tak habis.
Tip tanam sawi giant, makan tak habis
Saya pun dah tak ingat, bila last saya beli sawi di pasar.
Tip tak nak beli sawi sangat mudah. Bukan setakat tak habis makan, siap boleh kongsi kongsi dengan keluarga lagi walaupun tanam hanya 10 -15 pokok.
Ini yang saya buat di rumah saya.
Ads
1. Setiap 3 minggu, semai dan tanam 10 -15 pokok sawi. Buat 3 pusingan / generasi.
2. Di rumah saya ada 3 generasi sawi giant. Macam ini
3. Pilih benih yang berkualiti. Eloknya cari jenis yang tak pahit dan tak berbunga macam yang saya tanam. Saya panggil sawi giant sebab beratnya boleh cecah 1 kg/ pokok.
Ads
4. Yang bestnya tanam sawi giant ni, bila kita nak guna tak perlu cabut dengan akar. Memadai kita potong 2-3 helai daun yang kita nak masak je.
5. Pengalaman saya, sawi giant ni boleh bertahan 3-4 bulan. Boleh tuai seawal 3 minggu selepas tanam.
6. Saya tanam dalam petak tanaman. Nak tanam dalam tayar dan pasu pun boleh. Semuanya hidup subur, saya dah buat.
Ads
7. Saya guna tanah campuran sebagai media tanaman. Bagi saya ia mudah nak urus dan jimat air serta baja.
8. Baja saya guna NPK larut air 18.18.18 + mikro. Siram 2 kali seminggu. Ec bermula dari 1.5 hingga 2.5.
9. Kawalan perosak dan penyakit saya guna racun organik buatan sendiri + cuka kayu.
Yang bestnya makan sawi tanam sendiri ni ialah ia betul betul fresh dan 100% bebas racun kimia.
Cara buat nasi ulam, ini merupakan salah satu hidangan tradisi yang bukan saja sedap tapi sangat berkhasiat. Penuh dengan ulam-ulaman, nasi ini juga terasa wangi dan segar.
Cuma untuk menghasilkannya memang akan memakan masa kerana perlu menyediakan ulam-ulaman tapi percayalah selepas siap, memang berbaloi. Sekali rasa akan teringat-ingat kesedapannya.
Untuk pengetahuan nasi ulam ini ada banyak versi yang dikongsi adalah dari Terengganu oleh Muliayadi Ramli menggunakan 15 jenis ulam-ulaman.
Cara Buat Nasi Ulam
Bahan A : Ulam-ulaman (hiris halus)
Daun kunyit
Daun selon
Daun cekur
Daun pegaga
Pucuk tenggek burung
Pucuk putat
Pucuk jambu golok
Pucuk ulam raja
Daun kesom
Daun selasih
Daun kemangin
Bunga kantan
Serai
Kacang botol
Cili padi
Bahan B: Tumbuk halus
5 biji bawang merah
3 sudu besar lada hitam
3 ekor ikan selayang bakar
2 ekor ikan kering goreng
Bahan C: Bahan campuran nasi
2 cawan nasi (dimasak kering sedikit)
½ biji kelapa parut
1 sudu besar kerisik
Garam, gula dan perasa secukupnya
Jus limau nipis
Cara Penyediaan Nasi Ulam
1. Sangai kelapa parut atas api perlahan hingga kering sedikit dan naik aroma.
2. Masukkan bahan B yang telah ditumbuk dan gaul bersama kelapa.
3. Tambahkan kerisik, garam, gula dan perasa. Gaul rata dan tutup api.
4. Dalam bekas besar, satukan nasi, kelapa berbumbu, dan semua ulam yang telah dihiris.
5. Perahkan limau nipis, gaul semua bahan hingga sebati dan wangi.
6. Siap untuk dihidang bersama telur masin, keropok atau lauk kegemaran.
TIP
Nasi ulam ini lebih sedap jika dimakan dalam keadaan sejuk atau pada suhu bilik.
Boleh simpan dalam peti sejuk dan makan sejuk-sejuk seperti salad ulam.
Kipas berhabuk memang menyakit mata baik kipas siling atau kipas ‘stand’. Alat ini memang kena selalu dibersihkan, jika tiada ia akan menjejaskan kelajuannya.
Sambil bersihkan kipas berhabuk di rumah praktik sekali tip ni supaya debu tak lagi melekat pada kipas terutama bahagian jaring dan bilah. Jadi tak perlu selalu untuk bersihkannya, tahan la dalam dua hingga tiga bulan.
Paling penting bahan yang digunakan mudah dan cara nak buat pun senang. Tip ini telah dikongsi oleh netizen di Facebook.
Tip elak habuk pada kipas
Sediakan bahan berikut untuk dijadikan semburan
Cuka makan
Pelembut fabrik
Botol penyembur
Langkah elak habuk melekat
1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.
3. Kacau sebati dan masukkan ke dalam botol semburan supaya lebih senang nak digunakan.
4. Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.
6. Keringkan. Selepas kering kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!
7. Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.
Ramai yang tanam pokok kantan sekitar rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan. Selain itu harganya pun agak mahal, jika tanam sendiri memang berbaloi.
Cuma masalah bila tanam pokok kantan ini walaupun ia membesar elok tapi selalu yang dirungutkan adalah pokok tak banyak berbunga.
Selain perlu penjagaan seperti siraman dan pembajaan sebenarnya cara potong bunga kantan juga main peranan agar pokok berbunga lebat.
Menurut Nur Amirul Nur Azmi untuk memotong bunga kantan yang sudah matang ada caranya supaya tidak menjejaskan penghasilan bunga akan datang. Pastikan ia dipotong sampai ke pangkal.
Nak potong bunga kantan ada caranya, jangan potong separuh
Nak kongsi sikit tentang cara melebatkan bunga kantan, pastikan cara potong sewaktu ambil bunga kantan ikut kaedah yang betul. Kena potong sampai ke pangkal.
Jangan potong tengah-tengah. Ramai yang buat potongan sebegini hingga meninggalkan tunggul terlalu panjang. Ia boleh menyebabkan pengeluaran bunga semakin kurang.
Tip ekstra
Selain itu pokok kantan yang ada batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong. Pemotongan hendaklah dari pangkalnya untuk menggalakkan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik.
Tapi batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.
Daun dan batang pokok kantan yang dipotong dan telah kering boleh digunakan kembali untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...